Monday, 16 September 2013

REUNION PARA GEGIRLS?

Assalammualaikum.

13.9.2013..

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.Rancangan untuk kami,para gegirls untuk berjumpa telah berlaku seminggu sebelum ini lagi.Namun memandangkan ada antara kami yang tidak boleh ikut pula pada saat saat terakhir,seperti amani dan fatin,nak buat macam mana,tak de rezekilah tu nak jumpa.Last2nya,budak local jelah yang dapat berjumpa.

Walaupun minggu ni baru 1st week semester bermula,tapi class tetap berjalan seperti biasa.Aku,shila dan mimi,semuanya ada kelas sampailah pukul 10.Aku pulak ingatkan kelas jepun tu habis awal,yelah 1st class kan?Namun jangkaanku meleset sama sekali.Bila jarum jam menunjukkan pukul 10 am,roh aku dah melayang dah nak pergi sunway tu,jasad je still ada dalam kelas tu.Habis je kelas,ape lagi aku pun pecutlah macam ala2 usain bolt tu.Ingatkan nak pergi terus ke stesen bas,tapi hati ni pulak rasa macam tak tentu arah.

Sebab apa?

Haaaaaah,sebabnya aku rasa macam tak tutup iron waktu aku guna iron pagi tadi,yelah dah bangun pun lambat confirmlah kelam kabut.Then bila sampai bilik,nasiblah iron tu dah tutup,kalau tak....

So,bermulalah my journey untuk jumpa my bff waktu di SABDA dulu.1st,after dah turun bas kat seksyen 2 tu,aku ingatkan bus ke sunway akan lalu kat situ.Kononnya,confident gilalah yang bus tu akan lalu kat situ,so aku pun duduklah situ sampailah pak cik rapid tu tanya,

"Adik nak ke mana?"blablabla.....Then dia cakapla,"Oh,kalo nak ke sunway,kena tunggu depan PKNS tu,kat sini bus tak lalu".

Ok,fine.Padan muka.Berlagak macam tahu.Kalau pak cik tu tak sapa aku tadi,sampai ke sudahlah aku tunggu bus yang tak akan kunjung tiba.

Bila sampai depan PKNS,aku pun duk tunggulah bus tu.Lama jugaklah tunggu kat situ.Adalah dalam setengah jam.Cuak jugak,kot-kotlah bus tu tak datang ke,tak beroperasi ke atau dah berhenti beroperasi ke?Yelah,hari jumaat kan driver bus kena pergi solat jumaat.Finally,after tungggu bus bagaikan pungguk rindukan bulan,sampai jua bus tu.Alhamdulillah.

Guess what?

Tambang naik bas rapid sehinggit je.Ok,batak.Abaikan saya.



Dalam pukul 12.10pm aku dah sampai dah kat sunway tu.Last aku pergi sunway masa sem 1.Tu pun pergi dengan paen.Tapi jengjalan macam tu jelah,tak sempat round sume.Besar ooo.

So,nak dijadikan cerita,sebab aku sampai awal,and mereka berdua still tak sampai lagi,aku pun pergilah merendek ke AEON tu.After 30 minutes,jumpalah mereka.Jumpa-jumpa je terus buat drama depan aeon tu.Yelah,kalau dengan shila,lepas habis SPM mana pernah jumpa.Lebih kurang 3 tahun kot.Gila rindu dekat dia.Kalo dengan mimi,last aku jumpa masa aku sem 1.Lama jugak tu.

Disebabkan waktu tu lunch hour,perut pulak memang kosong dari pagi sebab tak sempat nak breakfast,then kami pun decide nak pergi makan dekat The Chicken Rice Shop.Dan bermulalah perbualan pokpekpokpek......Sempat jugaklah duk menyusahkan waiter kat situ.Hahaha,sorry ye dik,bukan selalu pun kami boleh buat macam tu.


  Lepas makan,solat sume,mimi decide nak mian ice skating.Ye,dan aku sangat teruja nak main ice skate tu.Bajet pandailah main.




Cun tak gloves ni?

Ce teka mana satu sepasang kakiku itu?


Dari atas ice skate tu,nampak macam senang je nak main benda alah tu.Sekali main...hah,amik ko,jerit tak cukup suara.Takut ooiiii.Takut jatuh then mestilah malu.Lastnya,as usual main tepi-tepi tu sambil pegang tiang..Sobsobsosb..

Tak lama lepas tu,orang tu suruh kami sume keluar,sebab nak bersihkan tempat tu.Hah,part selepas kami dibenarkan masuk ni interesting.

Sebab apa?

Sebab aku dah pandai main sikit dah.Berani jugaklah aku main kat tengah-tengah tu.Yang paling lawak sekali mestilah mimi.Sebabnya dia yang beriya-iya ajak kami main,then tengok2 ,rupanya dia pun lebih kurang kita orang jugak.Record aku jatuh kali ni,sekali je.Hah,oklah tu.At least tak delah jatuh banyak kali macam orang lain tu.Yang aku tak faham,asal dorang nak jatuh je,mesti jatuh depan aku,pe kes daa~~Yang aku pulak,tak memasal menjerit.Yelah,dahlah jatuh depan aku secara mengejut,buatnya aku jatuh atas diorang,tak ke naya.After all,interesting jugak main ice skating ni,cuma yelah,kalo nak main ko kena confident.Kalo tak,berdebuklah jatuhnya atas ice tu.

Disebabkan aku nak sangat main kat tengah-tengah ice tu macam orang lain yang memang dah pandai gila,aku dengan muka innocentnya,pergilah minta tolong orang yang dah terror main tu.Heee.Selamatlah diorang sempoi.

Lebih kurang sejam lebih jugak kami main.Memandangkan cik shila seorang yang busy,dia kena balik awal dalam kul 4pm gitu.Rasa sekejap sangat pertemuan kami kali ni.4 jam aku rasa tak cukup nak cover balik masa yang hilang dalam 3 tahun tu.It's ok,next time aku harap jumpa kalian lagi.Till we meet again,take care sayang-sayangku.