Assalammualaikum.
Kali ni,nak cerita sikit tentang UiTM Seremban 3 ni.Al maklumlah,den pun baru pindah sini last sem.Sedih noks,bila mengenangkan kena pindah sini.Yelah,mana taknya,punya best den duduk dekat shah alam tu,alih alih kena transfer kat sini.
Tapi,it's okay.Suasana dekat sini aman damai.Tak hiruk pikuk macam dekat shah alam tu.
Buat pengetahuan semua,kat sini hanya ada tiga course je yang ditawarkan iaitu,Fakulti Sains Pentdbiran dan Pengajian Polisi,Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan juga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.
Kampus ni taklah besar sangat.Sebab kalo korang jogging satu UiTM ni pun just ambil masa 5 minit gitu je.Just nice gituh.
So,jom tengok sikit buildings dekat sini.
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi |
Fakulti Sains Komputer dan Matematik |
Padang UiTM |
Kolej Puteri Mayang Selida |
Ni,kolej perempuan.Nama kolej ni Kolej Puteri Mayang Selida.Jangan tanya aku kenapa nama dia panjang sangat hokay.Hanya ada satu blok je untuk kolej gigirls ni.Dan kolej ni disediakan hanya untuk budak diploma,degree part 1 dan juga bagi pelajar yang menjawat jawatan.Contoh mcm,MPP,JPKK,JPK dan yang sewaktu dengannya.
Guess what?Nilah biliknya yang gojes and bagi aku memang exclusive.Muat untuk 4 orang dan siap ada tandas lagi dalam bilik ni.
Medan Makan Persukuan |
Medan makan persukuan ni memisahkan antara kolej gigirls and boboys.So,kalau nak makan senang je,turun dari lif,jalan sikit ...dan sampailah ke destinasi yang dituju.
Kolej lelaki.Kolej Bendahara Skudai |
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi |
Unit Kesihatan |
Ruang perpustakaan yang berwarna warni |
Perpustakaan Tun Razak (PTAR) |
For your info,dalam u ni tak de guna rapid macam dekat shah alam dulu.Sebab,macam yang den cakap tadi,kampus ni kecil je.Bagi yang duduk kolej pula,memang tak boleh bawa kenderaan,unless yang duduk luar bolehlah bawa.
Mungkin ada yang tertanya-tanya,dah tu kalo duduk kolej,tak boleh bawa kenderaan,dah tu macam mana nak keluar dari sini.Okay,senang je.Guna teksi.Sebab bas memang tak lalu dekat situ.No choice,huh.I feel you.Tapi,jangan risau,tempat ni tak delah ceruk sangat.Sebab kalo nak ke bandar,dlam 15 minit gitu sampailah.Standard harga satu teksi dalam RM 12.Dan jangan risau, ada banyak mall jugak dekat seremban ni.Contoh,Palm Mall,Terminal one Mall,Aeon,Parkson and even ada Mydin kedua terbesar dekat Malaysia,if I'm not mistaken.Kalau rasa nak ke PD,pun okay juga.Perjalanan just dlam 30 minit.And even kalau nak ke Melaka pun dekat,around sejam gitu.
So,pada yang dapat dekat UiTM Seremban 3 ni,selamat datang diucapkan.
13 comments:
OMG! tak boleh bawak own transport??? then it stuck lah if nak balik every week??? gosh... mamaaaa... TToTT
Tumpang tanya .. say keliru sama ada nak amik course ni atau OM ..sbb sye ni belajar slow sikit .. so akak prefer saya untuk amik OM or course ni.. mana subjek yg lebih ringan sikit. Hehe
@Bog
is it either BAS with OM or what>
Assalamualaikum akak. Nak tanya, kolej kediaman ada sediakan seterika tak?
@Afidatul FaezahTak,iron kat bilik je
Kak, nak tanya kos pentadbiran awam subjek apa yang kena belajar ?
@MESKEAH IKSAN boleh pergi ke portal ni http://fsppp.uitm.edu.my/v1/programmes/undergraduate/diploma/diploma-in-public-administration-dpa-am110.html since akk bukan DPA
Ahh cant wait hopefully dpt sambung study sana utk dip petadbiran awam ! :) Aamiin Thanks for sharing
salam sis. boleh saya tanya apa antara soalan interview untuk pengajian sukan. sebab saya ada dapat tawaran temuduga sini :)
@Anonymous
waalaikumsalam.Maaf ye,akak bidang pentadbiran bukan pengajian sukan :)
@ohlordily
all the best
assalamualaikum kak munirah.. saya nak Tanya, kalau nak daftar degree kan utk dip pntdbiran awam ni kan.. boleh ke daftar trus ke kampus tu. cth kalau saya nak daftar kat seremban 3? sebab kalau kira banyak jugk cawangan uitm yg mnawarkan kos bas ni...
@fatin bihahwaalaikumsalam.Tak boleh.selalunya pihak uitm yg akan tetapkan kalau dapa kampus mana. :)
Post a Comment