Friday, 13 March 2015

PROJEK DOKUMENTARI-HOMESTAY SRI KAYANGAN,SABAK BERNAM

by

One of the biggest achievement yang korang kena buat bila dah berada di part 5 adalah korang kena buat satu projek dokumentari.Projek Dokumentari ni adalah assignment yang merangkumi untuk dua subjek sekaligus iaitu Public Finance and Malaysian Economy.Untuk assesment ni,ianya adalah sebanyak 15%.Memandangkan ianya melibatkan 2 buah subjek,so korang kenalah buat baik-baik sebab kalau tak rugi markah kat situ je.

Ok,mula-mula,korang kena cari ahli kumpulan.Maximum adalah sebanyak 15 orang,Tak kisahlah dia kelas mana pun,janji dia amik  kedua-dua subjek tu.Kemudian,korang akan kena cari topik.Topik ni meluaslah kiranya.Sebabnya,korang boleh pilih topik apa yang korang nak,janji ianya ada bersangkut paut dengan finance and economy.Contohnya,macam group aku,kitaorang buat pasal homestay dekat sabak bernam.Dari aspek apa yang kami lihat adalah adakah homestay ni menjana ekonomi negara dan bila adanya penubuhan homestay ni adakah ianya membantu penduduk kampung dan sebagainya.Yang paling penting,sebelum membuat satu keputusan untuk pilih destinasi yang korang tuju,discuss apa yang korang nak tahu daripada tempat tu,assign biro,bawa peralatan macam tripod,komputer,camera supaya senang bila dah sampai korang dah tahu apa benda yang korang kena buat.

Menghasilkan sebuah dokumentari bukanlah senang.Sebab,lecturers akan expect yang korang akan menghasilkan sebuah dokumentari ala-ala animal planet gitu.So,dalam video tu kena formal.Tak salah kalau nak selitkan selingan perjalanan kalian,tapi biar bertempat.Jangan masuk gambar yang tak formal,contoh gambar selfie,goyang-goyanglah.That's why pentingnya ada tripod.So that bila korang interview nanti,semua nampak smooth je.Lagipun kan senang korang tak payanh pegang camera guna tangan.

Ok,sekarang aku nak cerita perjalanan kisah 15 sekawan ke homestay sri kayangan.Trip kami ni memakan masa 2 hari.Memandangkan kesemua ahli adalah perempuan,maka kami pun decide untuk bawa 3 kerete sahaja.Nak bawa van takut pulak.


Setibanya di sana,kami telah disambut oleh penduduk-penduduk kampung di situ.Siap dengan bunga mangga and kompang sekali uolls.Kami pun mula-mula pun terkejut lah juga+terharu.Sebab tak expect akan dilayan begitu.



Lepas kami diarak dari pintu masuk hinggalah dibawa masuk ke dewan,kami pun dijemput makan untuk makan tengah hari.Yelah,memandangkan kami pun sampai dalam pukul 2 petang,of courselah lapar after 3 hours dalam kerete tu.



Walaupun masakannya simple je,tapi yang bestnya sebab suasana di kampung tu dah mula terasa.Yelah,dapat makan ulam-ulam.Nak harapkan dapat kat kantin universiti memang kelautlah jawabnya.

Kalau nak diikutkan,lepas je aktiviti makan ni,kami dah plan untuk melawat di sekitar kampung untuk interview penduduk-penduduk kampung di sini,tapi memandangkan hujan lebat sangat,jadi duduk jelah dekat homestay tu.Dah agak-agak renyai sikit,kami pun berpecah untuk kumpul data.

Salah sebuah rumah penduduk kampung di sini


Lepas habis interview bagai,kami pun balik semula ke teratak homestay tu.Malam pulak ada malam kebudayaan.Tak memasal kami pulak kena buat persembahan,Memanglah tak nak pada mulanya,tapi sebab tok ketua dah request kami layankan ajer.

Second day ni barulah padat aktiviti kami ni.Bermula dengan berbasikal ke  perusahaan kuih tradisional untuk melihat bagaimana mereka memproses kerepek-kerepek ni.






Lepas tu,aktiviti berbasikal ni diteruskan lagi.Kami dibawa pusing-pusing keliling kampung melihat keindahan sawah padi.Dah terasa ala-ala dalam cerita nur kasih pun ada.Tapi,disebabkan panas teriknya,fuhhh 5km tu aku rasa jauh benor.Makanya,di tengah-tengah perjalanan tu,kami pun rest sebentar di pekan.Nasib baiklah tok ketua murah hati belaja kami.



Konvoi naik basikal gitu





Ni pula aktivit bersampan


Dah otw balik,sempat lagi singgah dekat kedai cendol mana entah.Not bad.




Overall,projek dokumentari ni memang best.Di samping buat assignment,korang akan bonding dengan teammates.But,dependslah sapa teammates korang.Oh ya,tak semestinya kalo nak buat projek ni kena pergi jejauh.Bagi aku,cari yang dekat-dekat sudahlah.Tak payahlah buang duit pergi jauh-jauh.Kena ingat,kos tenpat tinggal,minyak tol bagai.But depends,kalau semua ahli korang tu memang kaya tak salah pergi tempat jauh.

Dari pengalaman akulah,waktu pergi tempat buat dokumentari ni memang akan nampak smooth je,yelah setakat record and interview orang je.Tapi,task yang sebenar adalah bagaimana korang nak delegate tugas after balik tu.Sebab,yang si tukang edit video tulah sebenarnya yang menderita.Nak-nak kalau team korang akan ada yang buat don;t know je.Sebab bila dah part 5 ni,banyak lagi projek-projek lain yang korang kena settle.Sebab tu,kalau boleh jangan tangguh.Atau buat sikit-sikit edit dari awal supaya bila dah nak present nanti tak kelam kelibut.

Rasanya itu sahajalah daripada aku mengenai pengalaman projek dokumentari.


No comments: