Thumb's Cafe,Ipoh.
Ni first timelah aku jejak kaki kat sini.So dari pemerhatian aku,tempat ni memang best,sebab environment dia,cara dia decorate tempat ni.Sesuailah sapa yg suka tangkap-tangkap gambar hipster tu.Berkonsepkan ala-ala rumah melayu dulu-dulu tu,tempat ni luas juga dari pemerhatian aku.Sapa yang rasa nak angin luar,boleh duduk kat luar.Sapa yg rasa nak privacy boleh duduk kat dalam.
So malam tu,aku order chicken chop macam biasalah sebab tekak aku memang suka makan ayam je.
Tapi,kat sini dia tak delah just jual western food je.Yang goreng-goreng macam kuey tiew,bihun,mee and even nasi goreng pun ada juga kat sini.Harga standardlah.Tak delah mahal sangat.Affordable for me,I think.
Ok,so sapa yang rasa nak jumpa kawan-kawan plus lepak-lepak aku rasa tempat ni ideal.Tapi,waktu aku datang tu tak delah ramai sangat sebab still awal.Tapi,kalau lambat,sesak jugak lah aku rasa.
Yang penting service dia cepat,tak delah lama sangat nak tunggu makanan tu sampai.
Lokasi cafe ni dekat greentown ipoh.Aku tak tahulah nak cakap macam mana,yang aku tahu dia ni dekat belah hujung-hujung.Kalau korang straight je confirm nampak Parkson.Ok,bab ni aku fail nak bagi arah jalan.Kalau nak alamat,sila lihat di bawah ye.
Alamat:
133 Jalan Sultan Abdul Jalil,30450 Ipoh
Waktu Operasi:
6.00pm-1.00 am(Selasa-Ahad)
Tutup pada hari isnin
No comments:
Post a Comment