Monday 4 February 2013

DIARI LIBK SELAMA 10 HARI


Assalammualaikum....

Bukan mudah untuk membuat keputusan untuk mengikuti kem Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) ini.Banyak perkiraannya yang perlu dilakukan.Kawan-kawan pun banyak yang bagi nasihat (+) mahupun (-).Tapi,aku nekad,walau apa jua cabarannya,InsyaAllah akan aku hadapinya dengan tabah.Mereka kata,jadi komander ni untung.Yelah,dapat kemudahan kolej selama 5 sem,elaun dan etc.Aku melihat perkara2 itu bukan yang paling utama.Yang paling utama adalah kerana aku memang minat dengan aktiviti unit beruniform ni.Tu sebab time asasi dulu,aku rasa macam ade je benda tak kena.Yelah,24 jam ngadap buku pun,bukan ok sangat pun kan?Kalau hanya bersandarkan niat nak dapat kolej,elaun...aku rasa tak sampai 1 sem mahunya aku quit dari jadi komander.Niat itu yang paling penting bukan?

Berbalik kepada tajuk entry pada hari ini,kem yang berlangsung selama 10 hari ini,banyak input yang aku dapat.Tapi,tambahlah dengan muka hitam macam penduduk wakaka eh eh sampaikan mak aku pun terkejut tgk aku,sakit 1 badan and etc.So far,kehidupan kami selama 10 hari ni ibarat waktu MDS.Atau lebih tepatnya bagi aku,kehidupannya macam time aku dekat asrama dulu.Terlalu packed.Tapi,apa nak dikato,itu adalah pengorbanan dan juga risiko yang perlu dihadapi.Bak kata someone...."Datang tak berjemput,kalau kau nak balik pun aku tak kisah".See?

Hari Pertama

Sejak malam tadi,aku sukar melelapkan mata.Berfikir-fikir apa yang akan jadi pada aku dalam masa 10 hari ni.Apa yang akan jadi pada hari pendaftaran.Nasib baiklah aku tidak berseorangan.Nasib baik diyanah dan juga fadz pun sertai kem tu.Awal pagi dah bikin kelam.Mereka kata,pendaftaran patut buat pada pukul 8.Yang aku ni pun punyalah lurus bendul,bergegas ke bilik air bagai then siap macam ape entah.Then,angkut barang pergi teratai.Barang usah dikira,2x trip ulang alik nak amik barang.Bila dah siap amik barang,kita orang pun pergilah ke pusat KOR untuk mendaftar.Tapi,errrrr...kita orang ni rupanya si troublemaker.Sepatutnya kena pakai baju formal,tapi sebaliknya kita orang pergi bijak pakai baju sukan.

Trang teng teng...........malu giler time masuk tu.Semua komander yang ada kat dalam tu,semua pandang kami dengan muka yang aku sendiri tak tahu nak describekan.Kitaorang??Hmm,muka dah merah,kepala pulak macam dah ada skru ketat supaya jangan pandang atas.Setelah kejadian itu,komander R bagi kebenaran suruh tukar kepada pakaian formal.Apa lagi,berlarila balik dari pusat KOR ke Teratai.Dah siap tukar baju,malang lagi.Dahlah hujan lebat,payung tak de.Jalan terbaik,redah jelah.Balik bilik,perasaan malu still ada..Aigoo

Itu kisah di pagi hari.Malamnya pulak,kami dipecahkan kepada beberapa platun.So,aku ditempatkan di platun 3.Before dilepaskan pulang untuk ke bilik,komander2 bagi arahan,suapaya semua barang berharga contohnya macam lappy,hp sume kena bagi kat depa.Yelah,sat g,kalau simpan dalam bilik pun,belum tentu terjamin maaa..Dengan muka yang pasrah,bagilah jelah si Ace dangan si Shiba.Berpisah untuk 10 hari,amatlah meyakitkan..sobs sobs

Hari Kedua

Bermulanya latihan kawad kami.Jurulatih kami iaitu Cikgu Wahi dan juga Encik Min,aku rasa paling cool and sporting.Time dinner,aku cakaplah,"hari ni baru hari kedua,tapi apesal aku rasa dah macam sebulan duduk sini".dan....hazim pun mengiyakan bait2 kataku itu.Apesal entah aku cakap macam sebulan?Hanya siapa yang pergi ke kem itu saja yang akan mengerti mengapa dan kenapa aku berbicara seperti itu.

Hari Ketiga

Tiada yang menarik pada hari ni.Macam biasalah,kawad dan kawad dan kawad.That's all

Hari Keempat

Bermulanya kisah aku dan rakan2 yang lain dengan sepasang boot.Boot yang berat.Boot yang aku kira,woi,apesal berat sangat nak angkat dan pakai ni.Dan boot ni jugalah yang buatkan kakiku akhirnya melecet sampai berlubang kedua2 belah kaki aku.Ini gara2 sepasang boot.Ok,cukup aku membebel pasang boot.Hari ni salah satu hari yang aku rasa,memori yang patut dikenang.Apesal??Sebab,waktu cik min ambil alih dari cikgu wahi,before start kawad,cik min tanya.."Awak semua cukup tidur tak?Kalau tak saya nak bagi awak rehat ni...See,nampak tak cik min ni sangat baik giler dan cool?Kita orang sangat sayangkan jurulatih kami.Lastnya,dia bagi kita orang rehat+tidur di bawah pokok yang redang itu.

Hari Kelima

Pagi2 lagi dah buat aktiviti tempur tanpa senjata/taekwando.Oh yeah,yang ni aku suka..muahahaha.Tak sangka badan aku still flexible lagi buat benda alah ni.

Hari Keenam

Ujian mengajarkan skuad.Bagi aku,aku buat dengan teruk ok?

Hari Ketujuh

Hari ni kami pergi ke bukit cerakah..Perasannya macam...wauuuuuuu!!!!!!!!Akhirnya dapat keluar daripada UiTM.Perjalanannya tak jauh pun.Dalam 15 minit dah sampai.Kali ni ,kitaorang diberi pendedahan bagai mana nak guna kompas+ikhtiar hidup di hutan.Sewaktu aktiviti kompas la paling tak boleh blah.Game dia macam ni.Kalau korang dah shoot arah dia,nak mintak jawapan dari komander platun,kena buat something.So,macam2 la yang kita orang kena.Merangkak dalam tutttttttttt,masuk air sambil berkawad dan bla bla bla.Perasaan kami sebagai 1 platun,hanya kami jelah yang tahu.

Hari Kelapan

First time pakai baju uniform lengkap.Ujian kawad juga berlangsung.Petang pulak,ujian untuk pelatih terbaik.Malam pulak ada ujian bertulis.Punyalah jauh kita orang amik kat ujian tu,dekat dewan engine u know?

Hari kesembilan

Rehearsal untuk passing out atau lebih dikenali sebagai,tamat latihan.Berkawad dari pagi ke petang.Tak lupa kawan kami yang sentiasa berada di sisi kami iaitu,sang matahari yang terik dari biasa.1 botol tak cukup.Tak terkira berapa botol aku minum hari tu ~~.Malam pulak ada malam sekalung budi.Platun kita orang dapat persembahan dikir barat.Oleh sebab kesuntukan masa,maka pergerakan tangan pun paham2 jelah.Nasib baiklah si tukang karut dan pemain2 alat muziknya ok.Tapi paling tak boleh blah,masa nak start masuk tu...kena buat pergerakan sambil bunyi..eh,eh,ahhhhhh.Ok,aku tahu korang tak dapat nak gambarkannya.Yang pasti,muka aku merah masa buat pergerakan tu.Apesal entah.


Hari Kesepuluh

Hari yang ditunggu2 telah tiba.Kami berkawad dengan penuh semangat gituh.Menunggu Vip+berucap...dengan silaun matahari pagi...dengan aku selaku barisan hadapan...peluh menitik,titik demi titik...terpaksalah tahannya.Kalau bergerak sat g..tetttttttt.Padahal dalam hati meronta2 nak sapu peluh di muka.Tapi kira kejaplah tu.Before pukul 11 dah habih.Then,upacara pemakaian pangkat.Sapa yang parentsnya datang,bolehlah pakaikan pangkat untuk anaknya.Sapa yang tak de,tengok jelah dengan hati yang hiba.Me,so sad.Sobs sobs sobs.Lastnya,komander H coy yang tolong pakaikan untuk aku.Then,mulalah sesi tangkap gambar bersama H coy,dan juga Platun 3



Barisan H coy..aum aummmm


Platun 3
Trademark:10 hari je pun,redah jelah!!!!!!!

Dari atas:KRM Wahida.KRM Maznira,KRM Ariana,KRM Azimah,KRM Lela,KRM Ikhsan,KRM Mustaqim,KRM Al Amir,KRM Hazim,KRM Farhan,KRM Fauzi,KRM Syaza,KRM Liyana,KRM Roziah,KRM Musfira,KRM Sh.Fatimah,KRM Syamilla

Dari bawah:KRM Eshan,KRM Amirah,KRM Munirah,KRM Filzah,KRM Aida,KRM Aliah,KRM Aisyah
Absent:KRM Munirah Mustafa


Lunch kami yang terakhir sebelum masing2 pulang ke kg halaman
 Walaupun hanya 10 hari,tapi bila dah sampai rumah,perkara yang paling aku rindu adalah waktu bersama dengan platun aku yang cool tuh.Yelah,makan sama2,kena marah sama2.Kalau bengang pun sama2.Kalau membebel pun sama2.Letih sama2.Yeah,mereka sangat cool+awesome.Tak lupa juga pada roomates ku,ain+aty..Tak lupa jugak pada milla,yang sering bersamaku kerana kondisi kami sama iaitu kaki melecet sampai tahap berlubang.Cakap pasal kaki melecet,walau sesakit manapun kaki korang tu,bertahan jela.Jangan nak manjakan diri sendiri.Tak cool gituh..eh,ape kenanya?Entah..~~

Semoga kita berjumpa lagi di hari dan waktu yang lain.HIDUP H COY!!!HIDUP PLATUN 3!!!

Peace :)