Entry kali ni khas untuk menjawab segala persoalan yang bermain di minda anda mengenai asasi undang-undang UiTM.Jadi,sapa yang minat nak ambil course sains ke apa ke,maaf anda tersalah masuk blog nih,hehehe.
Layak ke saya apply asasi undang-undang UiTM ni?
Syarat untuk apply course ni kira senang jugak.Sebabnya,korang just perlu dapat 5A(tak kirala A-/A/A+) dalam SPM .Subjek yang diberi penekanan adalah English dan Sejarah.Saya merupakan 1st batch yang harus dapatkan 5A dalam SPM kalau nak apply law ni.Maksudnya,batch sebelum saya ni, kurang daripada 5A pun dah lepas dah nak apply.Tapi,tak bermakna kalau tak dapat 5A ke atas tak dapat apply course ni.Sebab kalau tak dapat 1st intake,2nd intake still ada.
Asasi Undang-Undang ni ada kat mana je?
Kalau UiTM,dia ada 3 cawangan iaitu dekat Kuantan,Merbok dan Shah Alam.Kalau anda terpilih menjadi pelajar law,korang tak boleh pilih kampus mana korang nak.Ianya dikatakan nasibla kalau korang tercampak dekat Merbok tu.Tapi,ramai yang berharap boleh tercampak kat Shah Alam.Yela,bandar gitu.Nak g shopping pun dekat kan?Kalau korang dapat kat Merbok,sepanjang perjalanan hanya akan nampak padi,kelapa sawit dan tak lupa juga pada pokok getah yang wangi tu.
Berapa tahun nak belajar asasi undang-undang ni?
Asasi Undang-Undang Uitm lain dengan Asasi Undang-Undang UIA.Kalau tak silap,dekat UIA kena study selama 2 tahun tapi kalau UiTm,hanya setahun sahaja yang diperlukan untuk habiskan study law ni. Setahun=2 sem. Untuk pengetahuan anda,saya ni sekali lagi batch 1st yang akan belajar 2 sem.Maknanya batch sebelum ni 3 sem.Jadi,tengokla,betapa untungnya lahir tahun 1993 ni.*Selalu jadi bahan uji kaji.
English saya tak powerla,macam mana ye?
Satu dunia tahu yang bahasa inggeris ni penting.Persoalan sama ada English korang power ke tak,itu bukannya penghalang untuk korang apply course ni.Nak tahu mengapa?Saya ni pun dulu bukannya terror sangat English ni.Asikla broken sana sini.Dan,kalau korang nak tahu,dalam fakulti undang-undang ni,bahasa Inggeris sangatlah penting.Sebabnya:
1.Dalam kelas lecture,lecturer akan speaking in English all the time.
2.Dah kalo lecturer pun speaking in English,korang rasa ada harapan ke slide notes,buku-buku law yan tebal-tebal tu in Malay gak?*geleng-geleng kepala kalau korang angguk-angguk
3.If korang nak tanya something pun,mesti in English jugak.Kalau lecturer tanya korang soalan pun,in English jugak.Tapi,depends la pada lecturer.Mostly,lecturer yg ajar saya akan cakap,”In my class,no BM is allowed”.
Konklusinya,kalau korang rasa English korang sangat teruk..sila buang tanggapan negatif tu. Masa saya masuk dulu,saya pun selalu fikir macam tu. OHMYENGLISH!! Tapi,bila dah lama-lama masuk,kawan-kawan korang punya English pun lebih kurang sama je ngan korang.Tetapi,yang expert English pun ramai gak.Pedulikan je. Tibai je cakap.Broken pun brokenla.Janji cakap.
Korang boleh tarik nafas lega,kerana sebagai seorang pelajar asasi undang-undang,korang tak payah apply PTPTN.Sebab korang akan diberi elaun sara hidup.Elaun ni tak payah bayar balik tau macam PTPTN.Untuk satu sem, korang akan dapat RM 1900.Jadi,please kira sendiri kalau untuk 2 sem..
Nak buat apa je dengan ELAUN tu?
Elaun tu bukan untuk korang berjoli tau.Dengan duit tula korang kena bayar yuran university,yuran kolej dan tampung kos sara hidup korang nanti.Kalau dapat kat merbok,kira hidup la jugak dengan duit tu.Sebab harga makanan kira boleh tahan lagila.Tapi,kalo korang dapat kat Shah Alam,faham-faham sendirila ek.
Lecturer ni bukan macam cikgu tau.Korang tak leh dah panggil cikgu!!!Korang kena pakai Madam/Miss/Sir.Lecturers ni tak garang sebenarnya.Diorang ni strict je,tapi hati baik tau.Cuma yela,janganla buat hal dlam kelas dia macam selalu datang lewat,tu memang cari pasalla.Bila dah lama kenal,mesti korang akan sukanyalah lecturers korang.And....masa time saya,semua lecturers yang ajar kod law,semuanya adalah ex-lawyer.So,you know what I'm gonna say,right?Yes,that's why dorang ni strict.Yelah,kadang-kadang terasa duduk dalam court pun ada.Cara diorang explain semua..n paling tak boleh lupa bila dorang tanya soalan kepada kami. ~~
Ramai junior yang tanya kat saya soalan ni.Wahai adik-adik yang bakal ambil law,kat dunia ni,tak de benda yang senang.Even kalau korang nak makan pun korang kena suap kan?Mana ada makanan tu masuk mulut korang sendiri?Honestly,ambil law bukan macam adik-adik yang ambil course sains tu.Bukan nak kata course dorang tu lagi senang ke apa,Cuma yala,sekurang-kurangnya dorang dah ada basic sains masa sekolah dulu.Tapi,law tak.Law adalah sesuatu yang korang tak pernah belajar langsung kat sekolah kecuali LAW 016.(belajar balik sejarah).Selebihnya,adalah ilmu-ilmu baru yang korang akan belajar.
Berapa subjek untuk 1 sem?
2nd sem:8 subjek
Disebabkan 1st sem dah ada link kat atas,maka tak perlula di explain lagi kat sini.Cuma nak explain sikit pasal 2nd sem.
Subjek 2nd sem merangkumi:
LAW 037 –a.k.a LAW 2.Subjek ni adalah pasal Malaysian Legal System.Pada saya,subjek ni best sebab dia tak complicated.Cuma,yang peningnya sebab banyak sangat kena hafal.
LAW 039 –a.k.a PSYCHOLOGY.Subjek ni sangat menarik ditambah pulak lecturer yang sporting.Tapi,jangan cepat tarik nafas lega.Walaupun senang nak faham,tapi soalan dia memang pening nak jawab.
LAW 082 –a.k.a GLOBAL.Subjek ni,korang akan belajar pasal world war 1 & 2 dengan lebih detaildan pasal organisasi dunia mcm komanwel,OIC..n bla,bla,bla.Subjek yang mudah nak skor jugakla kiranya
LAW 087 –a.k.a 3/KILLER SUBJECT.Kenapa panggil killer subject ek?Sebab subjek nila ramai yang kena reseat paper dan repeat sem.Penangan subjek ni memang besar dalam hidup saya.Sebab,time nak amik test law 3 ni, saya sampai demam-demam.Scary killer subject ni tak usah cakapla.Subjek ni ada 3 sub unit.Iaitu,law of contract,law of tort and law of criminal.Dan,kalau nak tahu subjek nila,slide notes dia paling tebal gilerz.
BEL 332-Kelas yang tak ada final test/exam.Kelas ni dinamakan kelas speaking.Assignmentnya suma pasal bercakap…bercakap…dan bercakap...So,sapa yang mempunyai bakat yang suka cakap non stop tu,kelas ni meti kelas yang dia paling suka.Assignmentnya senang je.Iaitu debate,forum dan individual speech.Kelas paling senang/relax,tapi kelas paling susah nak dapat markah.Nila kelas dia kalau korang nak tahu.Cakap pasal markah,depends pada lecturer.Tak sume lecturer strict bagi markah.Tapi,tidak pada lecturer kelas saya nih.
BEL 342-Kalau tadi kelas speaking,ni lak kelas menulis.Asik menulis jela pulak.Kelas nila korang akan tahu macam nak buat thesis,apa itu plagiat dan so on.So far,kelas ni paling relax.*sumpah tak bohong.Cuma korang akan rasa stress bila dapat tahu markah assignments je.
CTU 082-a.k.a agama.1st sem lagi senang tau subjek ni.Bila masuk 2nd sem,terus speechless.
ECONOMY 099- Nama pun kelas economy,apa yang korang expect?Mengira balikla jawabnya.Tapi,tak yah risau,sikit je pun kena kira.
Macam mana nak dapat 3.0 ke atas?
Kebanyakan subjek,60 % adalah berdasarkan final exam.Lagi 40 % carry marks(quiz+test+assignments).Makanya,markah carrymarks tu kenala tinggi.Sekurang-kurangnya kena dapat 30 ke atas barulah final nanti senang sikit.Kalau tak,semputla.Kehadirang pun dikira gak dalam sesetengah subjek.Jadi,tak payahlah asik nak ponteng.Sekadar nasihat,kalau boleh,cubala dapatkan dekan(3.5 ke atas) masa sem 1,sebab masa sem 1 subjek dia still ok lagi nak catch up.Kalau sem 2 ramai yang sesak nafas sikit kalau nak dapat dekan.Faham-faham jela.So,tak yah nak berhoneymoon sangat time sem 1.Nanti nyesal tak sudah.
Apa kaitan MUET dengan Asasi Undang-Undang?
Kalau nak sambung law untuk degree,MUET tu adalah wajibulghunnah.No MUET,no DEGREE IN LAW.Dan korang kena dapatkan band 4 tau,bukan band 3.Tapi,tula ramai yang terkandas tak dapat masuk degree in law sebab dapat band 3.
Macam mana nak dapat band 4 untuk MUET?
Kalau nak dapat band 4,kena pandai tackle bahagian.MUET ada 4 bahagian.
Speaking,listening,writing and reading.Kalau korang tak yakin dengan speaking,korang kenalah tackle listening,reading and writing.Tapi,seres cakap,paling tak suka bila buat reading.Mengantuk giler.Dahlah text panjang dan soalan pulak banyak dan masa yang diberikan sangatla terhad.Nak tahu lebih lanjut mengenai MUET,boleh pergi
SINI
Macam mana dengan life sebagai pelajar undang-undang?
Orang kata kalau jadi pelajar law,life macam tak de je.Memang betulla tu.Assignmnet berlambak-lambak,test+quiz…Kadang-kadang date line assignment dekat2.So,bila nak enjoynya?Sendiri cari masa la ek.Sebab kalau korang still 1st sem,hidup tu leh jugak enjoy mengenjoy.Bila masuk 2nd sem,kelas pun padat.Kadang-kadang dari pagi sampai ke malam.Break pun kejap sangat.Tapi,hadapinya la dengan tabah ya..
Bagaimana pula dengan etika pemakaian?
Since saya dapat kat Merbok,saya hanya boleh cerita pasal etika pemakaian kat kampus ni jela ya.Sebagai seorang pelajar law,anda dan juga warna hitam putih memang tak dapat dipisahkan.Makanya,setiap hari Ahad dan Rabu,anda diwajibkan pakai baju hitam putih.Tak kirala baju kurung ke,t-shirt atau kemeja.Janji warna hitam putih.Kalau tak,dalam kelas,maunya kena sound dengan lecturer.Tapi,since fakulti kat sini ada baju korporatnya sendiri,kenala paka baju korporat hari Rabu.So,para junior,silala bawa baju hitam putih tu banyak sikit.
|
HARI RABU = BAJU KORPORAT |
Buku yang harus dibawa waktu mula-mula masuk apa ye?
Since kod 106 berkaitan dengan history,so bawak jela buku
SEJARAH SPM korang tu.For me,ianya sangat membantu.Dan please jangan lupa beli Federal Constitution,ok?Sangat important.Fed Cons ni ade dua jenis..satu yang dalam gambar kat bawah ni which means yang buku yang pendek.The other one yang panjang and besar.So,suka hatila nak beli yang mana.Kalau yang kecik harga dia RM 10 .If yang besar tu mahal sikitla harganya.Tapi,bestla kalau beli yang besar sebab nak baca pun senang.Terpulangla.
Lagi,KAMUS.Except korang malas sangat nak bawak kamus kan,
*yela,beratla katakan,make sure dalam hp dah ade install kamus ok?Nak bawa besta pun suka hatila.Oh ya,saya cadangkan,tak payahla beli dictionary of law ni.Bukannya guna sangat pun.Kalau ada words law yang tak faham,better google je.Tapi,kalau nak beli pun tak halang. :)If sem1 kena beli Fed Cons,sem 2 pulak kena beli buku criminal code tau.Tapi,macam saya malas beli,download kat internet je.
|
Nampak tak buku kecik warna hijau tu?Itula Fed.Cons.....Sebelah dia tu pulak dictionary of law |
Apakah syarat untuk masuk degree law?
Requirementnya senang je.Band 4 and CGPA 3.0 ke atas.(campur untuk 2 sem).Kalau requirement ini dipenuhi,Insya-Allah anda akan dapat proceed dalam bidang ni lagi.If korang dapat 3.0 ke atas,tapi MUET tak lepas,tetap tak dapat proceed law dekat UiTM ni.Tapi,korang leh try kat UKM,UUM,UNISZA and etc.Contohnya,kalau dekat UKM,MUET hanya perlu band 3 je.Andai kata,kalau korang tak penuhi 2 syrat di atas,maka anda anda diserap ke dalam program-program degree yang lain seperti berikut:
- Faculty of Art & Design (through interview)
- Faculty of Administrative Science And Policy Studies
- Faculty of Communication and Media Studies (through interview)
- Faculty of Artistic & Creative Technology (through interview)
- Academic of Language Studies (through interview)
- Faculty of Hotel & Tourism Management
- Faculty of Office Management & Technology
- Faculty of Business Management
Rasanya setakat ini sahajala yang boleh saya share pasal course ni.Sebarang pertanyaan.bolehlah tinggalkan komen di bawah ya.Insya-Allah saya akan cuba menjawab segala pertanyaan anda selagi terdaya.