Saturday, 21 March 2015

THE JOURNEY TO UKM

by

Sapa kata sem 6 ni boleh relax-relax je memanjang memang tak betullah citer dia.Even dah tak banyak kelas sangat,but still keje luar berlambak.So,memandangkan aku kena siapkan questionnaire untuk my research,aku pun decide untuk ke UKM.Mujurlah diyanah nak join sekali,kalau tak terpaksalah pergi sorang sorang memandagkan research partner aku tak dapat join sebab ada hal yang dia kena attend.


Dengan semangatnya,pukul 8 kami bertolak dari sini.Tu pun nasiblah tiqah nak hantarkan kami sampai ke UKM sebab alan-alang dia pun nak ke KL.Jadi,sehalalah kiranya.Kami sampai sana dalam pukul 9.30.Macam biasalah,kami teruja tengok environment kat sana.Cantik,besar apa kelagi.Nampaklah jakunnya kami di situ.




After that,kami terus ke library yang kami nak pergi tu.And guess what.Boleh pulaklah dekat luar tu ada kiosk jual makanan.Even aku tengah on diet pun,bila nampak sandwich tu aku tewas beb.Dah makan bagai,barulah kami menapak ke dalam library tu.Oh ya,prosedurnya senang je kalau datang nak buat research kat sini.Just bagitahu dekat staff yang jaga kaunter hadapan,cakaplah kau dari universiti mana and then dia akan suruh key in data then selamatlah masuk ke dalam.

Tapi,aku hampa jugaklah bila jurnal yang nak dicari tu tak dijumpai.Takpelah,at least aku jumpa buku about my research.

Senang cerita,segala benda yang kami nampak kat ukm tu,really membuatkan kami teruja.And one of it ialah,boleh pulak kat situ ada jual baju+tudung dengan harga yang affordable.Memanglah aku beli sebab murah kan.Dalam pukul 3 kami pun geraklah ke bus stop sebab lepas ni cadangnya nak ke midvalley pula nak cari buku.Dengan konfidennya,kitaorang pun pergilah dekat bus stop depan ATMA.Tunggu punya tunggu,sekali bus 6 tu memang tak lalu pun kat situ.Tau tak almost half an hour tunggu macam patung kat situ.Tu pun nasib baik tanya orang,kalau tak sampai ke malam la duk tunggu bas kat situ.Satu hal lagi nak pergi ke bus stop belah fakulti sains sosial pulak.Sabar jelah.Dengan panasnya,aku rasa kaki macam nak tercabut.Sebab tunggu bas tak nampak kelibat,kami pun naiklah teksi.Selamatlah ada teksi lalu.

Bila sampai ktm,punyalah beratur panjang+kena tunggu train tu datang almost 30 minutes and then bila masuk train tak de tempat duduk.Aku dah sampai speecheless bila pikir balik.Tapi,you know,it was such a good experience and memory bila kenangkan balik.

Bila dah sampai mid,almost one hour jugaklah cari kedai mph.Nak malang lagi bila dah sampai,buku tu just ada 1 je.Sebabkan diyanah yang jumpa dulu,tak pelah,aku beralah.Bagi mengubati hati yang lara,aku pun belilah 2 novel guna baucer buku.Happy me.


Before balik,kami dinner dulu dekat food junction sambil heart to heart.Anyway,ni first time aku date dengan minah ni sejak kami pindah somban.Well-spend day gitu.


That feeling waktu nak balik naik ktm,lega giler dapat duduk.Sumpahlah aku rasa hari ni lebih 10,000 langkah dah aku jalan.


Letih-letih pun,still sempat selfir.Well,memori tu.

No comments: