Monday, 3 February 2014

TOUCHDOWN BUKIT MERAH!


Assalammualaikum.

It’s the first timefor me in my life,sepanjang tempoh 21 tahun aku bernafas di bumi ini,aku pergi bercuti bersama rakan-rakan.Perancangannya,kami akan pergi bercuti di Bukit Merah,Taiping sejurus selepas final exam berakhir.

And here is the story…..

20 hb January 2014

Mengikut perancangan,aku,dilah dan zana akan berjumpa di medan kidd sebelum meneruskan perjalanan menuju ke bukit merah dengan menaiki bas.Tapi,alhamdulillah,disebabkan ancik pun satu hala nak pergi penang,maka tumpang jelah ancik.Kami tiba di sana dalam pukul 11am.Disebabkan maz masih tidak kunjung tiba,maka kami pun decide nak check in hotel dulu.

Namun……

Apabila nak check in tu,diberitakan bahawa hotel itu bukanlah hotel yang kami tempah.Hotel tu actually jauh lagi .Perasaan time tu macam kena hempap dengan batu.Yelah,kalau nak pergi sana,dia kata lagi 1.5km baru sampai.Gila tak gila.Memang taklah nak jalan kaki di bawah terik matahari tu.Nak tak nak kenalah tunggu maz.Nasiblah maz datang naik kereta.Kalau tak....Sementara nak tunggu maz sampai,kami pun berlegar-legarlah dekat sana.Jejenguk apa yang ada.



Namun….

Sekali lagi aku rasa kena hempap dengan batu.

Nak tahu apa sebabnya???

Kedai first yang kami masuk adalah kedai yang jual souvenir..*ownernya melayu.
Like seriously,kami tak perasan pun yang sebenarnya kedai tu baru bukak.Meaning dia baru nak keluarkan segala barang dia.Yelah,sebab kedai tu macam dah bukak.Pukul 11 lebih kot.Takkanlah tak bukak lagi,ye tak?Kalau ikut logic akal akulah.Then,tak semena-menanya pekerja dia kata “Adik,kami tak bukak kedai lagilah”.Nadanya seakan akan menghalau kami agar keluar daripada kedainya itu.So,kami pun apa lagi,angkat kaki then belah.

Next, kedai souvenir jugak.Tapi kali ni owner dia cina.Walaupun kedai dia tak fully bukak lagi,tapi dia still layan kami.Betapa bezanyalah layanan antara peniaga cina dengan peniaga melayu ni.I’m sorry to say,tapi itulah sebabnya mengapa peniaga cina lagi berjaya.Ronda-ronda kedai tu,dan akhirnya belilah jugak souvenir as kenangan.

But seriously,aku tak sangka yang bukit merah tu macam "kota mati".I mean,aku ingatkan tempat tu macam lost world of tambun ke,sunway ke.Yelah,tempat percutian maa.Ni tak,semua kedai macam tutup.Nak cakap pasal tempat makan?Lagilah,macam apa je.Boleh dalam pukul 12 still tak da makanan?Harga pulak,errmmmmm,yak payah cakaplah.

Memandangkan dah lapar,and penat menunggu maz yang tak kunjung tiba,maka kami pun decide untuk duduk merenung masa depan yang tak berapa pasti.Then call maz,suruh dia bungkuskan makanan memandangkan tempat ni macam erghhh…

Sekitar pukul 12.30pm macam tu.Akhirnya maz tiba bersama makanan.Riangnya kami tidak terkata.Lepas 
tu terus check in hotel.And guess what?On the way pergi ke hotel tu,tempat tu tersangatlah creepy.Maybe sebab weekdays maka tak de orang.Tapi,apa hal tempat tu macam using sangat.Selamatlah hotel tu boleh ahan cantik.Nampaklah lalu lalang high way.


Kolam renang ni kalau dilihat dari atas sumpah awesome!

After makan and solat,kami pun get ready untuk bermandi manda di waterpark tu.Tiket masuk berharga RM 24.

Namun….

Kami ketiga kami dihempap dengan batu.
Banyak mainan air yang still under construction. Alasan sebab weekdays.Tak logic akal sungguhlah.Nak tak nak kami pun masuklah.Yelah,dah dating jejauh takkan tak naka mandi pulak kan?
Bila masuk je,macam krik,krik,krik,krik…….

Ada 4 benda je kami boleh main iaitu:


1.Boomerang

2.Kampung air


3.Slides


4.ermmm,tak sure nama dia apa




Jadi itulah dia.Tiket yang berharga rm 24 dan hanya boleh main sebanyak itu sahaja.Agak mengecawakan.Air pulak terlebih klorin,masin mengakahkan air laut.Tapi yang agak best pun main “boomerang” je lah kot..Tu pun cukuplah sekali je aku naik.Gila horror.Tinggi nak mampus.Yang kelakarnya,baru masuk satu jam dah rasa bosan.Yelah,bosan tak tahu nak main pa.Cukup 2 jam lebih sikit,kami decide untuk keluar.Memanglah bayar mahal,tapi kalau stay lebih lama kat situ,boleh jadi bingung sebab tak tahu nak main apa.

Bila dah main dengan air,confirmlah lapar.Kami decide untuk makan di luar sahaja.Destinasinya adalah Bandar taiping.!wUhuuu!!Dah sampai bandar taiping,jumpa pulak mall.Memandangkan banyak yang tengah sale,apa lagi,boronglah.Maka percutian kami ni telah bertukar kepada shopping mopping.Girls,biasalah.

21hb January 2014

Pagi yang indah.Konon nak main kolam dekat bawah,but we end up zzzzzZzZZZ.
Dalam pukul 10 kami check out hotel dan prepare untuk balik semula ke teratak tercinta.Tak cukup dengan shopping semalam,tambah lagi hari ni.Kali ni singgah the store pulak.Kan dah cakap,kami lagi enjoy pergi shopping instead mandi manda tu.Wakaka.

Then,tibalah masa untuk berpisah.Time ni memang mencabar.Yelah,ce bayangkan,pergi hentian bas kemunting,ade tiket untuk aku,dila dan zana.tak de untuk yana.Then,supposedly pergi hentian bas taiping,tapi Maz salah dengar.End up pergi hentian bas simpang taiping.Padahal hentian bas taiping tu dekat je dengan te store tempat kami shopping tadi.Kesian Maz,dok ulang alik.

Jadi itulah cerita aku dan kisah percutian ke bukit merah.Dan kami berikrar,takkan menjejakkan kaki lagi ke sini.Cukuplah hanya sekali.

But after all,yang paling penting,kami dapat bercuti bersama walaupun banyak betul dugaannya.

2 comments:

Izni Ismail said...

cam best je. bring me along next time !

MuniRAH Kadir said...

@Izni Ismailtak payahlah weh.tak best langsung.baik pergi lost world.huhuhu