Showing posts with label FSPPP. Show all posts
Showing posts with label FSPPP. Show all posts

Friday, 10 April 2015

SEMESTER 5-IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI UiTM

by

                                                            WELCOME TO



Antara banyak-banyak sem,untuk students BAS,sem 5 nilah sem yang paling busy+tak cukup tidur+tak cukup rehat.Ni seres ok,gua tak tipu lu.Sebabnya sem ni sangatlah banyak mega projek yang korang kena submit and lagi satu mostly ianya melibatkan kerja group.For further info,sila tengok di bawah ye .

1.Public Finance

4 credit hour.Basically,subjek ni aku suka sebab ianya relate dengan subjek-subjek before this.Senang citer,subjek ni memang best.Nak-nak lagi bila lecturer yang ajar awesome.Untuk assignment pula,korang akan kena buat projek dokumentari.Tapi,untuk assingment ni,ianya adalah campur finance+economy.So,korang akan just ada satu mega projek jelah iaitu korang kena hasilkan video dokumentari.Memula memang akan ingat senang,"ala,video je pun!"Yelah tu,setakat nak hasilkan video sume orang boleh buat,tapi nak menepati kriteria yang telah digariskan tu yang susah.For further info pasal projek dokumentari,korang boleh refer SINI.

2.Malaysian Economy

3 credit hour.More to dasar-dasar kerajaan negara.Meaning,korang kena tahu apa itu GTP,NKRA,NEM and etc.So far,it's interesting to learn about this subject.Sebab ko akan dapat belajar lebih mendalam pasal ekonomi di Malaysia ni.

3.Project Management (PROMA)

4 credit hour.Subjek yang buatkan satu batch part 5 menggila.Sebab korang kena siapkan satu proposal yang macam real punyalah.Macam mana kau nak handle mega projek gitu.Siap dengan tampal-tampalnye,masuk datamya.Memang complicated.Senang cerita,hidup kami tunggang langgang sebab nak siapkan projek ni sampaikan kau rasa,"aah,memang sem ni aku belajar subjek ni je".Sebab tulah,subjek lain seolah-olah dianak tirikan.

4.Research Methodology & Data Analysis

4 credit hour.Ongoing process.Meaning,untuk sem ni just proposal.Naik sem 6,korang still kena buat research ni.Contoh,sem 6 nanti korang akan ada kena distribute questionnaire.Tapi,yang paling penting before at the end of semester,korang akan ada VIVA.Just you and your partner bersama dua orang lecturer dalam satu hall.Kau rasa macam mana>Hmmmm,actually subjek ni memang kau kena banyak cari bahan and info pasal tajuk yang korang pilih.Setakat almost 100 journal tu,normal lah tu.Besides,korang kena belajar spss.Benda alah ni nanti korang kena belajar sebab nak masukkan data blablabla.Tapi,depends pada lecturer juga.Dapat yang ok,senang.Dapat yang agak ehermm,korang kena sabarlah sikit.Sebab tu kalau boleh,untuk subjek research cecepat pikir sapa partner and cari tajuk then terus jumpa supervisor.

5.Business Professional Correspondence

2 credit hour.Bel,macam biasalah.Sem ni just belajar macam mana nak buat memo,surat gituh

6.Third Language 111

Kesinambungan third language yang before ni korang amik.Lastlah korang amik sem ni.

7.Elektif

Just ada choice between socso and environment.Kalau korang amik socso,ianya more to benefits yang employees and employer terima.Kalau enviroment,I'm not sure.Socso bagi aku,ko learn something new and one of the best subject too.

In short,sem 5 ni korang kena banyaklah bersabar.Tak tidur 2-3 malam tu normal.Mana nak bahagi masa untuk proma and research,memang sakit.Tapi,setiap pengorbanan tu akan ada hasilnya.Tahan sikit je.Sebab sem 6 nanti,korang leklek sampai tak tahu nak buat apa sebab kelas pun dah tak banyak.

Tapi,apapun,sem ni kebanyakan kawan aku,pointer naik sebab yelah bila ko dah buat banyak pojek+assignment korang akan lebih faham.And ubejk-subjek sem ni walaupun macam complicated,tapi sangat best nak dibelajar

Friday, 13 March 2015

PROJEK DOKUMENTARI-HOMESTAY SRI KAYANGAN,SABAK BERNAM

by

One of the biggest achievement yang korang kena buat bila dah berada di part 5 adalah korang kena buat satu projek dokumentari.Projek Dokumentari ni adalah assignment yang merangkumi untuk dua subjek sekaligus iaitu Public Finance and Malaysian Economy.Untuk assesment ni,ianya adalah sebanyak 15%.Memandangkan ianya melibatkan 2 buah subjek,so korang kenalah buat baik-baik sebab kalau tak rugi markah kat situ je.

Ok,mula-mula,korang kena cari ahli kumpulan.Maximum adalah sebanyak 15 orang,Tak kisahlah dia kelas mana pun,janji dia amik  kedua-dua subjek tu.Kemudian,korang akan kena cari topik.Topik ni meluaslah kiranya.Sebabnya,korang boleh pilih topik apa yang korang nak,janji ianya ada bersangkut paut dengan finance and economy.Contohnya,macam group aku,kitaorang buat pasal homestay dekat sabak bernam.Dari aspek apa yang kami lihat adalah adakah homestay ni menjana ekonomi negara dan bila adanya penubuhan homestay ni adakah ianya membantu penduduk kampung dan sebagainya.Yang paling penting,sebelum membuat satu keputusan untuk pilih destinasi yang korang tuju,discuss apa yang korang nak tahu daripada tempat tu,assign biro,bawa peralatan macam tripod,komputer,camera supaya senang bila dah sampai korang dah tahu apa benda yang korang kena buat.

Menghasilkan sebuah dokumentari bukanlah senang.Sebab,lecturers akan expect yang korang akan menghasilkan sebuah dokumentari ala-ala animal planet gitu.So,dalam video tu kena formal.Tak salah kalau nak selitkan selingan perjalanan kalian,tapi biar bertempat.Jangan masuk gambar yang tak formal,contoh gambar selfie,goyang-goyanglah.That's why pentingnya ada tripod.So that bila korang interview nanti,semua nampak smooth je.Lagipun kan senang korang tak payanh pegang camera guna tangan.

Ok,sekarang aku nak cerita perjalanan kisah 15 sekawan ke homestay sri kayangan.Trip kami ni memakan masa 2 hari.Memandangkan kesemua ahli adalah perempuan,maka kami pun decide untuk bawa 3 kerete sahaja.Nak bawa van takut pulak.


Setibanya di sana,kami telah disambut oleh penduduk-penduduk kampung di situ.Siap dengan bunga mangga and kompang sekali uolls.Kami pun mula-mula pun terkejut lah juga+terharu.Sebab tak expect akan dilayan begitu.



Lepas kami diarak dari pintu masuk hinggalah dibawa masuk ke dewan,kami pun dijemput makan untuk makan tengah hari.Yelah,memandangkan kami pun sampai dalam pukul 2 petang,of courselah lapar after 3 hours dalam kerete tu.



Walaupun masakannya simple je,tapi yang bestnya sebab suasana di kampung tu dah mula terasa.Yelah,dapat makan ulam-ulam.Nak harapkan dapat kat kantin universiti memang kelautlah jawabnya.

Kalau nak diikutkan,lepas je aktiviti makan ni,kami dah plan untuk melawat di sekitar kampung untuk interview penduduk-penduduk kampung di sini,tapi memandangkan hujan lebat sangat,jadi duduk jelah dekat homestay tu.Dah agak-agak renyai sikit,kami pun berpecah untuk kumpul data.

Salah sebuah rumah penduduk kampung di sini


Lepas habis interview bagai,kami pun balik semula ke teratak homestay tu.Malam pulak ada malam kebudayaan.Tak memasal kami pulak kena buat persembahan,Memanglah tak nak pada mulanya,tapi sebab tok ketua dah request kami layankan ajer.

Second day ni barulah padat aktiviti kami ni.Bermula dengan berbasikal ke  perusahaan kuih tradisional untuk melihat bagaimana mereka memproses kerepek-kerepek ni.






Lepas tu,aktiviti berbasikal ni diteruskan lagi.Kami dibawa pusing-pusing keliling kampung melihat keindahan sawah padi.Dah terasa ala-ala dalam cerita nur kasih pun ada.Tapi,disebabkan panas teriknya,fuhhh 5km tu aku rasa jauh benor.Makanya,di tengah-tengah perjalanan tu,kami pun rest sebentar di pekan.Nasib baiklah tok ketua murah hati belaja kami.



Konvoi naik basikal gitu





Ni pula aktivit bersampan


Dah otw balik,sempat lagi singgah dekat kedai cendol mana entah.Not bad.




Overall,projek dokumentari ni memang best.Di samping buat assignment,korang akan bonding dengan teammates.But,dependslah sapa teammates korang.Oh ya,tak semestinya kalo nak buat projek ni kena pergi jejauh.Bagi aku,cari yang dekat-dekat sudahlah.Tak payahlah buang duit pergi jauh-jauh.Kena ingat,kos tenpat tinggal,minyak tol bagai.But depends,kalau semua ahli korang tu memang kaya tak salah pergi tempat jauh.

Dari pengalaman akulah,waktu pergi tempat buat dokumentari ni memang akan nampak smooth je,yelah setakat record and interview orang je.Tapi,task yang sebenar adalah bagaimana korang nak delegate tugas after balik tu.Sebab,yang si tukang edit video tulah sebenarnya yang menderita.Nak-nak kalau team korang akan ada yang buat don;t know je.Sebab bila dah part 5 ni,banyak lagi projek-projek lain yang korang kena settle.Sebab tu,kalau boleh jangan tangguh.Atau buat sikit-sikit edit dari awal supaya bila dah nak present nanti tak kelam kelibut.

Rasanya itu sahajalah daripada aku mengenai pengalaman projek dokumentari.


Tuesday, 3 March 2015

SEMESTER 4-IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI UiTM

by



1 .CSC208- MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM (3) 

Sejujurnya,bukan aku sajalah yang blur ngadap subjek ni,tapi most of my friend pun sama.Sebabnya,ko belajar pasal benda yang aku sendiri pun tak faham-faham.Selalunya bila dah stress sangat dengan subjek ni aku akan cakap,aku ni budak polisi,bukan budak komputer nak amik subjek ni.Tapi,apa boleh buat ,nak tak nak kena amik juga subjek ni.Yang rumitnya sebab subjek ni bukan ajar kita pasal hardware or software macam yang before ni, tapi ko kena paham macam mana system ni terhasil and then connected sana sini.

2. BEL422- REPORT WRITING (2)


Bel 422 ni pulak,macam proposal for research.Assignment dia sebijik macam research.Maksudnya,ko kena cari tajuk yang kau nak kaji,kumpul bahan,buat questionnaire and then distribute pada respondent.Then,korang akan kena buat analysis pula sebelum dibentangkan di hadapan kelas.Yang bestnya subjek ni tak de paper final.

3. ADS654 POLICY ANALYSIS (4)

Subjek 4 credit hour.Bagi aku,subjek ni best sebab ko akan belajar pasal polisi yang ada di negara kita ni.Assignment yang besar untuk subjek ni adalah ko kena buat forum.Biasanya satu group ada 4 orang.Tajuk pula,bebas asalkan berkaitan dengan polisi di negara ini.Contoh,macam GST,National Blueprint and etc.

My groupmmates for policy forum










4. ADS452- ETHICS IN ADMINISTRATION (4)


It's all about ethics.Theory ethics la paling banyak yang ko kena faham dan hafal.Subjek ni boleh dikatakan oklah...sebab ethics ni relate dengan kehidupan kita.So,kalau dalam exam,bagi example pun mengenai persekitaran kita juga.

5.ADM501- ORGANIZATIONAL BEHAVIOR (3)

Ingat lagi tak subjek sem 2 which is management principles tu. Hahh,lebih kurang kesinambungan dari subjek tulah.Teori dan anak-anaknya memang banyak.It's fun to learn,tapi bila dah banyak sangat chapter,aku pun confius.Lol.So far,subject ni ok je.

6. THIRD LANGUAGE II (2)

Third language macam biasalah.Level 2,means makin uplah pembelajarannya daripada level 1.

7. SENARAI ELEKTIF 2

 a)ADS557  -INNOVATION MANAGEMENT 3
 b)ADS560  -SOUTHEAST ASIAN AFFAIRS
c) ADS505  -LOCAL GOVERNMENT

If I'm not mistaken,hanya ada 3 pilihan sahaja yang korang boleh pilih.Macam aku hari tu,aku pilih Local Government sebab ko akan lebih tahu dan dapat belajar banyak pasal local government yang ada dekat Malaysia ni.Kalau yang lagi dua tu,ak pun tak familia sangat.Cuma,kalau IM,korang kena rekacipta satu produk dan buat presentation di hall.





Thursday, 23 May 2013

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI UiTM





Assalammualaikum.

Entry kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai jurusan Sains Pentadbiran& Pengajian Polisi (BAS).


Course ni ada dekat UiTM mana je?

Course ni ditawarkan di UiTM Shah Alam,Sarawak,Sabah,Melaka dan Kedah.Tapi,suka cita dimaklumkan,pada tahun 2014 nanti,pelajar course ni yang belajar di Shah Alam  (like me) akan dipindahkan di cawangan baru iaitu,UiTM Seremban 3.

Syarat-syarat kelayakan nak apply course ini

1.STPM- Sekurang-kurangnya 3 principals:Pengajian Am,kredit dalam Bahasa Inggeris dan Mathematics atau Ekonomi atau Prinsip Perakaunan

2.Diploma dari UiTM dalam bidang Pentadbiran Awam, Pengajian Perniagaan, Perakaunan dan Perbankan dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.50

3.Diploma dari mana-mana universiti awam tempatan atau dari mana-mana kolej swasta yang diiktiraf dalam bidang Pentadbiran Awam, Pengajian Perniagaan, Undang-undang, Perakaunan dan Perbankan dengan CGPA 3.00 atau lebih baik.

Apakah peluang pekerjaan kalau ambil course ni ye?

Siswazah dari program ini boleh mendapatkan kemasukan ke dalam perkhidmatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir, Pegawai Penguat Kuasa,Pegawai Sumber Manusia, Pelatih Pengurusan dan etc.

After habis degree,boleh sambung kat mana ye?

Mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi boleh mendaftar dalam program Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Sains Pentadbiran, Sains Politik di universiti-universiti tempatan dan asing.
                
 Subjek-subjek yang bakal dipelajari selama 6 sem ini???

Sebelum terlupa,course ni adalah selama 3 tahun.

3 tahun=6 sem

Semester1
Tamadun Islam & Asia Tenggara
Co-Curiculum
Business Mathematics
Introduction to Interactive Multimedia
Introduction to Public Sector Quality Management
Malaysian Legal System
Accounting I

Semester 2
Co-Curiculum
Business Statistics
Economics
Principles of Public Administration
Industrial Relations
Management Principles & Practices
Business Law

Semester 3
Ethnic Relations
 Third Language I
Co-Curriculum
Advanced Business Law
Reading & Critical Thinking
Management Accounting
Public Relations
Human Resource Management
Electives - Quality Management/Electronic Government/International Relations/Malaysian Premiership Studies/Social Marketing

Semester 4
Third Language II
Policy Analysis
Ethics in Administration
Management Information System
Report Writing
Organizational Behavior
Electives - Innovation Management/Southeast Asian Affairs/Local Government/Advanced Industrial Relations/International Business Environment

Semester 5
Third Language III
Research Methodology & Data Analysis
Business Professional Correspondence
Project Management
Public Finance
Malaysian Economy
Electives - IT Management /Managing Change/Urban Sociology/Social Security and Employee Benefits Administration/Environmental Management in the Developing Countries

Semester 6
Applied Research Project
Strategic Management for Public Sector
Practical Training
Service Management 
Electives - Seminar in Global Affairs/Seminar in Public Management/Alternative Delivery System/Knowledge Management/Human Resource Development
 Baiklah,setakat ni saja entry saya pada kali ini.Moga entry kali ni dapat dimanfaatkan oleh para pembaca sekalian.