Assalammualaikum.
26 April 2017.
Hari yang ditunggu sudah tiba.Jantung berdetak dukdakdukdak.Memandangkan sesi aku adalah pada pukul 11.00 am,makanya aku tiba di sana setengah jam awal.Sebenarnya boleh je kalau nak datang awal,sebab urusetia akan bagi nombor kepada sesiapa yang datang dulu.First come first serve.
Waktu sampai sana,aku tengok no baru 3005(waktu tu dah 10.30),sedangkan no aku 3011.Memandangkan setiap yg masuk tu mengambil masa lebih kurang setengah jam,aku dari rasa nervous dah jadi macam tak ada feeling dah sebab lama menunggu.
Around 1.15 pm tepat aku masuk.Time tu azan tengah berkumandang.Memandangkan waktu tu baru je habis azan,panel pun tanya,
"Awak orang Ipoh kan.Biasa datang UTC ni.Yang azan tadi tu datang dari mana ye,Masjid ke Surau ke atau Radio.Suara yang azan ni macam familiar kan."
Me:Aku dah kedip kedip mata dah.Aku jawab,tak silap saya ni radio Datuk,sebab kat sini Masjid jauh.Yang suara orang azan tu macam Arab.Jujur jelah aku jawab memandangkan aku memang tak tahu sapakah gerangannya.Selepas itu,bermulalah sesi iv....
So,ni antara soalan-soalan yang aku dapat :
1.Perkenalkan diri
2.Kenapa nak jadi PTD
2.Kenapa nak jadi PTD
3.Tn 50
4.Proses membuat Bajet & siapa yang luluskan
5.BR1M
Durasi:30 minit
Durasi:30 minit
Nampak sikit kan,tapi penuh dengan provokasi.Tapi,so far oklah bagi aku.Dasar-dasar atau polisi lain memang panel tak ada tanya.Reseki aku dapat soalan macam ni.Ada setengah tu lagi dasat-dasat soalan yang kena tanya sampai aku dengar pun semput.
Tips aku,walaupun ko kena provoke,muka kena maintain ibarat air yang tenang di tasik tu,senyum je.Sebab,biasalah panel mahu menguji ketahanan kita adakah kita mampu nak deal dengan soalan-soalan yang diberikan.
This is my ever first iv for PTD.Alhamdulillah,bagi aku ianya memang 1 pengalaman yang tidak dapat dilakukan.One thing is,sebelum masuk banyakkan selawat,tenangkan fikiran,minta restu dan doa daripada ibubapa dan banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T.Percaya yang jika ini rezeki untuk kita,InyaAllah tak kemana.Rezeki tak pernah salah alamat :)
2 comments:
salam. sy iv 25 april 2017, soalan sama yg ditanya dan setiap kali bagi jwpan, mesti kena provoke
salam munirah, bab2 provoke tu yang mengerikan. sy iv 30/3 antara yg terawal ritu... bole baca pengalaman sy kat blog sy yg tak seberapa ni. huhu
Post a Comment