Friday, 27 January 2017

KISAH DI PROGRAM ASSESSMENT CENTRE (PAC) PTD

Assalammualaikum everyone.

Dah setahun lebih berhabuk blog ni tak berupdate.So,what I'm gonna share with you today after lama sangat tak berupdate ni is about PAC for PTD.

PTD adalah singkatan pada Pegawai Tadbir & Diplomati(M41). 

Saya dapat PAC dekat INTURA,Sg Petani Kedah pada 16hb-17 hb.Nervous tak payah cakaplah.Aku paling gerun sekali nak buat physical test ni.Firstly,sebab aku suka jogging je tak suka lari.Bila try Beep Test tak sampai Level 3 dah pancit.So,pagi tu around 7am aku dah terpacak kat INTURA tu.Lepas dengar taklimat pagi tu,bermulalah test kami pada hari yang pertama tu.Firstly,kena ukur Tinggi+Berat sebab nak tahu BMI kau berapa.Then buat Test Genggaman Tangan.Since tu pertama kali aku tengok alat tu,maka aku pun tak tahulah nak tekan macam mana.Tekanlah nak ooi asal daya.Then proceed with Duduk Jangkau.Bab ni aku suka sebab badan aku Alhamdulillah agak fleksibel.Try practice kat rumah kasi lembut ye.Lepas dah habis,kita orang kena cek Blood Pressure pula.Nasib baik sume ok.Then buat Curl Up.Bab ni memang aku lemah,rasa nak nangis pun ada.Aku pun pelik jugalah awatlah badan aku tak boleh nak buat benda alah ni.So,sebab aku sedih sangat dengan result Curl Up aku yang sikit sangat ni,the final test which is Beep Test aku trylah sehabis mungkin.Sebab yelah,kalau tak buat betul-betul habislah point aku kat situ.So,nak tak nak kau kena top up baliklah dengan aktiviti beep test ni.Tips untuk Beep Test ni,untuk Level 1,slow jog je.Level 2 up sikit momentum tu.Level 3 kau lari sehabis yang boleh.Kalau rasa larat,kau sambunglah Level 4,tapi kalau tak pun tak pe,jangan paksa diri.

So,lepas dah habis buat test tu,sementara nak tunggu result,pihak sana akan jemput kau makan dulu.Then,after that barulah dia annouce sapa yang Lulus atau Gagal.Aku time ni rasa cuak weh.Nak nangis pun ada.Yelah,kotlah kalau Gagal sebab si Curl Up tu.Saat nilah start terbayang wajah Mak.Dok terpikir kalau tak lepas ni sedihnya Ya Rabb. Tapi,Alhamdulillah berjaya juga untuk ke next stage.Sebelah petang pula kena buat essay BM and BI,30 minit bagi setiap essay.Tulislah berapa banyak patah perkataan pun yang korang nak tulis.And the last activity is LDK(latihan dalam kumpulan).Sebelum balik,diorang akan suruh korang cabut undi untuk Public Speaking dan Pengucapan Awam for the next day.So,lepas tahu tajuk yang korang kena cakap esoknya,bolehlah balik ke Hotel masing-masing.

Malamnya macam biasalah tidur mana boleh tidur dok mengenangkan nasib esok hari.Nak senang bawalah lappy senang nak cari info bagai.

Hari yang kedua pun tiba.Dalam group aku ada 6 orang je.Untuk yang Pengucapan Awam,panel yang akan pilih siapa yang akan bagi speech dulu.So,since I'm the luckiest,akulah peserta akhir dari 6 orang tu.Hahaha.Waktu Public Speaking tu pun sama,aku juga yang lastnya.Ok,ni kes volunteer pula.Reason aku nak last sebab dahlah dapat tajuk yang agak rare,sampai aku pun tak tahu nak citer apa kat depan tu,tapi nak tak nak kau kena cakap juga.Yang penting kena confident and tahu kau nak gebang apa kat depan tu.Ingat key point je.Bila dah lepas dua dua aktiviti tu,the next stage is Group Discussion BM and BI,1 Jam bagi setiap Discussion.Nasib baiklah dapat group yang ok.So,bila kau dalam Group Discussion ni,walaupun kau tak faham atau have no idea pasal topik yang mereka bagi,whatever it is you need to speak.Kalau rasa blur sangat,kau cuba perhatikan apa yang groupmmates kau cakap then catatkan then mesti ada something yang ko boleh interrupt.Sayang kalau kau just duduk diam tak cakap apa.Markah kat situ diambil kira.



So,so far so good.Ada reski kita dapatlah ke next stage which is the Interview.Kalau tak,sila cuba lagi tahun hadapan kalau ada intake lain. 

Dare to dream.Nothing is impossible.

Thank you sudi luangkan masa anda.Pray for me,okay.Muahh..


2 comments:

Nurina Amirah said...

Wow. Goodluck akak. Semoga lepas temuduga nanti. :) saya nak tanya kalau kursus ijazah sarjana muda sains politik ukm boleh ke mohon utk jadi ptd? Kebarangkalian utk dapat tu tggi tak kalau banding dgn kursus macam law and so on.

Munirah Kadir said...

@Nurina Amirah nak jadi ptd,dia tak kisah background study kita apa.asalkan cgpa lepas dr 3.0 :)