Monday 21 May 2012

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI ASASI UNDANG-UNDANG UiTM?



Entry kali ni khas untuk menjawab segala persoalan yang bermain di minda anda mengenai asasi undang-undang UiTM.Jadi,sapa yang minat nak ambil course sains ke apa ke,maaf anda tersalah masuk blog nih,hehehe.

Layak ke saya apply asasi undang-undang UiTM ni?

Syarat untuk apply course ni kira senang jugak.Sebabnya,korang just perlu dapat 5A(tak kirala A-/A/A+) dalam SPM .Subjek yang diberi penekanan adalah English dan Sejarah.Saya merupakan 1st batch yang harus dapatkan 5A dalam SPM kalau nak apply law ni.Maksudnya,batch sebelum saya ni, kurang daripada 5A pun dah lepas dah nak apply.Tapi,tak bermakna kalau tak dapat 5A ke atas tak dapat apply course ni.Sebab kalau tak dapat 1st intake,2nd intake still ada.

Asasi Undang-Undang ni ada kat mana je?

Kalau UiTM,dia ada 3 cawangan iaitu dekat Kuantan,Merbok dan Shah Alam.Kalau anda terpilih menjadi pelajar law,korang tak boleh pilih kampus mana korang nak.Ianya dikatakan nasibla kalau korang tercampak dekat Merbok tu.Tapi,ramai yang berharap boleh tercampak kat Shah Alam.Yela,bandar gitu.Nak g shopping pun dekat kan?Kalau korang dapat kat Merbok,sepanjang perjalanan hanya akan nampak padi,kelapa sawit dan tak lupa juga pada pokok getah yang wangi tu.

Berapa tahun nak belajar asasi undang-undang ni?

Asasi Undang-Undang Uitm lain dengan  Asasi Undang-Undang UIA.Kalau tak silap,dekat UIA kena study selama 2 tahun tapi kalau UiTm,hanya setahun sahaja yang diperlukan untuk habiskan study law ni. Setahun=2 sem. Untuk pengetahuan anda,saya ni sekali lagi batch 1st yang akan belajar 2 sem.Maknanya batch sebelum ni 3 sem.Jadi,tengokla,betapa untungnya lahir tahun 1993 ni.*Selalu jadi bahan uji kaji.

English saya tak powerla,macam mana ye?

Satu dunia tahu yang bahasa inggeris ni penting.Persoalan sama ada English korang power ke tak,itu bukannya penghalang untuk korang apply course ni.Nak tahu mengapa?Saya ni pun dulu bukannya terror sangat English ni.Asikla broken sana sini.Dan,kalau korang nak tahu,dalam fakulti undang-undang ni,bahasa Inggeris sangatlah penting.Sebabnya:

1.Dalam kelas lecture,lecturer akan speaking in English all the time.

2.Dah kalo lecturer pun speaking in English,korang rasa ada harapan ke slide notes,buku-buku law yan tebal-tebal tu in Malay gak?*geleng-geleng kepala kalau korang angguk-angguk

3.If korang nak tanya something pun,mesti in English jugak.Kalau lecturer tanya korang soalan pun,in English jugak.Tapi,depends la pada lecturer.Mostly,lecturer yg ajar saya akan cakap,”In my class,no BM is allowed”.

Konklusinya,kalau korang rasa English korang sangat teruk..sila buang tanggapan negatif  tu. Masa saya masuk dulu,saya pun selalu fikir macam tu. OHMYENGLISH!! Tapi,bila dah lama-lama masuk,kawan-kawan korang punya English pun lebih kurang sama je ngan korang.Tetapi,yang expert English pun ramai gak.Pedulikan je. Tibai je cakap.Broken pun brokenla.Janji cakap.

Perlu ke apply PTPTN ek?

Korang boleh tarik nafas lega,kerana sebagai seorang pelajar asasi undang-undang,korang tak payah apply PTPTN.Sebab korang akan diberi elaun sara hidup.Elaun ni tak payah bayar balik tau macam PTPTN.Untuk satu sem, korang akan dapat RM 1900.Jadi,please kira sendiri kalau untuk 2 sem..

Nak buat apa je dengan ELAUN tu?

Elaun tu bukan untuk korang berjoli tau.Dengan duit tula korang kena bayar yuran university,yuran kolej dan tampung kos sara hidup korang nanti.Kalau dapat kat merbok,kira hidup la jugak dengan duit tu.Sebab harga makanan kira boleh tahan lagila.Tapi,kalo korang dapat kat Shah Alam,faham-faham sendirila ek.

Lecturers ok tak?

Lecturer ni bukan macam cikgu tau.Korang tak leh dah panggil cikgu!!!Korang kena pakai Madam/Miss/Sir.Lecturers ni tak garang sebenarnya.Diorang ni strict je,tapi hati baik tau.Cuma yela,janganla buat hal dlam kelas dia macam selalu datang lewat,tu memang cari pasalla.Bila dah lama kenal,mesti korang akan sukanyalah lecturers korang.And....masa time saya,semua lecturers yang ajar kod law,semuanya adalah ex-lawyer.So,you know what I'm gonna say,right?Yes,that's why dorang ni strict.Yelah,kadang-kadang terasa duduk dalam court pun ada.Cara diorang explain semua..n paling tak boleh lupa bila dorang tanya soalan kepada kami. ~~

Course ni susah tak?                

Ramai junior yang tanya kat saya soalan ni.Wahai adik-adik yang bakal ambil law,kat dunia ni,tak de benda yang senang.Even kalau korang nak makan pun korang kena suap kan?Mana ada makanan tu masuk mulut korang sendiri?Honestly,ambil law bukan macam adik-adik yang ambil course sains tu.Bukan nak kata course dorang tu lagi senang ke apa,Cuma yala,sekurang-kurangnya dorang dah ada basic sains masa sekolah dulu.Tapi,law tak.Law adalah sesuatu yang korang tak pernah belajar langsung kat sekolah kecuali LAW 016.(belajar balik sejarah).Selebihnya,adalah ilmu-ilmu baru yang korang akan belajar.

Berapa subjek untuk 1 sem?
1st sem:7 subjek..sila rujuk sini

2nd sem:8 subjek
Disebabkan 1st sem dah ada link kat atas,maka tak perlula di explain lagi kat sini.Cuma nak explain sikit pasal 2nd  sem.

Subjek 2nd sem merangkumi:
LAW 037 –a.k.a LAW 2.Subjek ni adalah pasal Malaysian Legal System.Pada saya,subjek ni best sebab dia tak complicated.Cuma,yang peningnya sebab banyak sangat kena hafal.

LAW 039 –a.k.a PSYCHOLOGY.Subjek ni sangat menarik ditambah pulak lecturer yang sporting.Tapi,jangan cepat tarik nafas lega.Walaupun senang nak faham,tapi soalan dia memang pening nak jawab.

LAW 082 –a.k.a GLOBAL.Subjek ni,korang akan belajar pasal world war 1 & 2 dengan lebih detaildan pasal organisasi dunia mcm komanwel,OIC..n bla,bla,bla.Subjek yang mudah nak skor jugakla kiranya

LAW  087 –a.k.a 3/KILLER SUBJECT.Kenapa panggil killer subject ek?Sebab subjek nila ramai yang kena reseat paper dan repeat sem.Penangan subjek ni memang besar dalam hidup saya.Sebab,time nak amik test law 3 ni, saya sampai demam-demam.Scary killer subject ni tak usah cakapla.Subjek ni ada 3 sub unit.Iaitu,law of contract,law of tort and law of criminal.Dan,kalau nak tahu subjek nila,slide notes dia paling tebal gilerz.

BEL 332-Kelas yang tak ada final test/exam.Kelas ni dinamakan kelas speaking.Assignmentnya suma pasal bercakap…bercakap…dan bercakap...So,sapa yang mempunyai bakat yang suka cakap non stop tu,kelas ni meti kelas yang dia paling suka.Assignmentnya senang je.Iaitu debate,forum dan individual speech.Kelas paling senang/relax,tapi kelas paling susah nak dapat markah.Nila kelas dia kalau korang nak tahu.Cakap pasal markah,depends pada lecturer.Tak sume lecturer strict bagi markah.Tapi,tidak pada lecturer kelas saya nih.

BEL 342-Kalau tadi kelas speaking,ni lak kelas menulis.Asik menulis jela pulak.Kelas nila korang akan tahu macam nak buat thesis,apa itu plagiat dan so on.So far,kelas ni paling relax.*sumpah tak bohong.Cuma korang akan rasa stress bila dapat tahu markah assignments je.

CTU 082-a.k.a agama.1st sem lagi senang tau subjek ni.Bila masuk 2nd sem,terus speechless.
ECONOMY 099- Nama pun kelas economy,apa yang korang expect?Mengira balikla jawabnya.Tapi,tak yah risau,sikit je pun kena kira.

Macam mana nak dapat 3.0 ke atas?

Kebanyakan subjek,60 % adalah berdasarkan final exam.Lagi 40 % carry marks(quiz+test+assignments).Makanya,markah carrymarks tu kenala tinggi.Sekurang-kurangnya kena dapat 30 ke atas barulah final nanti senang sikit.Kalau tak,semputla.Kehadirang pun dikira gak dalam sesetengah subjek.Jadi,tak payahlah asik nak ponteng.Sekadar nasihat,kalau boleh,cubala dapatkan dekan(3.5 ke atas) masa sem 1,sebab masa sem 1 subjek dia still ok lagi nak catch up.Kalau sem 2 ramai yang sesak nafas sikit kalau nak dapat dekan.Faham-faham jela.So,tak yah nak berhoneymoon sangat time sem 1.Nanti nyesal tak sudah.

Apa kaitan MUET dengan Asasi Undang-Undang?

Kalau nak sambung law untuk degree,MUET tu adalah wajibulghunnah.No MUET,no DEGREE IN LAW.Dan korang kena dapatkan band 4 tau,bukan band 3.Tapi,tula ramai yang terkandas tak dapat masuk degree in law sebab dapat band 3.

Macam mana nak dapat band 4 untuk MUET?

Kalau nak dapat band 4,kena pandai tackle bahagian.MUET ada 4 bahagian.Speaking,listening,writing and reading.Kalau korang tak yakin dengan speaking,korang kenalah tackle listening,reading and writing.Tapi,seres cakap,paling tak suka bila buat reading.Mengantuk giler.Dahlah text panjang dan soalan pulak banyak dan masa yang diberikan sangatla terhad.Nak tahu lebih lanjut mengenai MUET,boleh pergi SINI

Macam mana dengan life sebagai pelajar undang-undang?

Orang kata kalau jadi pelajar law,life macam tak de je.Memang betulla tu.Assignmnet berlambak-lambak,test+quiz…Kadang-kadang date line assignment dekat2.So,bila nak enjoynya?Sendiri cari masa la ek.Sebab kalau korang still 1st sem,hidup tu leh jugak enjoy mengenjoy.Bila masuk 2nd sem,kelas pun padat.Kadang-kadang dari pagi sampai ke malam.Break pun kejap sangat.Tapi,hadapinya la dengan tabah ya..



Bagaimana pula dengan etika pemakaian?

Since saya dapat kat Merbok,saya hanya boleh cerita pasal etika pemakaian kat kampus ni jela ya.Sebagai seorang pelajar law,anda dan juga warna hitam putih memang tak dapat dipisahkan.Makanya,setiap hari Ahad dan Rabu,anda diwajibkan pakai baju hitam putih.Tak kirala baju kurung ke,t-shirt atau kemeja.Janji warna hitam putih.Kalau tak,dalam kelas,maunya kena sound dengan lecturer.Tapi,since fakulti kat sini ada baju korporatnya sendiri,kenala paka baju korporat hari Rabu.So,para junior,silala bawa baju hitam putih tu banyak sikit.


HARI RABU = BAJU KORPORAT

Buku yang harus dibawa waktu mula-mula masuk apa ye?

Since kod 106 berkaitan dengan history,so bawak jela buku SEJARAH SPM korang tu.For me,ianya sangat membantu.Dan please jangan lupa beli Federal Constitution,ok?Sangat important.Fed Cons ni ade dua jenis..satu yang dalam gambar kat bawah ni which means yang buku yang pendek.The other one yang panjang and besar.So,suka hatila nak beli yang mana.Kalau yang kecik harga dia RM 10 .If yang besar tu mahal sikitla harganya.Tapi,bestla kalau beli yang besar sebab nak baca pun senang.Terpulangla.

Lagi,KAMUS.Except korang malas sangat nak bawak kamus kan,*yela,beratla katakan,make sure dalam hp dah ade install kamus ok?Nak bawa besta pun suka hatila.Oh ya,saya cadangkan,tak payahla beli dictionary of law ni.Bukannya guna sangat pun.Kalau ada words law yang tak faham,better google je.Tapi,kalau nak beli pun tak halang. :)If sem1 kena beli Fed Cons,sem 2 pulak kena beli buku criminal code tau.Tapi,macam saya malas beli,download kat internet je.

Nampak tak buku kecik warna hijau tu?Itula Fed.Cons.....Sebelah dia tu pulak dictionary of law

Apakah syarat untuk masuk degree law?

Requirementnya senang je.Band 4 and CGPA 3.0 ke atas.(campur untuk 2 sem).Kalau requirement ini dipenuhi,Insya-Allah anda akan dapat proceed dalam bidang ni lagi.If korang dapat 3.0 ke atas,tapi MUET tak lepas,tetap tak dapat proceed law dekat UiTM ni.Tapi,korang leh try kat UKM,UUM,UNISZA and etc.Contohnya,kalau dekat UKM,MUET hanya perlu band 3 je.Andai kata,kalau korang tak penuhi 2 syrat di atas,maka anda anda diserap ke dalam program-program degree yang lain seperti berikut:

- Faculty of Art & Design (through interview)
- Faculty of Administrative Science And Policy Studies
- Faculty of Communication and Media Studies (through interview)
- Faculty of Artistic & Creative Technology (through interview)
- Academic of Language Studies (through interview)
- Faculty of Hotel & Tourism Management
- Faculty of Office Management & Technology
- Faculty of Business Management

Rasanya setakat ini sahajala yang boleh saya share pasal course ni.Sebarang pertanyaan.bolehlah tinggalkan komen di bawah ya.Insya-Allah saya akan cuba menjawab segala pertanyaan anda selagi terdaya.

159 comments:

sharifah husna said...

waaa bagus nie tips2 utk sapa2 yg dapat law uitm XD

hawanabilla said...

ps bc entri ni...excited plak nk amek law....akak sy ni bkl wt fndation law bln dpn...huhu

Hakimy Zamri said...

wah ! bagus post ni. thanks sharing yaaa :D kawan saya dapat asasi undang2 dekat uitm :)

Munirah Kadir said...

nana:sharing is caring maa...hehehe

hawa:amik law mmg best..n all the best ya.:)

hakimy:sama2,oh,dia dpt kat mana?shah alama ke?

Hakimy Zamri said...

nama dia Liyana Izzati. taklah. dia dapat uitm merbok. hehe :)

Liyana Izzati said...

Saya dapat asasi law kat merbok kak. Hehehe :)

P U C A T said...

untungla study law.
bleh jd lawyer..hihi

Munirah Kadir said...

hakimy:ooo,uitm merbok.kira junior sy la tu..hehehe

liyana:selamat dtg ke UiTM Merbok..:)

PUCAT:x semestinya jd student law akan end up jd lawyer

SFIJ said...

hahaha,wah gempaklah post senior,hehe,nota second sem jangan lupa pass dekat fafa tau,lepas baca hang punya post untuk second sem...cuak lah pule..heheh thumbs up

Munirah Kadir said...

@violetmelody@fafa
kalau tiada aral yg melintang...insyaALLAH..tp,x dpt la den nak bawak sume.bw yg penting2 je kot,ek..

Anonymous said...

akak, tumpang tanya,
sya akn msuk asasi law d uitm s.alm 2hb nie, sya nk tnya
buku aper yg prlu sya bwak(buku rujukan),,, atau x perlu bwa ape2 bku sbb smua kena beli?

Munirah Kadir said...

@Anonymous just bw buku spm sj je...n kamus untuk rujukan.yg lain t beli kat sana

Anonymous said...

kak saye dapat asasi undang2 uitm kt shah alam 2hb nih,,tpi leh xsye nak mtak tukar kt campus uitm kuantan,ade care x kak?..sye org kuantan..

Munirah Kadir said...

@Anonymoussetahu akak,kampus mmg x boleh ditukar..

Anonymous said...

I humbly submit that for anyone who is seriously considering law as a career path to consider so with the utmost.

This life is tough. Of course, as the author has mentioned, nothing in life comes easy. The gap in the knowledge between the foundation (asasi), BLS and LLb (Hon.) programmes is made in such a way that the more you learn, the less you know.

As aforementioned, English is also crucial. However this does not mean that without mastery of the language, you won't be able to survive. It plainly means that there is more work to be done. to give you an idea of the literature that you future law students will have to delve into, I hitherto attach a link of the case of Donoghue v Stevenson, a landmark case in torts: http://www.scottishlawreports.org.uk/resources/dvs/donoghue-v-stevenson-report.html

I mean not to scare you, but this is reality. Many of my colleagues regret doing law. But I believe through hardship comes great success. Good luck and thank you miss author for this somewhat informative post on what to expect in the foundation years.

sincerely

ashraff said...

assalamualaikum,kalau saya amek law ni saya kena sambung law jugak ke untuk degree walaupun dapat atas 3.00?mekaseh...

Munirah Kadir said...

@Anonymousyou're welcome :)

Munirah Kadir said...

@ashraffwaalaikumsalam...x semestinya..byk lagi course lain yang boleh amik..comtoh mcm admin science,corporate admin,business :)

Anonymous said...

Salam.. akk klo sy nk tkar ijazah pendidikan boleh x?.. sbb sy mmg nk giler jd chekgu.. bole x akk???.. reply plizz..

Munirah Kadir said...

@Anonymouswasalam..x boleh tukar kos kalau dah dpt apa yang ditawarkan..ianya dah tetap dan x boleh diubah..

Anonymous said...

sound interesting, thank you to share this... saya nak tanya i minat law but now i dah ada degree communication, tapi kalau nak ambil course law ni, ada tak yang part time punya? I wish nak amik kat UITM so kena muet band 4 lah yer... Actually berapa tahun yer course dia?

Munirah Kadir said...

@Anonymouslaw 4 tahun and band 4...tp,part time punya tak tahula ade ke x :)

Anonymous said...

hi!i'm student foundation of law n skrg nie tgh cuti sem,,i will continue my sec sem soon,so i wonder what i should prepare for myself so that i'm not blurr when enter sec sem,,,plez reply,,:D

Munirah Kadir said...

@Anonymoustry fhmkan apa itu law of torts,contract n criminal..sbb subjek law 3 ni dipanggil killer subject :)

J said...

SYE DAPAT 3A JE N MY MATHS TAKAT LULUS JE.......BOLEH KE APPLY ASASI UNDANG2 NI?

Anonymous said...

waa ! cuak doh . huhu , btw 5hb ni result uitm kuar . hope dpt , amin :)

Unknown said...

waaaaa ! hopefuly dpt ah 2nd intke uitm ni . isnin depan result dh klua dh . oooo . btw , thanks sis fyi :)

Lena said...

Assalammualaikum Kak. Sya nk tnya nie.
Sya pelajar SPM 2012-and hari niw kami XM english.
rasa2nya, English sya kemungkinan yg termampu dpt gred B' jak la kak. Foundation Law nak terima ka kalau gred tu?
Tapi, insya'allah, sya dah boleh confirm 5A's dalam tangan including sejarah... tapi, yang ENglish tu kak.
Kakak punya English SPM dulu dpt apa ek? <3

Munirah Kadir said...

@AnonymousAMINN,,all the best ya :)

Munirah Kadir said...

@mint ceria no biggie :)

Munirah Kadir said...

@Lena
try ur best ya dik..pasal uitm nak amik ke x kalo dpt b tu akak x sure sgt..tp basically kalo english dia sll tgk A..akak dulu A ja..tp,kgn putus asa,try je mintak...kalau ade rezeki x ke mana :)

Munirah Kadir said...

@john jansonyg pentingnya BI nad sejarah XD

Anonymous said...

akak, sya bru je trma twrn utk law ni. Kt merbuk. Tpi tak tau gi nak pergi ke tak sebb BI sya memg la terok sgt.

Anonymous said...

Akak, kat merbok kolej dia macam mane ye ? Satu bilik bape org ?

Munirah Kadir said...

@Anonymouspeluang datang hanya sekali..jadi amiklah...bukan senang nak dpt law nih..pasal bi adik tuh,InsyaAllah boleh punya..:)

Anonymous said...

Sangat helpful entri ni.. terima kasih bebanyak!!!

nurul said...

As-salam
saya dh ada degree.saya berminat untuk buat LLB (1year) untuk prospek kerja yg lebih luas..boleh saya tau elaun tu semua yg apply dapat ke?berape ye yuran 1 sem..dapat dok kolej x?

Anonymous said...

Salam Munirah,

I'm no a law student but then due to my lecturer tu x lawyer sudahnya my module Legal Framework for Managers also must look like a law student review.

Can I know is there any website I can access to see sample of LAW student assignment.

Munirah Kadir said...

@nurulnot surela....

Munirah Kadir said...

@Anonymousnot surela....tp kalo google pasal topik yg berkenaan,selalunya byk yg kuar..

Anonymous said...

i just want to ask you a few question..let said i get my CGPA during sem 1 only 3.00 and alhamdulillah for muet i get band 4 is it possible that i'm gonna pursue my study in Degree in Law anyway i'm a student of foundation in law kuantan

Zetty Zulkifli said...

terima kasih for the info kak. Saya pun tengah buat decision apply nak ambil kos apa nanti :)

Unknown said...

akak ,saya teringin nak amik course law ny bagi lepasan spm 2012 ,so saya nak tanya ,uitm merbok ni jauh tak tempatnya ? saya dari batu pahat johor , jauh sangat ke ?

Anonymous said...

nak tanya.. kalau ambik asasi tesl uitm lepas tu nak tukar course lain time degree boleh tak?

Munirah Kadir said...

@Anonymouspossibile..sbb just nak 3 and above je pointer je

Munirah Kadir said...

@Zetty Zulkiflino biggie

Munirah Kadir said...

@nurul natasaJohor-Kedah mestilah lama

Munirah Kadir said...

@Anonymousboleh je

Anonymous said...

sekadar perkongsian, mulai tahun ni, intake seterusnya untuk asasi law akan ada di negeri sembilan j, kt merbok n sa dah xde..
satu lg, ade tips x nk score untuk nk b'jya 2nd sem?
n selain ukm, u mane lg yg kte bley futhur degree in law?
last sem ni, tinggal sebulan stgh, cuak kowt

Munirah Kadir said...

2nd sem ni kena beri penumpuan dlm kelas..sbb,subjeknya byk n terutamanya law 3 sangatlah byk nak baca.so,kena start dr skunk,untuk elakkan kelam kabut waktu final nanti..then,bykkan buat past year,sbb sllnya dia akan ulang2 je soalan tuh XD..harap info ni bermanfaat untuk anda,,,n all the best..selain dr ukm,unisza ade,uum n uitm pun ade..tp byk2 u,uitm is the best one

Anonymous said...

skarang sy pelajar asasi law sem2 kampus shah alam..tnggal lg 2 minggu sblum final..agak cuak la jgk..bg sy..subjek yg pling susah nk skor is global issues n economic..maybe ni sbb sy jrg ambik tau pasal isu2 global n x minat kira2 kot..btw, subjek law3 pling interesting.. ^^

Anonymous said...

untuk pengetahuan, kod pakaian fakulti undang2 shah alam x ketat sgt..cume perlu pakai baju kurung setiap isnin n jumaat..hari isnin kalau x nak pakai bju kurung pon x pe..baju hitam putih pun ok..jumaat pulak, boleh je kalau x nak pakai bju kurung kot sbb ramai je yg x pakai..tapi nampak la sopan sikit kan.

Anonymous said...

asalamualaikum akak,thanks untuk entri mcm ni sngat2 membantu saya..tapi sya nak tnya if dapat sej and bi B+ tpi subject lain A rasa2nya diorang accept tak?.sbb saya minat sangat nk further study dlm law and nak sngt ambik asasi..tpi memandangkan bi and sej saya spoil sya rsa mcm nk write a letter and convince them that sya btul2 nak and ready to take the risk.. hope akak reply..have a great day! :)

Anonymous said...

salam kak..
Result SPM saya 4a je..
BI A-,.. mcm mn ek klu apply asasi law diterima tak ? :'(

Anonymous said...

nak tanye....saya dpt 3A je...antaranya sejarah.....bahasa dpt B+/B.....

agak2 bleh dpt tak asasi ni...?

Ukhty Anisa said...

salam....nk tanya....spm sy ni cume 3A....sejarah dpt A ...bahasa spt B+/B...agak2 boleh masuk ke??

Anonymous said...

asalamualaikum. akak nk tmpang tnye result spm da kluar n sya hnya dpt 6A SEJ dpt A tapi BI saya dpt B shj. the chance or probability brape ye kak?... agak2 nye..because i am interesting in law and truly nk ambik law. Macam mane kak?..tq. sowwyy.. ><

Munirah Kadir said...

@Anonymoustp sy suka global n eco berbanding law 3 XD ALL THE BEST

Munirah Kadir said...

@Anonymoussalam dik.Mengenai perkara ini akak pun x sure sgt.sbb sej n bi mmg dia tgk untuk masuk law ni.tp,jgn patah semangat,apply je..tp,jgnlah hanya apply uitm je,apply je untuk U yang lain jugak XD

Munirah Kadir said...

@Anonymousbasically,bi kena strong dik.tp,jgn patah semangat,adik cuba je ye XD

Munirah Kadir said...

@AnonymousSsllnya sej n bi kena strong.tp,jgn putus asa,cuba je ye XD

Munirah Kadir said...

@Anonymoussalam,basically Bi n sej kena strong dik..tp,jgn putus asa,adik cuba je apply.tp,jgn hanya terhad pada uitm sahaja XD

Unknown said...

nak amik law uitm ni dia tgk gak ke subjek laen2......ke dia ambil 5A JE.

Munirah Kadir said...

@Juliet Capuletskunk ni,i'm not so sure about that.dgr cerita syarat masuk law pun makin ketat,

Unknown said...

Assalamualaikum , kak . Sy lepasan SPM 2012 , student Sains Tulen . Result biase je . 5A4B . Sejarah , English and Pendidikan Islam sy dapat A+ . Subject science yg lain sy just dpt B+ je . So, ramai suggest spya sy apply Law di UiTM . Boleh sy tau , Asasi Law KPTM dgn Asasi Law UiTM mne lagi bagos n senang utk sambung degree ? Mksud sy , antara kedua2 tu , mne lagi bagos utk sy apply sbgai first choice ?
Satu lagi , klau akak tak keberatan , boleh tak akak yakinkan sy yg Law nih best n tak susah ? Hehe ;)
Sbb sy lebih minat Medic berbanding Law , tp result SPM mcm tak mengizinkan sy further study dlm Medic je . :(
So, sbb tu sy terima pndpt family n terfikir nk apply Law kt UiTM .
Hrap akak boleh jwb soalan2 sy n bantu sy laah ye . Thanks a lot , akak ! :)

Peachy XX said...

Oh my God! Seram pulak rase nak amek law nih..Em...

Anonymous said...

Assalamualaikum kak =).. sy actually agak confuse la betul ke tak pilihan sy nk ambik law.. Sebab sy minat la jgak physic dgn addmath, tpi chem sy tak minat.. time SPM dulu sy dpt 6A'S. Sy budak pure science, tpi semua subjek sains x dpt A..sbb tu la sy tkut nk masuk matriks(org kata mudah nk masuk matriks).. sej sy dpt a plus, tpi x delah minat sgt dgn sej ni, dlm kelas asyik tidur je..rezeki la katakan.. and sy dpat A utk bi.. sy terfikir nk ambik law ni sbb bgi sy better menghafal la kot dari ambik chem n sy suka subjek bi.. akak blh bgi pendpat akak?
*wlaupun sy x tahu dpt ke x course yg sy mintak.. hehe, saje nk tanya pendapat akak =)*

Nuji Liyana said...

hai akak. nak tanya, kalau dah dapat tawaran form six, agak agak dapat asasi law tak? ke memang dah kena reject dengan asasi law? btw, sejarah saya a+ english a-. yang lain emm hancus kot

Munirah Kadir said...

@Atiqah Fuad wasalam...ramai yg kata law susah..tp,mana ade course yg x susah ye x?pada akak,law ni awesome sbb adik akan dpt belajar byk benda terutama pengetahuan am...and,kalo adik ni suka hafal law mmg sesuailah.kalo amik law,tak yah belajar maths langsung tp adik akan belajar benda br..usaha tangga kejayaan XD

Munirah Kadir said...

@Anonymouswasalam...akk pun dul pure science tp end up masuk asasi law..ha3.kalo amiklaw,x yah kira2 bagai.law mmg byk kena hafal,tp kalo fhm mudah je..just apply kalo dpt grab the chance n do ur best XD

Munirah Kadir said...

@Nujiliyanayg tu sy x surelah....

Anonymous said...

salam..nk tnye dlm subjek ctu081 tu ap yg kta kne blja? n basic bfre ambik law ape yg ptot kta tahu ea?? heheh thank you

Anonymous said...

Assalamualaikum kakak yang pretty-pretty hot ni =) saya dapat 8A 2B untuk spm 2012 ni. sejarah A+ tapi english plak B+ Haaah ! Cube teka, dapat x asasi law ni ?

Munirah Kadir said...

@Anonymousctu081??Err,sorry dik,akak dah x ingat la..

Munirah Kadir said...

@Anonymouswasalam dik,entahlah dik,akak x keje kat bhg yg uruskan masuk2 u ni.so,akak x tau.kalo ade rezeki adik,InsyaAllah

Anonymous said...

Dear Adik Munirah,
Congratulations for your sharing the info. Just a brief comment (hope you don't mind), please amend the statement "No BM is aloud (sic)". It should be "allowed". Guest it was only a typo error. All the best

Munirah Kadir said...

@Anonymousaahlah,sy pun br perasan,typo tu..thx ye sbb bg tau :)

Anonymous said...

salam,, saya lepasan asasi undang2 uitm 2012/2013.. result saya alhamdulillah lepas untung sambung LLB.. tapi masalahnya saya punya muet dapat band 3... T_T (hanya tuhan je lah yang tau perasaan ni) so sekarang ni saya tgh cuba buat permohonan utk ambik LLB kat UUM or UKM.. but in your oppinion which uni. is better?? uum or ukm?? tq

Anonymous said...

salam kak,, saya lepasan asasi undang2 UiTM.. tapi muet band3.. akak rasa klu saya buat rayuan blh lepas gak ke nak masuk LLB UiTM?? tq

Anonymous said...

ttt


Anonymous said...

hellow pre-lawriannn...hopfuly korang suma buat hbs baikkk..jgn sia2kn pluang..ramai yg nk join law uitm xtually.. tp xda rezeki.. see u in shah alam.. btw...nice info yg ada dkat sini...gud luck semua... -part 5 student BLS shah alam..

Anonymous said...

Assala.. akak.. alhamdulillah sya dpt asasi law dkt uitm ..thanks for sharing this info.. :) :) :)

skrg ni akak tgh study degree law ke ? :)

Anonymous said...

kak nk tye la gul wajib pakai tudung ke yg amik law kat uitm ni?

Unknown said...

Salam kak, saya lepasan som 2012, result spm saya 6A. . Dan saya gagal dlm panggilan upu. Jd sy ingt nak buat rayuan kemudian pilih asasi law ni, tapi sej dan bi sy hanya A- , hmm. Akak rasa peluang sy nak diterima tu besar tak? Atau tipis? Hope you can help me:)

Anonymous said...

salam akak =)
sy dpt tawaran blajar kat Merbok,course asasi undang2 jgak.. nak tanya, masa minggu MDS ada peraturan ke kena pakai baju apa?

Munirah Kadir said...

@Anonymous i think ukm..tryla survey kedua duanya

Munirah Kadir said...

@Anonymous salah satu syaratnya mesti band 4 dik

Munirah Kadir said...

@Anonymous ur welcome :)

Munirah Kadir said...

@fatin farhana kalo ade rezki insyaAllah dik

Munirah Kadir said...

@Anonymousx delah.pakai seluar track n t shirt lengan panjand je biasanya (for girls)

Munirah Kadir said...

@Anonymousx delah.pakai seluar track n t shirt lengan panjand je biasanya (for girls)

Munirah Kadir said...

@Anonymous xlah,x diwajbkan pun

adnzh said...

kena guna laptop tak utk asasi law ni ?

Anonymous said...

errr~~~
sy dpt law uitm shah alam ...
sy ta tao nape sy mohon ny .. n nape sy terimaa .. hohoho ~~ da terima, baru mber sy suggest baca blog ny . . . mcm takot jee .. btol ke pe sy wt ny ,.. aiyak -.-

Munirah Kadir said...

@aidonnnyup,satu kewajipan

Munirah Kadir said...

@Anonymousramai yg mohon asasi law tp x berjaya.dan adik adlah alah seorg yg berjaya,tahniah dan berjuanglah dgn bersungguh-sungguh,bukan sng nak dpt asai law uitm ni...InsyaAllah dgn usaha yg berterusn,adik boleh buat :)

haseon said...

salam kak..sy x boleh twrn upu..so sy pegi ke uitm..diorang ckp result sy ssuai tuk law n esok buat rayuan ke asasi law uitm..pd pndpt akak lah kn,sy ptt smbg stpm dlm alirn sstera atau msuk je asasi kalu boleh twrn lah....
pliz reply

Munirah Kadir said...

@kim haseonPada akak,kalo dpt asasi better pergi asasi,Menjamin untuk ke u,tapi kalo dah x dpt,masuklah stpm.Cuma yelah,stpm tu lagi hard dr asasi.

Anonymous said...

Entri akak ni memang bagus lha . Saya ditawarkan ke asasi undang-undang di Uitm Merbok . Lepas baca , takut pun ada . Any advice utk bakal junior akak ni ?

Munirah Kadir said...

@Anonymous1st of all,tahniah dik..Advice akak,belajarlah rajin2,x de benda kat dunia ni yg mudah..n habiskan apa yg kita dah mulakan walo sesukar mana :) all the best bakal lawyer

Anonymous said...

@MuniRAH Kadir

Akak , kan akak cakap setiap hari ahad dan rabu kena pakai baju hitam putih . Means , perempuan pakai baju kurung putih sekolah dengan kain hitam ka ?

Hana_nia said...

@Anonymous hye dear..biar sy jwbkan..haha..ahad dan rabu pakai vaju hitam putih..ahad-awak pakai la baju kurung ke..tshirt ke..blouse ke..asalkan hitam putih..rabu..awak kene beli baju korporat uitm..ok babai :)

Hana_nia said...

@Anonymous hye dear..biar sy jwbkan..haha..ahad dan rabu pakai vaju hitam putih..ahad-awak pakai la baju kurung ke..tshirt ke..blouse ke..asalkan hitam putih..rabu..awak kene beli baju korporat uitm..ok babai :)

Anonymous said...

just for information, untuk sesiapa yg nk ambil asasi law ni, minimum must get 7as, no more 5as, and dont get shock if tahun dpn it will be 8 or 9as. * I got this fr org dlm uitm.
anyway, thanks munirah kadir, you helped us alot.

Unknown said...

akak...course ni diberi penekanan dalam history dengan english sahaja atau memerlukan add math?

Unknown said...

akak..course ni syarat kelayakannya diberi penekanan pada history dengan eblish je ke?add math x perlu?

Munirah Kadir said...

@Adeeba Aleesya ye dik..addm3 and m3 not related at all dah :)

mamamiaaaaa said...

Hi miss munirah. sy merupakan pljar ting4 dan minat dgn bidang undang2. sy nak tanya, apa beza blajar fakulti undang2 kat uitm dgn ukm? mana 1 lebih baik? anyway, blog awak sgt membantu! thanks :D

Munirah Kadir said...

@mamamiaaaaaI'm not sure about it.Cuma yg taunya,kalo foundation for law,uitm is the best one :)

Shazlina Yazis said...

Assalammualaikum :)
Saya SPM Student 2013
Saya berminat dgn lawa but then saya nak buat syariah law ?
Jadi boleh tak akak terangkan prosedurnya ?
Kemudian jika seseorang tue pergi matriks dlm akaun masihkah dia boleh buat degree in law ? (jika pd awalnya dya tak dapat masuk foundation ?)
Terima kasih :)

Munirah Kadir said...

@ShAz_LinAsalam adik.ok,kalo nak buat syariah,akak rasa adik kena apply dkt uia..sbb kalo uitm,ukm or others tak tawarkan.itu yg akak tahulah.kalo foundation uia ianya memakan masa 2 tahun.andai kata adik nak apply lepas masuk matriks,boleh je,tp adik kena mulakan balik dlm foundationlah,..kan dah rugi dua tahun kat situ ...harap membantu

Hendri said...

Salam,

you get it wrong about syariah, YOU CAN DO IT IN UITM SHAH ALAM.not necessarily in UIA. with condition u already pass BLS, bachelor of legal studies, kira sesiapa dah abis LLB atau xnak sambung LLB, bleh jer amek DLSA.

Please check it up before suggesting to others, from senior, pass LLB dah pun haha.

Good luck in your studies.

Munirah Kadir said...

@Hendrithx senior..I don;t know about that. :)

Shazlina Yazis said...

Senior Hendri what is my first step after SPM then ?

Anonymous said...

Akak..sy nk tnya..kalau spm sy dpt B+ Sejarah dan A utk bi,peluang utk sy dpt kos law ni masih ad ke?

Munirah Kadir said...

basically sj and bi kena strong..walo pun sj dpt b+,tp jgn putus asa,kalo ade rezeki insyaAllah :)

MI2Y said...

Salam. saya student undergraduate for medical A. tapi kalau saya ingin ambil asasi atau diploma undang2 di uitm agak2 boleh ke tu? adakah uitm menerima new apply by me, but still i'm using my spm result.

Cahaya Syurga said...

Salam akak,,,saya pljr lpsn spm 2012,,,spm sya dpt 5A n sbjek sn sya dpt c+ n c,,,tp sej n bi sya cma dpt A-,,,sya apply upu hari tu tp x dpt,,,so sya cba bt rayuan untuk bidang law n skx lg xdpt,,,maybe xde rzki,,,tp sya dpt tahu ada kemasukan untk sesi akademik 2 uitm,,,n ada skx lg sya mtak kos law plhn prtma sbb hnya asasi undang2 jer y dtwrkn,,,y lain semua dip.akak rasa saya ada pluang x dpt law tu untuk sesi kemasukan akademik 2?

Munirah Kadir said...

@MI2Ywasalam..sy rasa no problem kalo guna spm punye result

Munirah Kadir said...

@Cahaya Syurgakalo ada rezeki,x ke mana dik.sbb kwn akak dulu pun dua masuk asasi uitm 2nd intake punye :)

Unknown said...

kwn akak tu dlu result spm dye cmner ea??

Unknown said...

IM your junior!! seriously almost all senior told me that MUET is IMPOSSIBLE to get band 4.. My question is Really?

Anonymous said...

@MuniRAH Kadir salam kak..sy akan daftar asasi law d uitm merbuk 16 november ni..hurm..for second intake ni camne ea? Sy kna start dr awal la ea? Jadual x same ke ngn bdak yg 1st intake?

Anonymous said...

Salam akak ! Sy ni pelajar yg akan menduduki SPM 5Hari lg. Hehe. So sbnarnya, sy agak berminat nk amek law. Tp msalah sy satu jaaa.. Sy ni jenis takut/ketaq kaki/ tgn berpeluh bila nk bckap kt depan. Senang cita jenis malu laa.. Soo nk tny, mmg akn ada kelas berdebat suma tuu kaaa? :( takut plak

Munirah Kadir said...

@Cahaya Syurgaerrr,kwn akk yg mana ye?

Munirah Kadir said...

@Muhamad Iqrammy answer is,,,,it is not impossible :)Buat yg terbaik,InsyaAllah bolehnya dpt band 4 :)

Munirah Kadir said...

@Anonymoussama je dgn yg 1st intake,x de beza pun.yg beza sbb awk masuk lamabt 1 sem je dr diorang

Munirah Kadir said...

@Dalilah Othmanwasalam...bg akak sume student ipt kn mmg kn buat presentation kat dpn.Tp yg beza sikit psl law ni,dia lebih sikitlah,contoh t kalo belajar bel,kena public speaking sengsorang then debate sume tu.Mula2 mmglah x biasa,tp lelama and u try ur best to overcome all ur (-)sides,InsyaAllah u can do it.Just believe in urself, :)

KamarulAkmal said...

salam kak. kalau dari matriks pointer kena brape ye nak lepas further law uitm?

KamarulAkmal said...

salam kak. kalau dari matriks pointer kena brape ye nak lepas further law uitm?

Anonymous said...

Salam, akak saya batch 1994 & merupakan pelajar lepasan STPM. Saya nak tanya, betul ke UKM require band 3 je utk muet? And what if I got band 4 for muet, and dpt pointer 3.00 and above, but history subject cuma dpt B? Is there any possibility saya boleh diterima utk sambung degree dlm jurusan law? And I wonder, you guys kena speak in english ke during the debate session? Or is it just only for p&p? Harap akak boleh jawab ^^

Anonymous said...

good info...anak saya baru habis spm..kalau dia minat saya nak dia buat law..tapi dia kelas sains..harap pelajar sains pun boleh..

Unknown said...

Salam kak . Hee . Mybe entry akak nh dah lama but harap kak still bls komen sy yer . Sy nh dok tgh tggu result SPM . Then , Kalau masa degree sy nk ambil sains pentadbiran , tak salahkan kalau asasi ambil law ? Then ,kt s.alam ada lagi tak asasi law ? Last , sy nih tak der lha pndai sgt bi . Biasa2 jw . Sesuai kw nk ambil kos nie ?

Anonymous said...

Assalamualaikum,saya lepasan spm tahun 2012. saya baru je beli no pin upu 21/1 hari tu. tapi bila saya tengah isi borang upu tuh , x ada pula asasi undang-undang , so saya x jadi memohon disebabkan x ada asasi undang-undang, ada orang cakap kalau kite bukan lepasan spm selain lepasan spm 2013, tak semua course ditawarkan kepada kita , betol ke? and macam mane saya nak mohon asasi undang-undang ni? kalau tak mohon , rugi pulak beli no upu kan . hehe mohon penjelasan :)

Anonymous said...

not really sure lah kak nak ambik law tapi minat memang kat law. sure thing, nothing worth having comes easy, right? saya lepasan spm 2013. tengah nak isi upu. takut ohh nak belajar law ni..seriously,Im scared with all of thisssss

nadia said...

assalam..akak..sya lpsn spm 2013,skrng sya agk confuse nk amik course ape..sya amik sains tulen,tapi tak yakin sngt nk amik course yg bekaitan..sya jnis menghafal so mngkin law bidng yg sesuai.akak rase susah x nak skor dlm course ni? dan apa bezanya perundangan n undang-undang?kew sama jew?

Anonymous said...

assalam..akak susah x nk blajar law ni?saya budak sains n minat mnghafal..sya xyakn sngat nk amik bidang berkaitan bio,fz or kim..boley kew amik?

Anonymous said...

fuhhhhhhh ! after baca your post seriously rasa macam tak sabar plus takut nak ambik law tapi... I'm kinda like it...I mean ambik kursus law la.. yessss, i already decide it.. i want to take law.. insyaallah... tapi result trial saya just A- for Bi B+ for Bm and B+ for Sejarah... so, i want to ask u komen yg sejujur-jujurnya drpd akak whether saya layak ke tak... -mira-

Unknown said...

Sangat sangat membantu..!Terima Kasih :D

Anonymous said...

@Anonymous

sorry, i think its typo again. Guess not guest.

Anonymous said...

@Anonymous

sorry, i think its typo again. Guess not guest.

adilia said...

akak, sekarang sy tgh belajar kat uitm dalam jurusan asasi undang2...skrang tgh cuti dan lps ni sambung sem 2 pulak...tp, sy tak nk law.....blh tak kalau sy nk sambung bidang psychology kat ukm....setahu sy sem 2 ade belajar pasal psychology kan...please reply kak....i really need ur help...

Anonymous said...

salam akaq :D
kalau la saya tak capai 4 bands MUET tu,bole tak saya mintak course selain dari tawaran degree oleh uitm? contohnye buat degree Programming or Informations and Technology di universiti lain? ke terikat dengan course tu jela. paling best dengar pon course Faculty of Administrative Science and Policy Studies.. acaner tu? T_T

Unknown said...

Assalamualaikum kaak.saya cuma Nak Tanya macam mama Nak apply bantuan asasi tu ya? Ke saya dah memang automatic apply lepas saya accept tawaran study tuh?

Unknown said...

Assalamualaikum kaak.saya cuma Nak Tanya macam mama Nak apply bantuan asasi tu ya? Ke saya dah memang automatic apply lepas saya accept tawaran study tuh?

amirul hisham said...

salam kak. sya berminat nk amik law cuz sya suka bercakap and enter bahas competition at school. tpi sya tk la strong in sejarah and menghafal ni. i want to join but im worried that sya tk bleh bwk course law ni.. and advice nk improve my keyakinan

Munirah Kadir said...

@amirul hishamlaw is fun.faham dan hafal InsyaAllah boleh

kataktemourung said...

salam akak , saya lepasan spm . saya minat law . spm dapat 5A tapi math saya D . kalau buat rayuan dapat tak ?

Anonymous said...

Honestly i found your entry very interesting! very packed with details and i absolutely love it. Actually im heading for law after spm and did a bit of research regarding the course. so glad i stumbled upon this entry as it gives me an inside view of what taking up law must be like! Alhamdulillah sister, May Allah SWT bless you in every way! <3

shuhada razak said...

hai munirah. rasanya i sama umur ngn u. cuma i after SPM troz keje. so bole i tw x, cmne cara nak apply kos law nie. website apa i perlu tengok plus, bole ke apply lagi dngn umur i yg 22 now??

Anonymous said...

Assalamualaikum kak. Sekarang ni saya belajar di matrikulasi. Boleh tak saya apply asasi undang-undang uitm untuk 2nd Intake bulan november ni ?

Unknown said...

Kalau first sem dpt 2.5 ade peluang lg ke nak further degree law

Maryammm said...

Boleh saya minta nota2 utk semester 1? Harap dpt membantu newbie sem1 like me.
.
maybe boleh email ke mnadzri7@gmail.com

Munirah Kadir said...

@Maryammm
Maaf ye dik.Akak dah tak simpan dah

Munirah Kadir said...

@Syazwan Ahmad depends pada result awk sem 2 nanti.Kalau gpa mampu achiece 3.++.InsyaAllah ada :)

Unknown said...

@MuniRAH Kadir
Thanks Akak, so saya la anonymous yang comment 3 years ago tu. Haha, Sejarah and BI saya B+ and tak dapat masuk asasi law eventhough subject lain semua dapat A. First intake, rayuan (saya dapat asasi *apatah* but tolak cz i want to do Law), memang fail. Then Second intake (tak dapat asasi law juga) saya ambil Diploma in Public Administration di UiTM (ni last choice, dapat kat Merbok, roomamtes pre-law, lol, god's greatest test for me) Life was hella stressful back then (diagnosed with depression during my Diploma). Then I graduated now, was called for interview for Bachelor of Laws at UiTM (I nailed the iv :) hehe). Waiting for admission je lah ni. Next year February, Insyaallah oficially jadi Law Student. Finally after years! So the thing is, do not give up. Hang in there because pain is temporary, it is seasonal and trust me, you can have anything you want, if you really want it. Goodluck to other readers and thank you again Kak Munirah on behalf of me and others that youve helped. Allah bless you. Ciao.

Munirah Kadir said...

@fikhri safwanAlhamdulillah.Happy to hear about that.Selamat maju jaya dear Fikhri :)

Anonymous said...

salam,saya tengok post ni actually dah agak sangat lama,,huhuuu tpi saya harap sangat sis reply komen saya. okey, saya actually accounting student of UiTM and untuk sambung degree, parents saya suruh amik degree law,saya risau takut tak boleh bawak sbb rmai budak2 law ckp degree law tu sangat susah. and saya nak tahu boleh ke saya accounting student nak apply degree law?saya harap sis dapat bagi pandangan . thanks.Muet saya band 3 hari tu, so kena ambik lain ke?

Munirah Kadir said...

@Anonymous
Standard kemasukan untuk ke degree law uitm sekarang dah lain.Kalau dulu kalau lepas cgpa 3.0 and muet 4,dah boleh masuk.Tapi,sekarang dah tak sama.Besides,kalau nak masuk law kena ada interview kalau tak silap.Regarding the course that you dah amik dkt diploma dulu,rasanya tak ada masalah asalkan cgpa mencukupi.but for confirmation,it is better for you to call pihak uitm.Selamat maju jaya :)