Showing posts with label H-COY. Show all posts
Showing posts with label H-COY. Show all posts

Friday, 8 November 2013

AL-KISAH PERKAD 2013

Assalammualaikum.

Event Pertandingan Kawad Kaki antara fakulti 2013 (PERKAD) ni sebenarnya telah berlangsung pada 27.10.2013(Ahad).Kiranya entry kali ni dah lapuk jugaklah citer dia.Tapi,nak buat macam mana,baru sekarang ada masa nak update pasal event ini.

Sebanyak 12 kompeni telah join event ini.Dan daripada 12 kompeni ni,Kompeni H,telah dapat giliran yang ke 11 untuk performed.Bila dah nombor 11 tu,bermakna tengah harilah jawabnya kita orang performed.

This sem,aku diberi kepercayaan untuk memimpin kompeni H.Satu penghargaan dan tanggungjawab yang berat untuk dipegang.Entahlah,kadang kala macam tak percaya pun ada.Yelah masa aku join PERKAD 2012,Komander Ayie yang lead kami.Sekarang,bila aku yang lead mereka,macam tak percaya aku yang berdiri dekat depan ambil alih tempat komander ayie.Can you imagined my feeling at that time?

Memandangkan event ini adalah kali pertama yang aku lead,maka kecuakan tu tak payah citerlah.Giler tak cuak.Dahlah ramai kot pada hari tu.Tapi,memandangkan ramai komander senior and the 7 siblings yang menyokong aku,ianya telah membakar semangatku untuk buat yang terbaik.Lagipun,pelatih-pelatih this sem memang awesome.Sebab mereka siap cakap,

"Komander,jangan nervous komander".


"Komander,boleh komander".

Hah,ayat-ayat cenggitu lagilah buat aku bertambah semangat.Tak mahulah hampakan harapan semua orang,walaupun amat berat untuk digalas.


Time masuk medan,memula memanglah cuak.Namun alhamdulillah,lama-kelamaan aku mampu mengawal kecuakan itu.Dan pelatih-pelatih sendiri sangat hebat.I'm pround for them.Adatlah,tetap walaupun ada yang buat salah,tapi aku tahu diorang dah buat yang terbaik.I saw their effort.

Dalam pukul 12 tengah hari,event untuk sebelah pagi pun berakhir.

*sesi petang

Sesi petang pulak adalah untuk announced who is the winner?

Dan alhamdulillah,kompeni H berjaya menduduki tempat ke-2.
Lebih manis lagi apabila,aku berjaya merangkul gelaran ketua platun terbaik.

Waktu dia annouced tu,nganga jugaklah aku.Tak expect pun dapat gelaran tu.Syukur dan alhamdulillah padaNya.
Inilah tongkat emas dan piala yang aku dapat tu :)



Bersama komander senior yang banyak menolong diri ini.

Dan,bagi aku,itulah kenangan+hadiah kami daripada 47 kepada komander senior sebelum kami berpindah ke Seremban,semester hadapan.



H-Coy Family







 Sila klik untuk tumbersaran.
Hah,yang kat atas ni adalah keputusan rasmi PERKAD 2013.

Tulang belakang kejayaan saya.Terima kasih atas segala tunjuk ajar,nasihat dan sentiasa bersama saya ketika saya down mahupun apabila saya rasa hampir berputus asa.Jasa kalian amat saya hargai dan akan dikenang sampai bebila.My love and respect goes to both of you....

Like seriously,waktu test suara and mantapkan suara,kalianlah yang sanggup bersama diri ini,memberi semangat ketika diri ini hampir berputus asa, dan juga apabila dimarahi dan nasib baik aku tak nangis time tu.Tapi,kalianlah yang sentiasa di sisi ini.Hmm,sem depan nak pindah dah.Apapun,beruntung dapat komander-komander senior yang awesome macam kalian.

Akhir kata,melalui event ni,aku semakin rapat dengan komander senior,para pelatih walaupun aku tak tahulah tanggapan diorang kat aku.Yelah,kengkadang garang,kengkadang menggila.~ ~


Sekali lagi, tahniah H-coy :)Kalian awesome!

H ,H,H COY!!



Monday, 15 April 2013

AL-KISAH PERSAK 2013

Jika berjaya,carilah saya!

Pertandingan Jalan Lasak(PERSAK) telah berlangsung pada 13-14 April 2013.Terbahagi kepada dua bahagian ,iaitu orienteering+EOQ.

Dan alhamdulillah,tahun ni,aku diberi kesempatan untuk turut serta dalam acara ini,iaitu EOQ major in cycling.

Perasaan??

Entahlah,tipulah tak cuak.Lagi cuak kot berbanding PERKAD 2012.Yang sebenarnya,aku ni pemain simpanan je pun.Tapi,entah bagaimana,di pagi hari pertandingan,elok2 aku tengah happt berTTS,sekali L datang bagi tahu yang aku kena masuk jadi peserta...and my face was like........

Yelah,aku ni kalau masuk berlari,memang out.Berbasikal yelah boleh.Tapi,kalau berlari+berbasikal memang mengahla ..Training pun tak berapa nak cukup,tu pun selamat petang jumaat tu,aku turun buat latihan naik bukit delima,yang selebihnya turun bukit jelah yang aku suka.

Cuak tak cuak,gentar tak gentar...dengan semangat yang berkobar2+mix feeling,digagahkan jua hati ini.Start dari acara lari yang diketuai kak affy dan 3 pelatih yang lain,telah berjaya menyuntik semangat kami.Pasaipa ceq habaq lagu tu?Sebabnya,mereka dilepaskan no 3,tapi berjaya memintas kompeni no 2.Kemudian diteruskan lagi dengan acara kayak.Dengan berbekalkan abe yang sememangnya hebat berkayak+diyanah,kejap je dah hilang dari pandangan mata kami.Seres,aku tak tipu,laju giler depe berkayak.Nampak je dorang dah dekat,mulalah hati ni berdegup 180 kali sesaat.I'm so nervous you know.

Bila sampai je turn kami,aku pun larilah..lari dan lari...so,from section 2-taman perumahan-pintu hotel uitm.Itulah route kami pada hari pertandingan tu.Cuma yelah,aku tak pernah pun lalu situ.Plus berbukit pulaklah jalan tu,semput tak yah cakaplah.Kalau ariff tak tarik aku dengan ranting kayu,mahu aku give up tengah jln tu.Aku dah ckp dah,dulu kalau merentas desa,memang aku bukanlah orangnya.Ngerti enggak?Yang teammates aku tu,sorang memang atlet lari,sorang memang atlet mountain bike,yang sorang tu pulak fitness dia mmg tahap tertinggi.Me?? :(

Then,dah separuh tenaga melayang,tibalah acara berbasikal pulak.Kat sini,ade 3 killer bukit.Pertama,dekat bukit after hotel uitm tu.Kedua,bukit dekat pintu pagar section 2.Dan yang terakhir,pintu pagar section 7.Antara banyak2 bukit tu,hanya bukit dekat section 7 je yang pernah aku tawan.Tapi,itu sem lepaslah.Makanya,asal nampak bukit je duklah sorong bukit tu.Time ni seres aku rasa sangat bersalah dengan my team.Yelah,asik kena sorong+tunggu aku je.Tapi,bab turun bukit tak lain tak bukan akulah yang lead.Syiok oooo turun bukit.Whatever it is,aku sangat berterima kasih pada ariff sebab banyak bagi semangat kat aku,tolong sorong basikal aku masa kat bukit section 2.Kalau dia x push aku,rasanya mahu putus asa dekat tengah jalan tu.Tak lupa juga pada teammates yang lain.Kalian memang superb.

Time dah nak sampai tu tak boleh blah,orang kalau nampak garisan penamat makin laju,aku pulak makin lembap macam kura-kura.Rupanya,itulah perasaan diyanah masa dia kat garisan penamat kayak tu.Sesampai je kami disana,kami pun pergilah dekat our kompeni.And guess what???Komander ayie punyalah terkejut tengok kami sebab dia kata tak expect kami sampai awal begitu.

Muka aku time tu,dengan berbahangnya sebab time tu dah nak dekat pukul 1,merah u know.Tunggu masa je nak pitam.Tapi,nak jaga maruahlah konon,terpaksalah tahan.Then,after that,para penyokong pun sampai bersama peserta2 yang lain.Once aku nampak diyanah and ieja,entah asal aku tetiba sebak.Sebak sebab aku faham perasaan diyanah bertarung dgn tasek tu.Sebak sebab aku berjaya habiskan perlumbaan hari tu.Sebak sebab komander2 yang lain bg support+kasih sayang.I love you H-COY...

Overall,kompeni H dapat jadi naib johan.Sayangnya EOQ kami di tempat keempat,hanya beza 2 mata je.Orienteering yang diketuai komander ayie dpat naib johan kot.Cayalah komander!!

Another epic story yang berlaku dalam diri ini after PERKAD 2012 and also SKUAD TTS 2013(PENUTUP).

Sunday, 11 November 2012

AL-KISAH (PERKAD) PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA FAKULTI 2012




Bukan semua orang sukakan aktiviti berkawad kaki ni,sebab al-musababnya,al-maklumlah takut kulit kena bakar dengan cahaya matahari yang terikla,nanti lenguh-lenguh satu badanlah dan blablablabla..

Tapi,tahukah anda?Dengan berkawad,korang tak perlu bersusah payah nak diet bagai,sebab yelah,kalau berkawad dalam masa 2 jam,boleh bayangkan tak berapa banyak lemak yang boleh kita bakar?Then,hidup ini akan lebih berdisiplin terutamanya bagi orang yang memang suka “berjanji melayu” tuh.Cuba bayangkan,kalau komander bagi arahan,sepatutnya pukul 8.30 malam dah patut ada dekat padang kawad, tapi korang still tak sampai-sampai jugak pada waktu yang telah ditetapkan?Agak-agak apa yang akan terjadi ye???



Entry kali ni,saya nak bercerita mengenai kisah saya dengan PERKAD.Pejam celik pejam celik,dah 2 tahun tamat persekolahan.Dan selama itulah,saya tidak berpeluang nak involvekan diri dengan aktiviti berkawad ini.Rindu pada kawad toksah katalah,pendek kata,1st time masuk Kesatria..feeling memang happy sebab yeayyyy,at last akan berkawad jugak.

cengginilah feelingnya yg sukar didescribkan tu


Then,dapat tahu yang akan ada pertandingan kawad kaki antara fakulti..Apa lagi,peluang sudah datang maa,takkanlah nak menganga je kan? Since latihan dibuat pada setiap malam,it’s ok.Walaupun sepatutnya malam-malam tu perlu ada assignment,and keesokan harinya ada quiz and test bagai,tapi itulah,kenalah pandai manage time dengan baik.  Betullah orang kata,kalau kita minat terhadap apa yang kita lakukan,kita akan rasa benda tu fun, tak kiralah letih mana.Itu alkisah sebulan setengah yang lalu


*selak muka baru

\
10.11.2012

The war has began.Nampak sangat tipunya kalau kata tak nervous kan?Walaupun kami ni tak berapa nak cukup latihan disebabkan kekangan-kekangan yang tak dapat dielakkan,kami cuba melakukan sehabis baik yang mungkin.Satu je yang aku dapat perhatikan kat sini,iaitu kepercayaan.Kepercayaan ahli kumpulan terhadap seorang ketua dan juga seorang ketua yang percaya,anak buahnya akan melakukan yang terbaik sehabis mungkin..


Menang,kalah adat pertandingan.Yang penting semasa kita orang buat tadi,I really can feel the teamwork among us..Without teamwork and trust,susah rasanya nak buat seperti tadi.Lepas ni,tak payah dah turun setiap malam,tapi sudah mula merindui saat-saat kami berkawad tak kiralah hujan bersertakan kilat dan petir ataupun tidak.Lastly, pertama kali dalam hidup saya, tak pernah lagilah jumpa komander2 yang sangat cool and sempoi like my company…I really respect them a lot..*tabik springgg...H coy,we are the best !!

p/s:Memori yang terindah di sem 1…..