Friday, 8 November 2013

AL-KISAH PERKAD 2013

Assalammualaikum.

Event Pertandingan Kawad Kaki antara fakulti 2013 (PERKAD) ni sebenarnya telah berlangsung pada 27.10.2013(Ahad).Kiranya entry kali ni dah lapuk jugaklah citer dia.Tapi,nak buat macam mana,baru sekarang ada masa nak update pasal event ini.

Sebanyak 12 kompeni telah join event ini.Dan daripada 12 kompeni ni,Kompeni H,telah dapat giliran yang ke 11 untuk performed.Bila dah nombor 11 tu,bermakna tengah harilah jawabnya kita orang performed.

This sem,aku diberi kepercayaan untuk memimpin kompeni H.Satu penghargaan dan tanggungjawab yang berat untuk dipegang.Entahlah,kadang kala macam tak percaya pun ada.Yelah masa aku join PERKAD 2012,Komander Ayie yang lead kami.Sekarang,bila aku yang lead mereka,macam tak percaya aku yang berdiri dekat depan ambil alih tempat komander ayie.Can you imagined my feeling at that time?

Memandangkan event ini adalah kali pertama yang aku lead,maka kecuakan tu tak payah citerlah.Giler tak cuak.Dahlah ramai kot pada hari tu.Tapi,memandangkan ramai komander senior and the 7 siblings yang menyokong aku,ianya telah membakar semangatku untuk buat yang terbaik.Lagipun,pelatih-pelatih this sem memang awesome.Sebab mereka siap cakap,

"Komander,jangan nervous komander".


"Komander,boleh komander".

Hah,ayat-ayat cenggitu lagilah buat aku bertambah semangat.Tak mahulah hampakan harapan semua orang,walaupun amat berat untuk digalas.


Time masuk medan,memula memanglah cuak.Namun alhamdulillah,lama-kelamaan aku mampu mengawal kecuakan itu.Dan pelatih-pelatih sendiri sangat hebat.I'm pround for them.Adatlah,tetap walaupun ada yang buat salah,tapi aku tahu diorang dah buat yang terbaik.I saw their effort.

Dalam pukul 12 tengah hari,event untuk sebelah pagi pun berakhir.

*sesi petang

Sesi petang pulak adalah untuk announced who is the winner?

Dan alhamdulillah,kompeni H berjaya menduduki tempat ke-2.
Lebih manis lagi apabila,aku berjaya merangkul gelaran ketua platun terbaik.

Waktu dia annouced tu,nganga jugaklah aku.Tak expect pun dapat gelaran tu.Syukur dan alhamdulillah padaNya.
Inilah tongkat emas dan piala yang aku dapat tu :)



Bersama komander senior yang banyak menolong diri ini.

Dan,bagi aku,itulah kenangan+hadiah kami daripada 47 kepada komander senior sebelum kami berpindah ke Seremban,semester hadapan.



H-Coy Family







 Sila klik untuk tumbersaran.
Hah,yang kat atas ni adalah keputusan rasmi PERKAD 2013.

Tulang belakang kejayaan saya.Terima kasih atas segala tunjuk ajar,nasihat dan sentiasa bersama saya ketika saya down mahupun apabila saya rasa hampir berputus asa.Jasa kalian amat saya hargai dan akan dikenang sampai bebila.My love and respect goes to both of you....

Like seriously,waktu test suara and mantapkan suara,kalianlah yang sanggup bersama diri ini,memberi semangat ketika diri ini hampir berputus asa, dan juga apabila dimarahi dan nasib baik aku tak nangis time tu.Tapi,kalianlah yang sentiasa di sisi ini.Hmm,sem depan nak pindah dah.Apapun,beruntung dapat komander-komander senior yang awesome macam kalian.

Akhir kata,melalui event ni,aku semakin rapat dengan komander senior,para pelatih walaupun aku tak tahulah tanggapan diorang kat aku.Yelah,kengkadang garang,kengkadang menggila.~ ~


Sekali lagi, tahniah H-coy :)Kalian awesome!

H ,H,H COY!!



Monday, 16 September 2013

REUNION PARA GEGIRLS?

Assalammualaikum.

13.9.2013..

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.Rancangan untuk kami,para gegirls untuk berjumpa telah berlaku seminggu sebelum ini lagi.Namun memandangkan ada antara kami yang tidak boleh ikut pula pada saat saat terakhir,seperti amani dan fatin,nak buat macam mana,tak de rezekilah tu nak jumpa.Last2nya,budak local jelah yang dapat berjumpa.

Walaupun minggu ni baru 1st week semester bermula,tapi class tetap berjalan seperti biasa.Aku,shila dan mimi,semuanya ada kelas sampailah pukul 10.Aku pulak ingatkan kelas jepun tu habis awal,yelah 1st class kan?Namun jangkaanku meleset sama sekali.Bila jarum jam menunjukkan pukul 10 am,roh aku dah melayang dah nak pergi sunway tu,jasad je still ada dalam kelas tu.Habis je kelas,ape lagi aku pun pecutlah macam ala2 usain bolt tu.Ingatkan nak pergi terus ke stesen bas,tapi hati ni pulak rasa macam tak tentu arah.

Sebab apa?

Haaaaaah,sebabnya aku rasa macam tak tutup iron waktu aku guna iron pagi tadi,yelah dah bangun pun lambat confirmlah kelam kabut.Then bila sampai bilik,nasiblah iron tu dah tutup,kalau tak....

So,bermulalah my journey untuk jumpa my bff waktu di SABDA dulu.1st,after dah turun bas kat seksyen 2 tu,aku ingatkan bus ke sunway akan lalu kat situ.Kononnya,confident gilalah yang bus tu akan lalu kat situ,so aku pun duduklah situ sampailah pak cik rapid tu tanya,

"Adik nak ke mana?"blablabla.....Then dia cakapla,"Oh,kalo nak ke sunway,kena tunggu depan PKNS tu,kat sini bus tak lalu".

Ok,fine.Padan muka.Berlagak macam tahu.Kalau pak cik tu tak sapa aku tadi,sampai ke sudahlah aku tunggu bus yang tak akan kunjung tiba.

Bila sampai depan PKNS,aku pun duk tunggulah bus tu.Lama jugaklah tunggu kat situ.Adalah dalam setengah jam.Cuak jugak,kot-kotlah bus tu tak datang ke,tak beroperasi ke atau dah berhenti beroperasi ke?Yelah,hari jumaat kan driver bus kena pergi solat jumaat.Finally,after tungggu bus bagaikan pungguk rindukan bulan,sampai jua bus tu.Alhamdulillah.

Guess what?

Tambang naik bas rapid sehinggit je.Ok,batak.Abaikan saya.



Dalam pukul 12.10pm aku dah sampai dah kat sunway tu.Last aku pergi sunway masa sem 1.Tu pun pergi dengan paen.Tapi jengjalan macam tu jelah,tak sempat round sume.Besar ooo.

So,nak dijadikan cerita,sebab aku sampai awal,and mereka berdua still tak sampai lagi,aku pun pergilah merendek ke AEON tu.After 30 minutes,jumpalah mereka.Jumpa-jumpa je terus buat drama depan aeon tu.Yelah,kalau dengan shila,lepas habis SPM mana pernah jumpa.Lebih kurang 3 tahun kot.Gila rindu dekat dia.Kalo dengan mimi,last aku jumpa masa aku sem 1.Lama jugak tu.

Disebabkan waktu tu lunch hour,perut pulak memang kosong dari pagi sebab tak sempat nak breakfast,then kami pun decide nak pergi makan dekat The Chicken Rice Shop.Dan bermulalah perbualan pokpekpokpek......Sempat jugaklah duk menyusahkan waiter kat situ.Hahaha,sorry ye dik,bukan selalu pun kami boleh buat macam tu.


  Lepas makan,solat sume,mimi decide nak mian ice skating.Ye,dan aku sangat teruja nak main ice skate tu.Bajet pandailah main.




Cun tak gloves ni?

Ce teka mana satu sepasang kakiku itu?


Dari atas ice skate tu,nampak macam senang je nak main benda alah tu.Sekali main...hah,amik ko,jerit tak cukup suara.Takut ooiiii.Takut jatuh then mestilah malu.Lastnya,as usual main tepi-tepi tu sambil pegang tiang..Sobsobsosb..

Tak lama lepas tu,orang tu suruh kami sume keluar,sebab nak bersihkan tempat tu.Hah,part selepas kami dibenarkan masuk ni interesting.

Sebab apa?

Sebab aku dah pandai main sikit dah.Berani jugaklah aku main kat tengah-tengah tu.Yang paling lawak sekali mestilah mimi.Sebabnya dia yang beriya-iya ajak kami main,then tengok2 ,rupanya dia pun lebih kurang kita orang jugak.Record aku jatuh kali ni,sekali je.Hah,oklah tu.At least tak delah jatuh banyak kali macam orang lain tu.Yang aku tak faham,asal dorang nak jatuh je,mesti jatuh depan aku,pe kes daa~~Yang aku pulak,tak memasal menjerit.Yelah,dahlah jatuh depan aku secara mengejut,buatnya aku jatuh atas diorang,tak ke naya.After all,interesting jugak main ice skating ni,cuma yelah,kalo nak main ko kena confident.Kalo tak,berdebuklah jatuhnya atas ice tu.

Disebabkan aku nak sangat main kat tengah-tengah ice tu macam orang lain yang memang dah pandai gila,aku dengan muka innocentnya,pergilah minta tolong orang yang dah terror main tu.Heee.Selamatlah diorang sempoi.

Lebih kurang sejam lebih jugak kami main.Memandangkan cik shila seorang yang busy,dia kena balik awal dalam kul 4pm gitu.Rasa sekejap sangat pertemuan kami kali ni.4 jam aku rasa tak cukup nak cover balik masa yang hilang dalam 3 tahun tu.It's ok,next time aku harap jumpa kalian lagi.Till we meet again,take care sayang-sayangku.



Thursday, 23 May 2013

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI UiTM





Assalammualaikum.

Entry kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai jurusan Sains Pentadbiran& Pengajian Polisi (BAS).


Course ni ada dekat UiTM mana je?

Course ni ditawarkan di UiTM Shah Alam,Sarawak,Sabah,Melaka dan Kedah.Tapi,suka cita dimaklumkan,pada tahun 2014 nanti,pelajar course ni yang belajar di Shah Alam  (like me) akan dipindahkan di cawangan baru iaitu,UiTM Seremban 3.

Syarat-syarat kelayakan nak apply course ini

1.STPM- Sekurang-kurangnya 3 principals:Pengajian Am,kredit dalam Bahasa Inggeris dan Mathematics atau Ekonomi atau Prinsip Perakaunan

2.Diploma dari UiTM dalam bidang Pentadbiran Awam, Pengajian Perniagaan, Perakaunan dan Perbankan dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.50

3.Diploma dari mana-mana universiti awam tempatan atau dari mana-mana kolej swasta yang diiktiraf dalam bidang Pentadbiran Awam, Pengajian Perniagaan, Undang-undang, Perakaunan dan Perbankan dengan CGPA 3.00 atau lebih baik.

Apakah peluang pekerjaan kalau ambil course ni ye?

Siswazah dari program ini boleh mendapatkan kemasukan ke dalam perkhidmatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir, Pegawai Penguat Kuasa,Pegawai Sumber Manusia, Pelatih Pengurusan dan etc.

After habis degree,boleh sambung kat mana ye?

Mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi boleh mendaftar dalam program Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Sains Pentadbiran, Sains Politik di universiti-universiti tempatan dan asing.
                
 Subjek-subjek yang bakal dipelajari selama 6 sem ini???

Sebelum terlupa,course ni adalah selama 3 tahun.

3 tahun=6 sem

Semester1
Tamadun Islam & Asia Tenggara
Co-Curiculum
Business Mathematics
Introduction to Interactive Multimedia
Introduction to Public Sector Quality Management
Malaysian Legal System
Accounting I

Semester 2
Co-Curiculum
Business Statistics
Economics
Principles of Public Administration
Industrial Relations
Management Principles & Practices
Business Law

Semester 3
Ethnic Relations
 Third Language I
Co-Curriculum
Advanced Business Law
Reading & Critical Thinking
Management Accounting
Public Relations
Human Resource Management
Electives - Quality Management/Electronic Government/International Relations/Malaysian Premiership Studies/Social Marketing

Semester 4
Third Language II
Policy Analysis
Ethics in Administration
Management Information System
Report Writing
Organizational Behavior
Electives - Innovation Management/Southeast Asian Affairs/Local Government/Advanced Industrial Relations/International Business Environment

Semester 5
Third Language III
Research Methodology & Data Analysis
Business Professional Correspondence
Project Management
Public Finance
Malaysian Economy
Electives - IT Management /Managing Change/Urban Sociology/Social Security and Employee Benefits Administration/Environmental Management in the Developing Countries

Semester 6
Applied Research Project
Strategic Management for Public Sector
Practical Training
Service Management 
Electives - Seminar in Global Affairs/Seminar in Public Management/Alternative Delivery System/Knowledge Management/Human Resource Development
 Baiklah,setakat ni saja entry saya pada kali ini.Moga entry kali ni dapat dimanfaatkan oleh para pembaca sekalian.