Friday, 13 March 2015

PERSEDIAAN SEBELUM MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL- (BAS)

by

Assalammualaikum.


Hari ni saya nak share sedikit pengalaman saya mengenai apakah persediaan yang perlu dilakukan before mejalani latihan praktikal ketika waktu cuti semester di sem yang ke 5.



Silibus baru vs Silibus lama

Ok,mungkin ada yang tak tahu,bahawa untuk course ini,ada silibus baru dan lama.Untuk silibus lama macam saya,anda akan menjalani latihan praktikal selama 6 minggu sahaja.Dan untuk pengetahuan anda juga,mostly yang menjalani latihan praktikal selama 6 minggu ini adalah daripada budak asasi masuk ke degree.Tetapi,setahu saya,kemungkinan saya adalah batch yang terakhir menjalani latihan praktikal selama 6 minggu.Bagi silibus baru pulak,anda akan menjalani latihan praktikal selama 8 minggu or to be exact 2 bulan.Mostly,siapa yang daripada diploma dan meneruskan pengajian ke degree anda adalah kategori ini.Tetapi,seperti yang saya katakan tadi,selepas batch saya,tiada lagi latihan praktikal selama 6 minggu kerana mengikut silibus baru,anda akan menjalani latihan praktikal selama 8 minggu.

Nak apply dekat mana ?

Ni soalan paling famous.Memandangkan course ini adalah berkaitan dengan admin,so anda boleh pilih GLC,government sector or even private sector.Daripada pengalaman saya,saya suggestkan anda untuk apply intership either GLC seperti Khasanah,Sime Darby,Petronas or private company.Sebab apa ? Sebabnya kalau anda apply dekat syarikat-syarikat besar macam ni,banyak benda yang anda boleh belajar.Silap haribulan kalau prestatsi anda bagus,anda mungkin akan mendpaat peluang yang cerah untuk menjadi pekerja di situ after habis belajar nanti.Lagipun,selalunya kalau private or GLC ni,dapat elaun.How about government sector ?Sebenarnya,kalau nak apply intership dekat gov. pun tak salah.Tapi,biarlah cari seperti pejabat-pejabat Setiusaha(SUK),Kementerian-kementerian dekat Putrajaya,Pejabat Tanah Galian dan etc.Meaning,pejabat HQ,dan bukannya yang daerah-daerah kecil.Itu adalah berdasarkan dari pengalaman sendiri dan juga kawan-kawan.Kemungkinan kalau korang apply dekat gov. ni terutama dekat pejabat-pejabat daerah ni tak banyak yang anda boleh belajar.Contoh,kawan saya intership di majlis daerah.Boleh dikatakan setiap hari,kerjanya main online,tidur,makan.Dah tu,nanti nak tulis report macam mana ?Berbeda sekali bila ditanya dengan kawan-kawan yang intership di private or GLC.Boleh dikatakan tidak menang tangan buat kerja.Apapun,ini adalah sekadar dari pengalaman saya sahaja.Terpulang pada anda untuk memilih mana yang terbaik untuk anda.Oh ya,nak mudah,listkan dulu semua senarai company tu.Tapi,ingat hanya 3 company sahaja yang akan anda listkan kepada koordinator faculty nanti.

Macam mana nak apply ?

First,google dulu details about the company.Lepas tu,call tanya either dekat situ dia terima tak kalau budak nak praktikal untuk 2 bulan.Sebab bukan semua company akan terima praktikal 2 bulan.Ada yang nak 3 bulan and etc.Ok,andai kata dia dah kata "ok,awak boleh apply",then tanya details contact person,kat sapa surat tu hendak ditujukan.Tapi,ada certain company yang suruh email je.Tu lagi senang.Lepas complete semua ni,koordinator faculty akan keluarkan surat rasmi.After that,terpulanglah either nak pos laju ke atau nak selamat pergi sendiri company tu and hantar sendiri.

Lepas tu,dah settle ke?

Belum lagi cik kak,cik abang.Andai kata anda dah hantar surat dekat company tu,within 2 or 3 weeks after that,call balik company tu,tanya anda diterima tak untuk intership dekat situ.Kena alert.Sebab takut,kengkadang surat tak sampailah apalah,kan masalah tu.Bila dia dah kata terima,hah okla tu.Dah boleh leklek sikit.

Selalunya,bila awal sem 5,akan ada perjumpaan dengan koordinator.Waktu ni,koordinator akan bagi tahu surat apa yang anda kena complete and etc.

-THE END-

No comments: