Showing posts with label DIARI. Show all posts
Showing posts with label DIARI. Show all posts

Thursday, 26 March 2015

A DATE WITH ITA

by

-23.03.2015-

A day with my gf.Ok,please jangan salah faham.Aku straight ok.So,memandangkan aku kena beli tiket untuk balik khamis ni,maka aku pun ajaklah ita sekali.Kebetulan,dia pun nak beli tiket.Memula,memanglah nak beli tiket je.Tapi,biasalah kan girls,fitrah girls ni kalau dah nampak mall sebelah mata,memang tak akan dapat dipisahkanlah.Walaupun mall kat terminal tu aku dah pernah tawaf,tapi bagi aku lah kan,shopping kat sini best.Tak dapat beli pun cecuci mata pun ok.

Tapi,macam bukan akulah kalau pergi mall tak beli apa-apa.Macam biasa,alasan aku,girls and shopping what do you expect.Nak lagi bila nampak sale+tengah stress sebab research banyak yang kena oter.Memang nilah waktu yang terbaik untuk reward myself dengan usaha yang tak kemana tu.Ditambah pula,external shiba aku telah dideclarekan rosak.Lagi sadis tau tak.Dahlah punya banyak citer aku simpan dalam tu.Maka,dengan semua alasan yang aku kemukakan tadi,bolehlah shopping dengan cik ita tu hah.

Kalau korang nak tau,cik ita ni dah jadi tunang orang.Nak kawen dah pun.Lagipun,bukan senang nak keluar dengan dia ni.Kena buat appointment gitu.Kalau tak kelaut.Mula-mula memanglah aku tak nak shopping,tapi bila tengok ita dah start membeli,plus depan mata kau ada t-shirt yang cantik+beg yang cantik,duit dalam purse pun boleh tergugat.

That's how we end up dengan shopping and habiskan masa 4 jam tawaf satu mall kat terminal tu.Bila balik,memanglah letih,tapi happy ooo dapat shopping and spend day dengan minah ni.


Tetiba aku rasa macam nak cerita macam mana aku kenal ita ni.Waktu tu aku sem 2.Memandangkan aku dapat kolej mawar,coincidentally dia pula satu bilik dengan aku.Like seriously,aku tak pernah pun kenal or nampak dia waktu sem 1.And aku suka kawan dengan dia ni,sebab dia ni sempoi,kelakar,boleh layan kerenah aku yang macam tak padan dengan usia aku ni.Moment paling ingatlah bila dengan dia ni,waktu final exam subjek IR.Punyalah kami bersengkang mata tak tidur satu malam sebab subjek IR tu killer subjek kot.Balik je dari exam tu,terus tidur tak ingat dunia.Bila sem 3 even sama aras pun,dah macam susah nak jumpa dengan dia.Lagipun,aku tak pernah sekelas dengan dia ni.Sem 4 bilik sebelah-sebelah.Memang hari-harilah aku,el,hawa,mel and ita jumpa.Sem 5 je dia tercampak kat aras atas.Tapi,sebab aku selesa berkawan dengan dia ni,kalau final je memang aku menapak kat bilik dia ni.And guess what.This sem kami sume sebilik.Lengkap.Dan,sebab tu jugaklah aku kena tadah telinga dengan dia ni sebab dia suruh aku cari someone cepat-cepat.Aku buat dek jelah,sebab aku rasa aku tak ready and still fefeeling muda.Konon.Hmm,bulan lapan ni di dah na kawen,cepat je kan masa berlalu.Anyway,aku sentiasa doakan kau bahagia dunia akhirat dengan suami kau.Lots a love.

Saturday, 21 March 2015

THE JOURNEY TO UKM

by

Sapa kata sem 6 ni boleh relax-relax je memanjang memang tak betullah citer dia.Even dah tak banyak kelas sangat,but still keje luar berlambak.So,memandangkan aku kena siapkan questionnaire untuk my research,aku pun decide untuk ke UKM.Mujurlah diyanah nak join sekali,kalau tak terpaksalah pergi sorang sorang memandagkan research partner aku tak dapat join sebab ada hal yang dia kena attend.


Dengan semangatnya,pukul 8 kami bertolak dari sini.Tu pun nasiblah tiqah nak hantarkan kami sampai ke UKM sebab alan-alang dia pun nak ke KL.Jadi,sehalalah kiranya.Kami sampai sana dalam pukul 9.30.Macam biasalah,kami teruja tengok environment kat sana.Cantik,besar apa kelagi.Nampaklah jakunnya kami di situ.




After that,kami terus ke library yang kami nak pergi tu.And guess what.Boleh pulaklah dekat luar tu ada kiosk jual makanan.Even aku tengah on diet pun,bila nampak sandwich tu aku tewas beb.Dah makan bagai,barulah kami menapak ke dalam library tu.Oh ya,prosedurnya senang je kalau datang nak buat research kat sini.Just bagitahu dekat staff yang jaga kaunter hadapan,cakaplah kau dari universiti mana and then dia akan suruh key in data then selamatlah masuk ke dalam.

Tapi,aku hampa jugaklah bila jurnal yang nak dicari tu tak dijumpai.Takpelah,at least aku jumpa buku about my research.

Senang cerita,segala benda yang kami nampak kat ukm tu,really membuatkan kami teruja.And one of it ialah,boleh pulak kat situ ada jual baju+tudung dengan harga yang affordable.Memanglah aku beli sebab murah kan.Dalam pukul 3 kami pun geraklah ke bus stop sebab lepas ni cadangnya nak ke midvalley pula nak cari buku.Dengan konfidennya,kitaorang pun pergilah dekat bus stop depan ATMA.Tunggu punya tunggu,sekali bus 6 tu memang tak lalu pun kat situ.Tau tak almost half an hour tunggu macam patung kat situ.Tu pun nasib baik tanya orang,kalau tak sampai ke malam la duk tunggu bas kat situ.Satu hal lagi nak pergi ke bus stop belah fakulti sains sosial pulak.Sabar jelah.Dengan panasnya,aku rasa kaki macam nak tercabut.Sebab tunggu bas tak nampak kelibat,kami pun naiklah teksi.Selamatlah ada teksi lalu.

Bila sampai ktm,punyalah beratur panjang+kena tunggu train tu datang almost 30 minutes and then bila masuk train tak de tempat duduk.Aku dah sampai speecheless bila pikir balik.Tapi,you know,it was such a good experience and memory bila kenangkan balik.

Bila dah sampai mid,almost one hour jugaklah cari kedai mph.Nak malang lagi bila dah sampai,buku tu just ada 1 je.Sebabkan diyanah yang jumpa dulu,tak pelah,aku beralah.Bagi mengubati hati yang lara,aku pun belilah 2 novel guna baucer buku.Happy me.


Before balik,kami dinner dulu dekat food junction sambil heart to heart.Anyway,ni first time aku date dengan minah ni sejak kami pindah somban.Well-spend day gitu.


That feeling waktu nak balik naik ktm,lega giler dapat duduk.Sumpahlah aku rasa hari ni lebih 10,000 langkah dah aku jalan.


Letih-letih pun,still sempat selfir.Well,memori tu.

Friday, 6 March 2015

THE STORY OF PT PAGI

by

Memandangkan hari ni kami ada pt pagi,after 7.40 macam tu,kami pun decide nak makan kat luar sebab yelah,penat kot jogging pagi tadi *penatlah sangat.

So,memandangkan ita pun sampai around that time,kitaorang pun angkutlah dia sekali sebabnya,waktu tu kami sume tak bawa dompet except dia.Nak dijadikan cerita,bila dah sampai kedai tu,ita tetiba teringat nak cari dompet dia yang dikatakan ada dalam beg dia tu.Sekali........dompet tu tak de pun dalam beg tu.

Apalagi,terpaksalah patah balik sebab dia kata dompet dia tertinggal dekat barang-barang yang dia tak punggah lagi tu.Cari-cari pun tak jumpa.Rupanya tertinggal dekat kereta tunang dia.Lastnya,pinjam jelah duit ariff.

Alhamdulillah,barulah kami dapat makan kat kedai mamak tu.So,sebab tu aku cakap,aku akan ingat peristiwa ni sebab yelah bukan senang nak ajak diorang makan kat luar kalau tak de halnya.Sekali keluar,ini pulak jadinya.Hahahaha.

-THE END-

Monday, 2 March 2015

HARI PERTAMA DI 6TH SEMESTER

by

Hello new semester.

So,hari ni adalah hari pertama untuk 6th semester.Tapi,seriously sepanjang 6 sem aku jadi pelajar kat sini,nilah kali pertama aku tengok kelas lecture kosong.Sebabnya,ramai yang tak nak balik minggu ni dengan alasan diorang nak berehat yelah sebab practical pun baru habis.

Maka,hambarlah hari pertama di semester yang baru ini.

Aku pulak,tak tahu pun diorang pakat buat macam tu,kalau aku tahu pun next week aku balik.Tapi,sebab aku ni baik sikit even dah senior year,aku pergi jugaklah kelas petang tadi.*kuikui

Tapi....
krik!krik!krik!

Boleh dibilang berapa orang je yang ada.Ni memang betul-betul senior ni.

So,after 3o minit aku tunggu lecturer tak datang,aku,erin and syifa pun berangkatlah pulang ke rumah memasing.Tapi,erin ajak keluar dengan dia.Spend time dengan dia buat pertama kali sepanjang degree time gituh.

Actually,kita orang pun tak plan nak pergi mana,tapi sebab palm mall tu macam best jer,macam best jer,kitaorang pun pergi lah kat situ.

Maka,inilah hasilnya.

First time minum capuccino ada corak-corak ni.Jakun sebentar.Tapi,ianya hanya indah dari rasa saja ye kengkawan.

Big portion just for me.Dah tu,bising mokmok.Salah siapakah munirah oii

With erin yang cutie pie.


Banyak benda yang kita orang bualkan.Yelah,hampir sebulan kan cuti kan.Eh silap,kitaorang tak cuti pun waktu cuti sem tu.~~

Dari cerita pasal practical hinggalah ke boypren,kawen,nak amik master ke kerja and end up dengan KAMI NAK DIET.Sebab, hari tu aku cadangkan nak buat diet atkins,maka erin pun kata dia nak buat.Yelah,aku try nak buat dari last week lagi tapi takmotivated langsung.Angan-angan mat jenin saja.Tapi,bila ada kawan ni,semangant sikit nak buat.

Maka,dengan berbekalkan semangat yang baru,kami pun pergilah ke giant untuk beli barang-barang makanan yang patut dimakan untuk speanjang tempoh induction nanti.Kami target end of 2 nd week nanti,nak ada jawlines ala-ala artis korea tu and yang penting FIT!

Moga kami tabah dan ini bukannya hangat-hangat tahi ayam.

Monday, 16 September 2013

REUNION PARA GEGIRLS?

Assalammualaikum.

13.9.2013..

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.Rancangan untuk kami,para gegirls untuk berjumpa telah berlaku seminggu sebelum ini lagi.Namun memandangkan ada antara kami yang tidak boleh ikut pula pada saat saat terakhir,seperti amani dan fatin,nak buat macam mana,tak de rezekilah tu nak jumpa.Last2nya,budak local jelah yang dapat berjumpa.

Walaupun minggu ni baru 1st week semester bermula,tapi class tetap berjalan seperti biasa.Aku,shila dan mimi,semuanya ada kelas sampailah pukul 10.Aku pulak ingatkan kelas jepun tu habis awal,yelah 1st class kan?Namun jangkaanku meleset sama sekali.Bila jarum jam menunjukkan pukul 10 am,roh aku dah melayang dah nak pergi sunway tu,jasad je still ada dalam kelas tu.Habis je kelas,ape lagi aku pun pecutlah macam ala2 usain bolt tu.Ingatkan nak pergi terus ke stesen bas,tapi hati ni pulak rasa macam tak tentu arah.

Sebab apa?

Haaaaaah,sebabnya aku rasa macam tak tutup iron waktu aku guna iron pagi tadi,yelah dah bangun pun lambat confirmlah kelam kabut.Then bila sampai bilik,nasiblah iron tu dah tutup,kalau tak....

So,bermulalah my journey untuk jumpa my bff waktu di SABDA dulu.1st,after dah turun bas kat seksyen 2 tu,aku ingatkan bus ke sunway akan lalu kat situ.Kononnya,confident gilalah yang bus tu akan lalu kat situ,so aku pun duduklah situ sampailah pak cik rapid tu tanya,

"Adik nak ke mana?"blablabla.....Then dia cakapla,"Oh,kalo nak ke sunway,kena tunggu depan PKNS tu,kat sini bus tak lalu".

Ok,fine.Padan muka.Berlagak macam tahu.Kalau pak cik tu tak sapa aku tadi,sampai ke sudahlah aku tunggu bus yang tak akan kunjung tiba.

Bila sampai depan PKNS,aku pun duk tunggulah bus tu.Lama jugaklah tunggu kat situ.Adalah dalam setengah jam.Cuak jugak,kot-kotlah bus tu tak datang ke,tak beroperasi ke atau dah berhenti beroperasi ke?Yelah,hari jumaat kan driver bus kena pergi solat jumaat.Finally,after tungggu bus bagaikan pungguk rindukan bulan,sampai jua bus tu.Alhamdulillah.

Guess what?

Tambang naik bas rapid sehinggit je.Ok,batak.Abaikan saya.



Dalam pukul 12.10pm aku dah sampai dah kat sunway tu.Last aku pergi sunway masa sem 1.Tu pun pergi dengan paen.Tapi jengjalan macam tu jelah,tak sempat round sume.Besar ooo.

So,nak dijadikan cerita,sebab aku sampai awal,and mereka berdua still tak sampai lagi,aku pun pergilah merendek ke AEON tu.After 30 minutes,jumpalah mereka.Jumpa-jumpa je terus buat drama depan aeon tu.Yelah,kalau dengan shila,lepas habis SPM mana pernah jumpa.Lebih kurang 3 tahun kot.Gila rindu dekat dia.Kalo dengan mimi,last aku jumpa masa aku sem 1.Lama jugak tu.

Disebabkan waktu tu lunch hour,perut pulak memang kosong dari pagi sebab tak sempat nak breakfast,then kami pun decide nak pergi makan dekat The Chicken Rice Shop.Dan bermulalah perbualan pokpekpokpek......Sempat jugaklah duk menyusahkan waiter kat situ.Hahaha,sorry ye dik,bukan selalu pun kami boleh buat macam tu.


  Lepas makan,solat sume,mimi decide nak mian ice skating.Ye,dan aku sangat teruja nak main ice skate tu.Bajet pandailah main.




Cun tak gloves ni?

Ce teka mana satu sepasang kakiku itu?


Dari atas ice skate tu,nampak macam senang je nak main benda alah tu.Sekali main...hah,amik ko,jerit tak cukup suara.Takut ooiiii.Takut jatuh then mestilah malu.Lastnya,as usual main tepi-tepi tu sambil pegang tiang..Sobsobsosb..

Tak lama lepas tu,orang tu suruh kami sume keluar,sebab nak bersihkan tempat tu.Hah,part selepas kami dibenarkan masuk ni interesting.

Sebab apa?

Sebab aku dah pandai main sikit dah.Berani jugaklah aku main kat tengah-tengah tu.Yang paling lawak sekali mestilah mimi.Sebabnya dia yang beriya-iya ajak kami main,then tengok2 ,rupanya dia pun lebih kurang kita orang jugak.Record aku jatuh kali ni,sekali je.Hah,oklah tu.At least tak delah jatuh banyak kali macam orang lain tu.Yang aku tak faham,asal dorang nak jatuh je,mesti jatuh depan aku,pe kes daa~~Yang aku pulak,tak memasal menjerit.Yelah,dahlah jatuh depan aku secara mengejut,buatnya aku jatuh atas diorang,tak ke naya.After all,interesting jugak main ice skating ni,cuma yelah,kalo nak main ko kena confident.Kalo tak,berdebuklah jatuhnya atas ice tu.

Disebabkan aku nak sangat main kat tengah-tengah ice tu macam orang lain yang memang dah pandai gila,aku dengan muka innocentnya,pergilah minta tolong orang yang dah terror main tu.Heee.Selamatlah diorang sempoi.

Lebih kurang sejam lebih jugak kami main.Memandangkan cik shila seorang yang busy,dia kena balik awal dalam kul 4pm gitu.Rasa sekejap sangat pertemuan kami kali ni.4 jam aku rasa tak cukup nak cover balik masa yang hilang dalam 3 tahun tu.It's ok,next time aku harap jumpa kalian lagi.Till we meet again,take care sayang-sayangku.