Tuesday, 3 March 2015

SEMESTER 4-IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI UiTM

by



1 .CSC208- MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM (3) 

Sejujurnya,bukan aku sajalah yang blur ngadap subjek ni,tapi most of my friend pun sama.Sebabnya,ko belajar pasal benda yang aku sendiri pun tak faham-faham.Selalunya bila dah stress sangat dengan subjek ni aku akan cakap,aku ni budak polisi,bukan budak komputer nak amik subjek ni.Tapi,apa boleh buat ,nak tak nak kena amik juga subjek ni.Yang rumitnya sebab subjek ni bukan ajar kita pasal hardware or software macam yang before ni, tapi ko kena paham macam mana system ni terhasil and then connected sana sini.

2. BEL422- REPORT WRITING (2)


Bel 422 ni pulak,macam proposal for research.Assignment dia sebijik macam research.Maksudnya,ko kena cari tajuk yang kau nak kaji,kumpul bahan,buat questionnaire and then distribute pada respondent.Then,korang akan kena buat analysis pula sebelum dibentangkan di hadapan kelas.Yang bestnya subjek ni tak de paper final.

3. ADS654 POLICY ANALYSIS (4)

Subjek 4 credit hour.Bagi aku,subjek ni best sebab ko akan belajar pasal polisi yang ada di negara kita ni.Assignment yang besar untuk subjek ni adalah ko kena buat forum.Biasanya satu group ada 4 orang.Tajuk pula,bebas asalkan berkaitan dengan polisi di negara ini.Contoh,macam GST,National Blueprint and etc.

My groupmmates for policy forum










4. ADS452- ETHICS IN ADMINISTRATION (4)


It's all about ethics.Theory ethics la paling banyak yang ko kena faham dan hafal.Subjek ni boleh dikatakan oklah...sebab ethics ni relate dengan kehidupan kita.So,kalau dalam exam,bagi example pun mengenai persekitaran kita juga.

5.ADM501- ORGANIZATIONAL BEHAVIOR (3)

Ingat lagi tak subjek sem 2 which is management principles tu. Hahh,lebih kurang kesinambungan dari subjek tulah.Teori dan anak-anaknya memang banyak.It's fun to learn,tapi bila dah banyak sangat chapter,aku pun confius.Lol.So far,subject ni ok je.

6. THIRD LANGUAGE II (2)

Third language macam biasalah.Level 2,means makin uplah pembelajarannya daripada level 1.

7. SENARAI ELEKTIF 2

 a)ADS557  -INNOVATION MANAGEMENT 3
 b)ADS560  -SOUTHEAST ASIAN AFFAIRS
c) ADS505  -LOCAL GOVERNMENT

If I'm not mistaken,hanya ada 3 pilihan sahaja yang korang boleh pilih.Macam aku hari tu,aku pilih Local Government sebab ko akan lebih tahu dan dapat belajar banyak pasal local government yang ada dekat Malaysia ni.Kalau yang lagi dua tu,ak pun tak familia sangat.Cuma,kalau IM,korang kena rekacipta satu produk dan buat presentation di hall.





Monday, 2 March 2015

SWEET ESCAPE,MALACCA

by



So,here I'm again in 2015.

Tak sah tak datang sini,before nak balik somban.

For me,Malacca is on of my favourite place dekat Malaysia ni.

So,here is my jejaks dekat Malacca ni.


Loving this picture because the scenery behind me is just wonderful.
Tempat ni,betul-betul terletak di tengah bandar hilir-bangunan merah tu.


Kota peninggalan Portugis,which is A'FAMOSA.Ni pun salah satu tempat yang mesti aku kunjungi tiap kali aku datang di sini.


In front of the A'FAMOSA.

Every time aku datang sini mesti ada perubahan.Contohnya,sekarang dah ada Dataran Pahlawan Mall yang punyalah besar kalau nak jalan satu bangunan tu pun aku rasa boleh lenguh satu badan beb.

Actually,banyakje gambar yang lain,tapi kamera pulak buat hal,so gambar-gambar di atas ni jelah yang ada.

Lepas ni,entah bila boleh datang sini lagi,

I'm in love with MALACCA!!



HARI PERTAMA DI 6TH SEMESTER

by

Hello new semester.

So,hari ni adalah hari pertama untuk 6th semester.Tapi,seriously sepanjang 6 sem aku jadi pelajar kat sini,nilah kali pertama aku tengok kelas lecture kosong.Sebabnya,ramai yang tak nak balik minggu ni dengan alasan diorang nak berehat yelah sebab practical pun baru habis.

Maka,hambarlah hari pertama di semester yang baru ini.

Aku pulak,tak tahu pun diorang pakat buat macam tu,kalau aku tahu pun next week aku balik.Tapi,sebab aku ni baik sikit even dah senior year,aku pergi jugaklah kelas petang tadi.*kuikui

Tapi....
krik!krik!krik!

Boleh dibilang berapa orang je yang ada.Ni memang betul-betul senior ni.

So,after 3o minit aku tunggu lecturer tak datang,aku,erin and syifa pun berangkatlah pulang ke rumah memasing.Tapi,erin ajak keluar dengan dia.Spend time dengan dia buat pertama kali sepanjang degree time gituh.

Actually,kita orang pun tak plan nak pergi mana,tapi sebab palm mall tu macam best jer,macam best jer,kitaorang pun pergi lah kat situ.

Maka,inilah hasilnya.

First time minum capuccino ada corak-corak ni.Jakun sebentar.Tapi,ianya hanya indah dari rasa saja ye kengkawan.

Big portion just for me.Dah tu,bising mokmok.Salah siapakah munirah oii

With erin yang cutie pie.


Banyak benda yang kita orang bualkan.Yelah,hampir sebulan kan cuti kan.Eh silap,kitaorang tak cuti pun waktu cuti sem tu.~~

Dari cerita pasal practical hinggalah ke boypren,kawen,nak amik master ke kerja and end up dengan KAMI NAK DIET.Sebab, hari tu aku cadangkan nak buat diet atkins,maka erin pun kata dia nak buat.Yelah,aku try nak buat dari last week lagi tapi takmotivated langsung.Angan-angan mat jenin saja.Tapi,bila ada kawan ni,semangant sikit nak buat.

Maka,dengan berbekalkan semangat yang baru,kami pun pergilah ke giant untuk beli barang-barang makanan yang patut dimakan untuk speanjang tempoh induction nanti.Kami target end of 2 nd week nanti,nak ada jawlines ala-ala artis korea tu and yang penting FIT!

Moga kami tabah dan ini bukannya hangat-hangat tahi ayam.