Memandangkan cuti ni tak ada buat apa-apa,maka aku pun beralihlah ke bidang masakan.Walaupun aku ni tak delah reti masak sangat pun,tapi bolehlah.Sebab hari ni teringin sangat nak makan lala,so hari ni terhidanglah masakan lala sos tiram.
Kuahnya tersorok sebab banyak sangat lala ~~ |
Senang je nak masak lala sos tiram ni.
Bahan-bahan:
Bawang Putih & Bawang Merah Kecil (hiris)
Sos Tiram
Gula & Garam
Bawang Merah Merah( dihiris bulat)
Cili Merah
Air(bergantung pada cita rasa)
Cara-cara nak masak:
1.Mula,mula panaskan minyak.
2.Lepas tu,tumiskan bawang putih & bawang merah kecil.3.Agak-agak dah garing,masukkan air sikit.Tapi,kalo korang suka kuah banyak,letaklah banyak.Ikut pilihan masing-masing.
4.Lepas tu masukkan sos tiram,gula dan juga garam sesedap rasa.
5.Lepas tu masukkanlah si lala.
6.Bila dah agak-agak nak masak tu,taburkan bawang putih dan juga cili merah yang dah dihiris tadi.
7.Dah siap,masukkan ke dalam pinggan dan selamat menjamu selera.
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment