Sunday, 12 July 2015

END OF DEGREE LIFE

by

So,after 3 years dikelilingi oleh notes+books, 9th July 2015,I'm officially graduated.Hopefully.

You know,supposedly last day aku mestilah kena happy kan sebab dah habis degree,tapi sebab paper last tu macam errrrrr,membuatkan aku macam tak ada feel.Otak tengah risau memikirkan pasal last paper tu.Hope sangatlah semua paper tu lulus.Tak tahulah kenapa,last sem ni final paper semuanya macam terlebih "kbkk'.Apapun,benda dah jawab kan.Yang penting sekarang kita kenalah berdoa dan serahkan semua kepadaNya.

Last day and photography session mestilah tak dapat dipisahkan.Lagi-lagi aku,hmm.Macam bukan aku kalau aku tak suka selfie tu.Dah tu bergabung pula dengan erin and amar yang peel macam aku,lagilah boommm.

Tapi,tulah,dalam sedih-sedoh tak de mood nak tangkap gambar,akhirnya mood tu datang juga.Yelah,last kot nak happy-happy dengan diorang ni.Soal paper tu aku letak tepi dululah.




Rare sikit amik gambar atas padang bola.Selalu asik dekat belakang tembok oren tu je.
So,nilah antara wajah-wajah yang menceriakan kehidupan aku kat universiti tu.
Each of them posses different characteristics that it is hard for me to forget about 'em.


Kasi canlah mak jemah nak photoshhot dekat laluan ni


Waktu ni nak dekat pukul 1.Idea erin ni,waktu panas terik giler,aku trylah baring.Sumpah waktu tu muka aku macam udang yang kena panggang.Panas weh.Balik je aku tengok muka aku dah burn.Huwahhh

So,perjalanan akhir kami tak berakhir di situ.Erin and amar ajak g pd pula.Mula nak g pantai klebang,tapi sebab adalah sebabnya,tak dapatlah nak pergi,


Teeeheeee,smilee!

Berlima je yang ada.Jadilah.Lain dah cabut balik,ada hal,yang balik sambung tido.So,yang still pergi ni kira still gagah perkasa lah walau aku sendiri pun rasa nak pengsan juga after exam tu sebab tak cukup tidur.Tapi,like I said before,aku nak ada satu kenangan yang akan aku ingat bila aku dah habis belajar nanti.





Memandangkan kami tolak dalam pukul 2.30,maka bila sampai sana around 3 o'clock,kelihatan tiada sesiapa pun dekat pantai tu,Dah rasa macam pantai tu aku yang punya.Konon private beach aku lah.Dah tu sapa je yang nak datang time hari kerja gituh ~~


So,the last place yang aku pergi dengan diorang ni ialah berbuka sama di Iceroom,Senawang.

Untuk semua yang pernah hadir dan pergi dalam hidup ini sepanjang pengajian aku 3 tahun tu,terima kasih,terima kasih,terima kasih dan terima kasih,Andai kata sepanjang perkenalan kita selama ni,tanpa aku sedari telah menyakiti hati kalian atau pun yang sama waktu dengannya,maafkan diri ini kerana aku hanya insan biasa yang bisa melakukan kesalahan tanpa aku sedari.

So,lepas habis degree ni,bermulalah satu lagi stage of life kita,ye tak.Macam tak boleh nak imagine lagi apa yang akan berlaku.Dah besar dah kot aku ni,Hmmm

No comments: