Tuesday, 15 October 2019

TIPS TRAVEL KE OSAKA,JEPUN

Assalammualaikum

Hari Pertama

Penerbangan kami dari Malaysia dijadualkan pada 2pm(waktu malaysia) dan sampai di Kansai Airport sekitar pada 9.30pm(waktu Jepun).Memandangkan waktu kami sampai di sana dah malam,kami terus ke hotel sahaja.


Hari Kedua

Destinasi yang pertama adalah daerah Kyoto.Di sini kami dibawa melawat ke area Fushimi Inari Taisha iaitu sebuah temple yang paling famous di kawasan ini.Dekat sini,semua gate palang bewarna oren and memang cantik tempat ni.Kalau nak ikutkan memang kawasan ni tinggi dan besar,siapa larat bolehlah naik sampai ke atas tapi view sepanjang jalan sama je iaitu palang berwarna oren ni.So,sebab nak jalan jauh lagi,simpan sedikit kudrat yang ada,kami naik takat yang boleh saja.Di bawah pula bermacam-macam gerai jualan ada contoh seperti makanan mochi,takoyaki dan juga souvenir.



Seterusnya kami dibawa ke Arashiyama Bamboo Forest.Jarak dari Fushimi Inari ke Arashiyama agak jauh juga.Bertukar subway/train dan naik turun tangga.Kalau nak datang Jepun,make sure stamina tu ada dan kuat sebab memang banyak berjalan.Arashiyama ni memang cantik dan tenang sebab tengok bamboo kat situ cantik cantik je and memang sesuai untuk bergambar.


Dekat sini juga terdapatnya Togetsukyo Bridge di mana kalau kita tengok air sungainya memang jernih dan cantik.Berhadapan dengan bridge ni ada satu kedai halal kalau nak makan udon yang sedap iaitu di Yoshiya Restaurant.Menariknya,selepas makan boleh terus solat terus sebab memang disediakan ruangan solat di sini.Cumanya,telekung memng tidak disediakan,jadi siapkanlah telekung dalam bag sebelum memulakan perjalanan anda di Jepun.



Hari Ketiga

Hari ni kami dibawa ke area Osaka.Main attraction di sini ialah seperti Osaka Castle,Tempozan Ferris Wheel dan juga berpeluang menaiki Santa Maria Cruise.
Santa Maria Cruise
Next,kami dibawa ke area shinsaibashi dan dotonbori yang memang popular untuk shopping.Ok,kalau nak cari souvenir yang murah boleh pergi ke 300coins ataupun daiso.Sebab kat area Osaka yang lain ,even satu magnet pun boleh mencecah 165yen-198yen.Itu baru magnet tau belum lagi keychain ataupun tshirt lambang Jepun.Roughly,tshirt paling murah dekat sini yang pernah saya jumpa adalah di 300coins dijual pada harga 500yen.Di tempat lain sehelai tshirt dijual pada harga 1290yen-1990yen.So sebab tu kalau nak cari souvenir nak bagi pada kawan-kawan cari je kedai macam 100yen(daiso) sebab memang berbaloi.Selain itu,kalau nak beli kasut jenama Fila,Adidas,Nike,jam tangan,handbag kat sini memang best sebab murah dan di Malaysia pun tak akan dapat harga macam ni.
Shopping di daiso
Shopping di 300 coins



Glico

Dotonbori


Di negara Jepun,setiap pembelian barang dikenakan tax 10%.Katakanlah kalau kita beli barang tu 100yen+tax,jadi harga barang yang perlu kita bayar adalah sebanyak 110yen.Tapi,kalau anda membeli barang melebihi 5000yen,anda akan dapat free tax duty.Caranya,sewaktu pembayaran anda perlu menunjukkan passport.

Hari Keempat

Hari ni kami hanya berjalan-jalan di sekitar hotel sahaja.Di area hotel,ada satu store iaitu Maruhan.Di sini best kalau nak shopping makanan seperti nasi putih instant,air dan barang berjenama seperti baju,handbag,souvenir juga banyak dijual di sini.Macam Mydin versi Malaysia.Jalan 4 jam pun belum tentu puas pusing sebab banya sangat barang.







Dah puas shopping kat sini,kami pergi pula ke Tsutenkaku Tower.Jarak dari Maruhan ke tempat ni tak jauh,adalah dalam 500m sahaja.Tempat ni kalau datang malam memang cantik sebab light dia terang benderang.Kalau nak beli souvenir magnet murah di sini sebab 3 magnet boleh dapat dalam 385yen.Cari geral pertama laluan masuk ke Tower ni.




Hari Kelima

Di sebelah pagi,kami dibawa melawat ke Nara Park yang dipenuhi rusa-rusa yang jinak.Kalau nak bagi makan pun boleh tapi kena beli cookies dia hraga dalam 200yen.Kalau nak tangkap gambar dengan rusa ni better bagi dia makan,kalau tak dia buat tak tahu je even anda try hard untuk tangkap gambar dengan dia.Yang bestnya,rusa ni kalau kita tunduk dekat dia,dia akan tunduk balik kat kita dengan syarat anda kena bagi mereka makan.


Dah puas ronda,kat sini adalah station terakhir kalau nak shopping souvenir lagi sebab kat sini banyak jual keychain/barangan berunsurkan rusa.Yelah,dah tempat rusa kan semua design pun memang muka rusa nilah.Kalau nak makan mochi(150yen),dorayaki red bean(150yen)sandwich kebab)500yen) dan takoyaki(480 yen for 12 balls)memang  sedap dan berbaloi.

Gerai mochi,dorayaki,kebab,takoyaki

Destinasi terakhir sebelum pulang ke Malaysia adalah Rinku Premuim Outlet.Di sini,memng sesak dengan pelancong asing sebab banyak barang branded buat sales di sini.Adidas,Fila dan macam macam lagi ada di sini.Awas,duit anda akan terbang deras kalau iman tak kuat tengok barang di sini.

Setibanya di airport,kalau nak ke surau,anda boleh pergi ke tingkat 2F,surau di sini selesa dan besar malah telekung juga disediakan.Kala lapar,boleh pergi ke ruangan 1F,kedainya nama UDON sebab memang ada sijil halal di sini.Boleh cuba udon with beef(1000yen) memang sedap dan berbaloi.

Kesimpulannya,:

1.Trip ke Osaka ni memang best sebab boleh shopping dengan harga lagi murah dari Malaysia.Mostly untuk barang seperti baju,bag dan kasut.Tetapi,dari segi souvenir memang agak mahal 
2.Bawa bekalan yang cukup dari Malaysia.Terutama untuk sarapan,baiklah kalau makan berat seperti Nasi.Yang ringkas untuk dibawa adalah nasi instant Ibrahim/Sharifah/sardin/roti/kaya/maggi sebabnya kitchen disediakan di dalam bilik.Tetapi,depends pada jenis penginapan yang ada pilih.
3.Hanger,bawalah hanger sebab memnag tidak disediakan di sini.Nnati kalau tak bawa,nak gantung baju pun susah.Besides,kat sini ada mesin basuh juga senang nak basuh baju dan sidai di ampaian balkoni bilik.
4.Untuk trip bajet kalau bawa RM1000 pun dah cukup.Tapi,kalau kuat makan dan shopping bawalah around RM1500.
5.Fizikal dan mental kena kuat sebab kat sini,mostly akan guna public transport kalau yang jenis trip bajet.Turun naik tangga perkara biasa di sini.

Semoga bermanfaat kepada anda yang ingin dan baakl ke Osaka,Jepun.

Sayonara





Thursday, 27 April 2017

PENGALAMAN TEMUDUGA PTD M41







Assalammualaikum.

26 April 2017.

Hari yang ditunggu sudah tiba.Jantung berdetak dukdakdukdak.Memandangkan sesi aku adalah pada pukul 11.00 am,makanya aku tiba di sana setengah jam awal.Sebenarnya boleh je kalau nak datang awal,sebab urusetia akan bagi nombor kepada sesiapa yang datang dulu.First come first serve.

Waktu sampai sana,aku tengok no baru 3005(waktu tu dah 10.30),sedangkan no aku 3011.Memandangkan setiap yg masuk tu mengambil masa lebih kurang setengah jam,aku dari rasa nervous dah jadi macam tak ada feeling dah sebab lama menunggu.

Around 1.15 pm tepat aku masuk.Time tu azan tengah berkumandang.Memandangkan waktu tu baru je habis azan,panel pun tanya,

"Awak orang Ipoh kan.Biasa datang UTC ni.Yang azan tadi tu datang dari mana ye,Masjid ke Surau ke atau Radio.Suara yang azan ni macam familiar kan."

Me:Aku dah kedip kedip mata dah.Aku jawab,tak silap saya ni radio Datuk,sebab kat sini Masjid jauh.Yang suara orang azan tu macam Arab.Jujur jelah aku jawab memandangkan aku memang tak tahu sapakah gerangannya.Selepas itu,bermulalah sesi iv....

So,ni antara soalan-soalan yang aku dapat :

1.Perkenalkan diri
2.Kenapa nak jadi PTD
3.Tn 50
4.Proses membuat Bajet & siapa yang luluskan
5.BR1M

Durasi:30 minit

Nampak sikit kan,tapi penuh dengan provokasi.Tapi,so far oklah bagi aku.Dasar-dasar atau polisi lain memang panel tak ada tanya.Reseki aku dapat soalan macam ni.Ada setengah tu  lagi dasat-dasat soalan yang kena tanya sampai aku dengar pun semput.

Tips aku,walaupun ko kena provoke,muka kena maintain ibarat air yang tenang di tasik tu,senyum je.Sebab,biasalah panel mahu menguji ketahanan kita adakah kita mampu nak deal dengan soalan-soalan yang diberikan.

This is my ever first iv for PTD.Alhamdulillah,bagi aku ianya memang 1 pengalaman yang tidak dapat dilakukan.One thing is,sebelum masuk banyakkan selawat,tenangkan fikiran,minta restu dan doa daripada ibubapa dan banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T.Percaya yang jika ini rezeki untuk kita,InyaAllah tak kemana.Rezeki tak pernah salah alamat :)

Monday, 10 April 2017

SCAMMER MELALUI MUDAH.MY

Assalammualaikum.

This week saya try sell kain pasang through Mudah.my memandangkan ianya memang"mudah" kalau kita nak jual barang melalui internet.So,nak dijadikan cerita,tak sampai 1 hari saya post dekat mudah.my,malamnya ada seorang pembeli ni wasep nak beli barang saya tu.Nak dijadikan cerita,pembeli ni cakap dia dari Ireland,dan dia nak hadiahkan barang saya tu kepada relative dia yang tinggal di Selangor.

Memandangkan saya sangatlah teruja sebab pantasnya ada orang nak beli barang,saya pun layanlah dia.Chit chat chit chat,dah bagi no account bank semua,dia janji dia akan buat payment the next day.The next day dia wasep balik cakap,have you receive the email from my bank though the email.Bila cek balik,memang ada email dari bank dan juga pembeli tu.But,you know what,something is so fishy here.

Firstly,total amount yang dia sepatutnya bayar tidak tally dengan total amount yang dia buat.Saya pun macam dah kenapa pula dia bagi salah amount ni.

Me        :Saya cakap balik dekat dia why you deposit the wrong amount.
Pembeli:Then dia cakap,Oh,i tersalah masuk,tak pe you hantar dulu barang tu then bagi no tracking barang melalui email and laterm amount yang salah tu you bagi balik dari I.

See,something is very very fishy here.Setahu saya,we need to received the payment first before kita poskan barang kepada customer.Tapi,si pembeli ni pula kata,saya kena hantar dulu barang tu,barulah payment akan sampai.

Since,saya rasa ada benda yang tak betul berlaku,maka saya cuba siasat bank yang dia guna iaitu First Direct Bank.Memang wujud bank ni,tapi melalui email yang dia bagi kepada saya it looks really unprofessional untuk Bank hantar email macam tu.



So,lepas saya wasep balik dengan dia sebab dia tanya bila kita boleh pos barang kepada relative dia ni kat selangor tu,saya cakaplah esoklah saya hantarkan sebab hari ni(Ahad) post office tutup.After that,saya try google lagi pasal kes ni.Then guess what I have found~ Saya terjumpa entry di blog pasal ni.Which means ramai lagi mangsa dia ni.

So,girls bila ada someone from overseas yang tetiba kata nak beli barang korang melalui mudah.my kepada relativenya di Malaysia,be careful ok.Even dalam email tu dia dah bagi full details pasal relative dia,but you still need to check it untuk mengelakkan perkara ni berlaku.

Tapi,scammer macam ni selalunya dia akan tukar details diorang.Below is the details regarding si scammer tak bertauliah ni:

Name: Noramylia Mohamed(konon dari Ireland)
E-mail:noramyliamohd9637@hotmail.com

Yang ni pula details relative dia yang kononnya tinggal di Selangor

First Name: Jeisen Giovanno
Address: No 5 JLN 3/4 c,Bandar Baru Bangi,selangor
City: Bangi
State: Selangor
Zipcode: 43650
Country: Malaysia
Phone: +601111401134
So,moral of the story,be carefullah waktu korang jual barang through internet ni ok.


Friday, 27 January 2017

KISAH DI PROGRAM ASSESSMENT CENTRE (PAC) PTD

Assalammualaikum everyone.

Dah setahun lebih berhabuk blog ni tak berupdate.So,what I'm gonna share with you today after lama sangat tak berupdate ni is about PAC for PTD.

PTD adalah singkatan pada Pegawai Tadbir & Diplomatik (M41). 

Aku dapat PAC dekat INTURA,Sg Petani Kedah pada 16hb-17 hb.Nervous tak payah cakaplah. Paling gerun sekali nak buat physical test ni.So,pagi tu around 7am aku dah terpacak kat INTURA tu.Lepas dengar taklimat pagi tu,bermulalah test kami pada hari yang pertama.Firstly,kena ukur Tinggi+Berat sebab nak tahu BMI kau berapa.Then buat Test Genggaman Tangan.Since tu pertama kali aku tengok alat tu,maka aku pun tak tahulah nak tekan macam mana.Tekanlah nak ooi asal daya.Then proceed with Duduk Jangkau.Bab ni aku suka sebab badan aku Alhamdulillah agak fleksibel.Try practice kat rumah kasi lembut ye.Lepas dah habis,kena cek Blood Pressure pula.Nasib baik sume ok.Then buat Curl Up.Bab ni memang aku lemah,rasa nak nangis pun ada.Aku pun pelik jugalah awatlah badan aku tak boleh nak buat benda alah ni.So,sebab aku sedih sangat dengan result Curl Up aku yang sikit sangat ni,the final test which is Beep Test aku trylah sehabis mungkin.Sebab yelah,kalau tak buat betul-betul habislah point aku kat situ.So,nak tak nak kau kena top up baliklah dengan aktiviti beep test ni.Tips untuk Beep Test ni,untuk Level 1,slow jog je.Level 2 up sikit momentum tu.Level 3 kau lari sehabis yang boleh.Kalau rasa larat,kau sambunglah Level 4,tapi kalau tak boleh pun tak pe,jangan paksa diri.

So,lepas dah habis buat test tu,sementara nak tunggu result,pihak sana akan jemput kau makan dulu.Then,after that barulah dia annouce sapa yang Lulus atau Gagal.Aku time ni rasa cuak weh.Nak nangis pun ada.Yelah,kotlah kalau Gagal sebab si Curl Up tu.Saat nilah start terbayang wajah Mak.Dok terpikir kalau tak lepas ni sedihnya Ya Rabb. Tapi,Alhamdulillah berjaya juga untuk ke next stage.Sebelah petang pula kena buat essay BM and BI,30 minit bagi setiap essay.Tulislah berapa banyak patah perkataan pun yang korang nak tulis.And the last activity is LDK(latihan dalam kumpulan).Sebelum balik,diorang akan suruh korang cabut undi untuk Public Speaking dan Pengucapan Awam for the next day.So,lepas tahu tajuk yang korang kena cakap esoknya,bolehlah balik ke Hotel masing-masing.

Malamnya macam biasalah tidur mana boleh tidur dok mengenangkan nasib esok hari.Nak senang bawalah lappy senang nak cari info bagai.

Hari yang kedua pun tiba.Dalam group aku ada 6 orang je.Untuk yang Pengucapan Awam,panel yang akan pilih siapa yang akan bagi speech dulu.So,since I'm the luckiest,akulah peserta akhir dari 6 orang tu.Hahaha.Waktu Public Speaking tu pun sama,aku juga yang lastnya.Ok,ni kes volunteer pula.Reason aku nak last sebab dahlah dapat tajuk yang agak rare,sampai aku pun tak tahu nak citer apa kat depan tu,tapi nak tak nak kau kena cakap juga.Yang penting kena confident and tahu kau nak gebang apa kat depan tu.Ingat key point je.Bila dah lepas dua dua aktiviti tu,the next stage is Group Discussion BM and BI,1 Jam bagi setiap Discussion.Nasib baiklah dapat group yang ok.So,bila kau dalam Group Discussion ni,walaupun kau tak faham atau have no idea pasal topik yang mereka bagi,whatever it is you need to speak.Kalau rasa blur sangat,kau cuba perhatikan apa yang groupmmates kau cakap then catatkan then mesti ada something yang ko boleh interrupt.Sayang kalau kau just duduk diam tak cakap apa.Markah kat situ diambil kira.



So,so far so good.Ada reski kita dapatlah ke next stage which is the Interview. Kalau tak,sila cuba lagi tahun hadapan kalau ada intake lain. 

Dare to dream.Nothing is impossible.

Thank you sudi luangkan masa anda.Pray for me,okay.Muahh..


Thursday, 29 October 2015

PERSOALAN-PERSOALAN MENGENAI IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI UiTM

by



Assalammualaikum and hello readers!

So,kali ni aku terpanggil untuk buat entri ni since banyak sangat yang tanya pasal this course.
Contohnya macam:

"Akak,sy baru habis diploma under fakulti Business Management. kalau degree sy lompat ke fakulti sains pentadbiran ni blh ke?"

"Akak,course ni susah tak"

"Akak, kalau yang dah ada diploma pentadbiran awam akan starting den sem 1 jugak ke?"

Dan,harap dengannya ada entri ni,boleh membantu sedikit sebanyak kepada sesiapa yang nak further study dalam course ni.

So,let's begin.

1.Boleh tak akak cerita sikit pasal Fakuti ni.

One of the famous question.Ok,akak nak cerita ni.Take note baik-baik ye.

Bawah fakulti ni ada dua course which are Bachelor of Administrative Science(Hons) and Bachelor of Corporate Admin.(Hons).Program ni memakan masa 3 tahun which is equivalent=6 sem.
Dulu,main fakulti terletak dekat shah alam.Tapi,sejak batch aku(2013),dah ditukarkan ke UiTM Seremban.Makanya,hanya postgraduate jelah yang ada dekat shah alam sekarang ni.

2.Then kak,apa differentnya course BAS & BCA ni.

Sebab dulu akak amik BAS,so,akak prefer citer pasal BAS lagilah.Kalau korang amik Admin.Science (BAS) korang more to membaca and menghafal which is kalo nak compare dengan Corporate Admin.(BCA) more to calculate semua.Besides,ramai yang cakap course BAS ni lebih senang berbanding BCA sebab BCA ni terutama part 5 and 6 jadual mereka ni sangatlah pack.Dan diorang tak ada final year project iaitu VIVA.Tapi,diorang ada subjek cosec 1 and 2 kalau aku tak silap,yang mana kalau diorang tak lulus waktu sem 5,waktu sem 6 diorang kena carry subjek cosec 2 lagi.So,berdouble-doublelah subjeknya.Bukan nak takutkan koranglah kan,sapa yang amik BCA ni,tapi,kawan aku yang amik BCA ni cakap yang rate of failures yang amik course ni tinggi and that's why ramai yang extend sampai part 7 or part 8.Tapi,yang ketara bila dah part 6 lah ,sebab aku tengok diorang stress memanjang yelah dengan cosecnya,taxnya and etc.

Berbanding subjek BAS,waktu dah sem 6,relax memanjang lah juga sebab kelas dah tak berapa nak ada,cuma sibuk dengan FYP(Viva).Oh ya,tapi kalau student BAS,waktu part 5 nilah hidup tak terurus sikit sebab ada subjek Project Management as well as Research and etc.Tapi,subjek sem 5 lah aku paling suka sebab dah start belajar finance,economics.So,both course ni ada pros and cons.Ok,contohlah macam,BCA waktu time study macam susahnya OMG!!tapi,peluang diorang after grad banyak sebab diorang boleh jadi Company Secretaries, Compliance Officers, Finance Officers.Sapa yang suka account tu bolehlah amik course BCA ni.Tapi,BAS pun ada amik account juga,tapi just nicelah tak delah pecah sangat otak sebab belajar time sem 1 and sem 3 je.

3.Akak, kalau yang dah ada diploma and then sambung degree dalam course ni starting dari sem 1 jugak ke?

Depends pada diploma apa yang korang amik.If korang amik Diploma Pentadbiran Awam,korang akan masuk terus sem 3.Tapi,katakanlah korang ni dari diploma selain daripada DPA,korang akan masuk starting sem 2.Dan,pengecualian subjek boleh buat tapi depends pada pihak pengurusan juga.Bab ni aku tak pro sangatlah ye.Cuma,korang tak payah join kokurikulum sebab waktu diploma korang dah join kan.

Entry Requirements for BAS


STPM with a minimum of 3 principals passes including in General Paper. Preference will be given to candidates who have attained the said requirement on one sitting AND credits in English and Mathematics or Economics or Principles of Accounting in SPM / SPMV.

OR

A Diploma from UiTM


OR

A Diploma from any local public university or from any accredited private colleges in Public Administration, Business Studies, Law, Accounting and Banking with CGPA  of 3.00 and above.

Entry Requirements for BCA
Diploma from UiTM in Public Administration, Business Studies, Accounting and Banking with a CGPA of at least 2.5 or equivalent (exemptions may be granted for the 1st year of the programme).

4.Akak,course ni susah tak.Saya tak berapa hebat english.
Jawapan:Dik,mana-mana course pun kalau tak belajar sungguh-sungguh,susah jadinya.English tak hebat tak apa,as long as kita berusaha nak belajar dan timba ilmu tu.Presentation+test+assignments semua in english.Time nilah nak asah skills bercakap kat depan semua tu.

5.Penginapan disediakan tak

Hanya untuk sem 1 je yng disediakan.Lepas tu,start sem ke 2 dan ke atas kena duduk luar kecualilah yang ada berjawatan.
6.Kalau nak buat master,boleh masuk bidang apa je.

Ikut minat adiklah.Master in Public Admin. boleh,MBA boleh.And tak semestinya minta dekat UiTM je.Universiti lain pun boleh.
Ok,that's all for today.Kalau berminat nak tahu pasal subjek and coretan subjek BAS ni,boleh pergi ke link d bawah ye:

Saturday, 24 October 2015

PART 2: MADINAH AL-MUNAWARAH


by

Assalammualaikum.

Ketika di Madinah,kami juga dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di Madinah.

1.Ladang Kurma


Suasana di dalam Kedai Kurma
Ni destinasi pertama yang dibawa oleh Mutawif.Masa diberi tak lama nak shopping kat sini.Just 30 minit je.Sebab yelah ada banyak tempat lagi nak pergi.So,kat sini,memang orang borong kurma,coklat,kacang-kacang bagai.Tapi,aku rasa,kurma jelah yang agak murah.Contohnya,Kurma Ajwa boleh dapat 50 Riyal sekilo.Yang lain tu,aku tak tengok sangatlah sebab aku tahu kurma Ajwa je.Wahaha.Manakala,bagi penggemar coklat pula,coklat kat sini 4o Riyal sekilo.Aku rasa mahal,sebab kalau kat pasar pagi after solat subuh kat depan Masjid Nabawi boleh dapat 20 Riyal sekilo.Tapi,yelah,jenis coklat dia lainlah sikit.Tapi,aku rasa semua sama je rasa dia,janji coklat.Sama juga dengan kacang-kacang badam ke cerdik ke,better jangan beli kat sinilah.Better beli kat kedai-kedai Madinah.At first,aku ingat ladang kurma ni bolehla nampak pokok kurma semua,namun hampa,ada tu adalah tapi sikit je.Nama je ladang kurma tapi sebenarnya,kedai kurma.

Pemandangan luar
2. Masjid Quba


Waktu sampai dah pukul 9 macam tu.So,kira lamabatlah jugak tu sebab jemaah-jemaah dari negara lain dah start membanjiri Masjid ni.Kira,sesaklah.That's why mutawif tu kata,kalau nak datang sini,kena datang awal.

Masjid ini merupakan masjid pertama yg dibina oleh Rsullullah S.A.W tatkala baginda selamat tiba di Madinah pada tahun pertama Hijrah atau bersamaan dengan 23 September 622M.Masjid Quba ini mempunyai kelebihannya tersendiri.

Ia dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W menerusi sabdanya yang bermaksud:

"Sesiapa yg keluar daripada rumahnya sehinggalah sampai di Masjid uba dan bersembahyang di dalamnya,baginya ganjaran pahala seperti menunaikan Umrah".-Riwayat al-Nasa'iy dan Ibnu Majah

3.Jabal Uhud

Destinasi seterusnya ialah Jabal Uhud atau Bukit Uhud.Time kami sampai tu,dah nak dekat pukul 11 pagi.Jadi,matahari tengah terik sangat.So,mutawif yang bawa tu tak bagilah lama-lama sangat kat sini.Sekadar melihat dan tangkap gambar jelah.Sapa nak naik bukit tu boleh,tapi tak digalakkanlah sebab tengah panas time tu.



Jabal Uhud telah menjadi saksi kepada gugurnya 70 orang syuhada iaitu 64 orang dari golongan al-Ansar dan 6 orang golongan al-Muhajirin,berbanding 22 kematian tentera musyrikin dalam peperangan tersebut.

"Uhud adalah bukit yang mencintai kami dan kami mencintainya"-Riwayat al-Bukhari

Jadi,hanya tiga tempat sahaja yang sempat kami singgah.Actually,ada lagi satu tempat iaitu Masjid Qiblatain.Tapi,sempat dah lewat sangat,jadi kami hanya lalu jelah depan Masjid tu.

Ok,habis di ziarah Madinah.

Waktu kat Madinah,aktiviti selain daripada beribadat di Masjid Nabawi,aku suka jalan-jalan di sekitar Madinah ni sebab tempatnya yang sangat cantik.Permukaan yang rata,then bangunan hotel keliling dan tak lupa juga kedai-kedai yang jual pelbagai barang tu.Selalunya lepas breakfast,aku akan ajak mak turun jalan-jalan kat bawah.Tapi,tempat tu too mainstreamlah pulak aku rasa hari-hari ke kedai bawah je.So,kadang-kadang aku bawa mak jalan-jalan sampailah ke gate 3 lah,gate 15 lah selagi ada gate aku pusing.Sebab gate kat Masjid Nabawi tu ada 30 lebih,dan setiap gate tu mesti ada orang jual.So,aku pun sajalah jalan-jalan makan angin.Yelah,bukan selalu datang sini.Dan,penjual kat sini,sangatlah sukakan orang Malaysia.Nak tahu sebab apa?Sebab jemaah Malaysia ni kalau beli mesti borong banyak bukan beli jenis satu-satu.Kalau dia nampak kau lalu,mesti dia kata,"Malaysia?Bagus!!Jemput masuk".So,kat sini,tak payah risau nak speaking Arab sebab semua pun pandai cakap Melayu.

Lagi satu,kalau budak-budak muda perempuan lalu atau masuk kedai pak arab ni,diorang sangatlah suka sebab boleh tengok budak perempuan.Sebab apa?Sebab kat sini,kaum perempuan semua pakai purdah sebab diorang ni cantik sangat.That's whylah kalau diorang nampak budak perempuan muda yang tak pakai purdah ni diorang pandang tak kelip.

Nak jumpa menara jam ni,keluar dekat pintu 25


Aku suka tengok burung merpati ni,comel je tengok.


Ni pemandangan luar perkuburan Baqi.Hanya kaum lelaki je yang dibenarkan masuk.
Kaum perempuan just boleh tengok dari luar je.



Contoh kedai makan kat sini.Kat sini,tak disediakan tempat duduk macam yang aku cakap kat entry lepas.

Pintu di Masjd Nabawi.

Tips kat Madinah:

1.Minum air banyak-banyak.Air zam-zam boleh dapat kat dalam Masjid.Minumlah banyak-banyak sebab cuaca kat sini Panas Kering.

2.Pakai purdah/Mask kalau nak keluar sebab kalau tak pakai,terasa bahang je muka.Lagipun,gejala batuk kat sana normal bagi orang kita.Kalau masuk lif sekali,kadang-kadang orang batuk apelah,nanti kalau tak pakai,boleh merebak.

3.Pasal nak pos barang kat Malaysia jangan risau.Ada perkhidmatan pos laju.Sekilo dia caj RM 14.Kotak pula ikut size,ada yg 8/10.12 Riyal.Depends pada size kotak.

4.Perkhidmatan dobi.Kalau tak nak basuh,ada je perkhidmatan dobi.Tapi mahallah.Kalau kat hotel,dia caj 5 Riyal tak kira besar ke kecik.Kalau kat luar,cekik darahlah sebab dia ikut size.Nak jimat basuh sendiri gantung dalam bilik air sudahlah.

5.Simkad nak beli kat Madinah boleh.Contoh kalau pakai Mobily,seminit dia telan 2 riyal.Better kalau pakai iTalk,seminit 1 Riyal.Tapi yelah,leceh sikitlah sebab kalau nak call kena pergi kaunter iTalk.Simcard tak boleh masuk dekat hp.Sapa yg nak wifi tu,bolehlah inta dekat receprionist hotel.Laju,jangan risau.

6.Kalau nak shopping,better shopping kat sini sebab barang kat sini lagi banyak berbanding di Mekah.Contoh,sejadah.Sangat banyak dan cantik-cantik.Tapi,kalau nak beli magnet,keychain aku nasihat pergilah beli dekat Mekah kat kedai 2 riyal.Sangatlah murah.

Kalau nak beli jubah,ada kategori harga juga.Kalau yang 30 riyal,40 riyal better beli di Madinah.Tapi,kalau nak yang cantik-cantik,kelipan banyak tu,better beli di Mekah kat Menara Jam sebab lagi murah dari di Madinah.Jubah di Madinah kalau yang kelip-kelip atau yang suka fesyen payung tu,paling murah dia bagi aku tanya hari tu 140/150 riyal.Tu pun penat aku minta tawar.Kalau kat Mekah,benda sama 100 riyal boleh dapat.Tapi,macam aku,aku suka fesyen payung boleh dapat 130 riyal.Dan sangatlah memuaskan hati.Nasiblah time tu aku beli dekat Mekah.
 So,before datang tu,tak payahlah beli jubah hitam dekat Malaysia.Nanti menyesal.Aku habaq betul ni.Sebab tengok dekat Mekah,boleh rambang mata.Biasalah perempuan kan.

Tapi,tulah,beli-beli jua,tapi jangalah over bajet ye. 

Tu je kot,Harap entry ni membantu bagi jemaah-jemaah yang bakal mengerjakan haji pada tahun-tahun-tahun hadapan.:)

to be continued...

Tuesday, 20 October 2015

PART 1:MADINAH AL-MUNAWARAH

by

Assalammualaikum.

Aku bertolak dari Penang International Airport pada 27.8.2015 kira-kira pukul 6.40pm.Since,this is my first time naik flight,so aku pun takutlah juga.Dengan pelbagai kejadian yang baru terjadi,tipulah tak takut.Tapi,as time goes bby,oklah.Lagipun dalam flight tu aku tak berapa nak boleh tidur sangat sebab flight shaking memandangkan cuaca tak berapa elok sangat.Nasib baiklah ada movie yang aku boleh tengok plus aku dapat duduk sebelah ancik even at the first place tempat aku tak sama dengan mak and abang aku tu.Tapi,dah ada orang nak tukar seat,apa lagi,aku pun laju je bangun dari kerusi and the change seat.Dalam kapal pula,dapat makan nasi twice.Tu tak campur lagi dengan diorang serve air blablablabla.Soal makan memang tiptop sampai aku pun tak larat makan.

Since,perjalanan mengambil masa 8 jam,aku sampai di Airport Madinah pada pukul 2 am waktu Malaysia dan 10pm waktu tempatan.Setibanya di sana,kami terus check in hotel.Alhamdulillah,everything went well and macam tak percaya je dah sampai Madinah.Teruja,happy,syahdu semua ada.So,kami KT 29 ditempatkan dia Hotel Al-Haram which is dekat sangat-sangat dengan Masjid Nabawi,

Hotel penginapan
The next morning,pukul 3.30am lagi aku dah cabut pergi Masjid Nabawi with my mom.Aku cakaplah kat mak aku,awalnya mak.Subuh kan pukul 5am.Mak aku kata,awal apanya,Lambat memang tak ada tempatlah.Aku blurr lagi time tu.Tengok-tengok,hah amik kau.Even awal pun tempat dah penuh.And that was my fist time ever melangkah kaki ke Masjid Nabawi.Memang cantik sangat-sangat.

Seni bina dalaman Masjid


Pemandangan luar Masjid Nabawi

Ni payung kat luar tu.Waktu no waktu payung tu nak tutup.Memang cantik sangat-sangat

Sapa lambat datang,jawabnya duduk di luarlah.

 Lepas habis solat subuh,aku pun bergerak pulang ke hotel.Tapi,on the way balik,betul-betul depan pagar Masjid Nabawi tak kiralah gate berapa korang keluar*aku selalu keluar gate 26 ada orang jual.Aku panggil pasar lambung.Sebab diorang akan jual jubah lambung which is semua berharga 30 riyal.Dan aku sebagai perempuan of course rasa insecure bila nampak jubah cantik yang liplapliplap tu.Mana ada kat Malaysia jual harga 30 riyal macam tu.Nak pulak bila quality pun ok.Biasalah orang perempuan,nampak barang comel sikit terus beli.



Macam ni selalunya after solat subuh,sesak depan pintu tu sebab banyak orang jual di situ


Memandangkan breakfast tak disediakan,so aku and my mom selalu breakfast kebab jelah.Tapi,kebab kat sini sedap.Harga standard 5 riyal.Tapi,makanan arab ni,tak kiralah sandwich ke kebab ke mesti akan ada kentang goreng.Kat sini,maggi goreng pun ada.Tapi,kena pandai cari kedailah.Macam aku kalau nak makan maggi goreng keluar pintu 25.Sebelah supermarket,hah adalah kedai makan tu.Lagi satu,style kat sini tak ada meja makan.Semua bungkus.So,beli dan bawaklah makanan tu dan makan kat hotel.

After breakfast,kami kena berkumpul sebab ustazah bawa melawat ke Raudhah iaitu satu daripada taman syurga dan juga terletaknya Makam Nabi Muhammad S.AW dan dua sahabat baginda.Nak masuk Raudhah ni ada time dia which is after Subuh,after Zuhur dan juga after Isya.Jangan terkejutlah kalau kau kena beratur lama sebab sangat ramai orang nak masuk.Pesanan aku,jangan tolak-tolak.Kalau orang tolak kau,kau biarkan je sebab kalau kau tolak balik orang,kau yang dapat dosa.Tapi,sistem sekarang dia akan asingkan kawasan Asia Tenggara,Barat and etc.Sebab apa?Just imagine kalau orang Malaysia masuk sekali dengan orang-orang Afrika ke,Arab ke yang bertubuh besar dari kita,aku tak rasa selamat nak masuk.So,kalau macam kita ni,kita akan duduk dengan Indonesia,Thailang and etc.Sebab rata-rata tubuh Asia ni kecik-kecik je.Nak lepas masuk ke Raudhah pun ada stage juga.So,be patient.

Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man hajja fazara qabri ba’da wafati kana ka-man zarani fi hayati’ (Yang bermaksud: Barangsiapa (atau sesiapa) mengerjakan haji (dan umrah) maka menziarahi kuburku sesudah wafatku ada (baginya) seperti menziarahiku ketika hidupku.) - Hadith riwayat at-Tobrani, al-Baihaqi, Abu Sheikh, ibnu Adi dalam kitab Kanzil Umal.


Dalam Raudhah

Bila dah masuk tu,Subhanallah memang cantik sangat kawasan tu.Dan bagilah salam kepada Nabi Muhammad S.AW. dan para sahabatnya.Sebak,syahdu semua ada.Kemudian,tunaikanlah solat di situ.Tapi,sebab crowded sangat,jangalah pilih untuk solat di tempat yang crowded.Ianya boleh mendatangkan bahaya.Maka,carilah di tempat yang sesuai.Aku selalu pergi kat belakang mimbar tu,aman sikit.Kalau terus masuk and solat kat situ,takut ianya mendatangkan kemudaratan.Nak tahu kawasan Raudhah tu waktu nak solat,tengok karpet.Kalau karpet HIJAU tu kawasan Raudhah,kalau dah karpet merah,maknanya bukan,



Diriwayatkan hadith daari Abu Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Ma baina baiti wa-minbari raudatun min riadil jannati wa-minbari ‘ala haudi.’ (Yang bermaksud: Apa-apa (yakni, tempat) antara rumahku dan mimbar (masjid) ku adalah suatu taman daripada beberapa taman (syurga) dan mimbarku (adalah) atas Telaga al-Kauthar.) - Hadith Bukhari & Muslim,

to be continued...



Tuesday, 25 August 2015

SEMESTER 6-IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI UiTM

by

Assalammualaikum.

Semester 6 ni adalah sem yang paling relax sekali.

Sebabnya:

-Korang dah super senior
-Kelas boleh dibilang dengan jari
-Sangat lapang sebab kelas ada tak ada je

So,apa yang aku cakap kat atas tu,aku tak tipu ok.Like seriously,korang just ada 5 subjek je yang kena amik.Tu pun tolaklah subjek practical training.Tapi,dalam relax-relax tu adalah benda sikit yang korang nak kena kerah keringat sebab yelah FYP student mana ada perkataan relax sangat.


So,let see the subjects below here:

1.Strategic Management

Aku suka subjek ni sebab tak banyak assignment.Muahaha.Except,tiap2 minggu korang kena buat presentation.Tapi,dependslah pada lecturer.Lecturer aku je yang suruh buat every week,kalau macam certain class,kena bentang final assignment je.Kalau korang dapat lecturer mcm kelas lain tu,lagilah relax semendang je,



2.Service Management

Tengok tajuk pun tahu korang kena belajar pasal apa.Untuk presentation pula,every week ada.And korang kena divide ahli dalam kelas sebab dia nak dua group je.Cth,ada 30 orang,dividelah dua dapat 15 orang dalam satu group.Lepas tu divide lagi jadi dua orang for each team.Macam aku hari tu,dapat tajuk AirAsia.So,soalan yag korang dapat kenalah relate dengan AirAsia tu.So far,subjek ni just nice.



3.Elektif

Ada 3 pilihan which're Knowledge Management,Public Admin. and Global.Aku nasihatkan korang pilihlah either KM or PM kalau nak selamat.Tapi,kalau sapa-sapa dah ada basic ASEAN,bolehlah pilih Global.Macam batch aku pun,subjek elektf yg popular either KM or PM.Yelah,most of us tak nak amik risiko,lagipun adabanyak lagi benda yang korang kena fikir.Kalau korang amik KM,macam belajar CSC.Serius aku cakap ,time belajar subjek ni aku tak berapa nak faham sangat.Tengok orang lain pun macam tu juga.Tapi,macam biasalah,bila dah nak dekat exam,semua pun jadi faham.As for PM,macam yang belajar admin sem 2 cuma kali ni dia gabungkan subjek2 before ni juga.

4.Practical Training

Kena buat report baru complete.Aku nasihatkan,korang settlekan cepat-cepat before mid term.Kalau akhir sem baru nak buat,ribut jadinya.Sebab akan clash nak buat reserach.Benda simple je report ni tapi dependslah pada sv korang.Cth,chapter 1 and chapter 2 boleh complete in less than 2 weeks.Yelah,awal sem bukan buat apa pun.Macam aku hari tu,2 minggu duk melangut dalam bilik sebab satu kelas pun tak start lagi.Kalau ada time macam tu,buat cepat report tu.Tapi,kalau nak siap lewat pun takpe,ko tengoklah akhir sem nanti tahap ribut busy dia macam mana.

5.Reseach

Hah,sem ni ada lagi subject ni+ dengan Viva lagi .Tapi kali ni lagi ekstremlah sebab kena buat questionnaire lagi.Nasihat akak sebagai ex-senior ni,waktu first week terus jumpa sv tanya kena buat apa.Macam aku dulu,awal-awal lagi kena buat questionnaire.Yelah,kalau korang lambat,nanti ke buat pilot test,nak keyin data lagi,nak buat spss+report lagi.Banyak benda ok.So far,sem 6 ni korang kena bagi 100% la jiwa raga kat sini sebab ianya FYP.Oh ya,last sekali,rajinkalah contact+jumpa sv korang kalau nak dapat result yang bagus.Ada difference tau btwn kalau korang rajin jumpa dengan tak.


Akhir kata,banyakkan bersabar last sem ni terutama preparation for viva and report practical training.Enjoy your moment with ur frends and of courselah degree life korang kat sini.Nanti dah habis belajar confirm rindulah weh.


Monday, 24 August 2015

KENDURI DOA SELAMAT

by

Alhamdulillah,majlis doa selamat dah tahlil kali ni berjalan dengan lancar.Macam yang sebelum-sebelum ni juga,lauk dari catering memang sedap and then bila habis je majlis sume,kena kemas balik dan macam biasa jugalah aku rasa letih sangat sampai tertido-tido awal.



Finally,dapat jugak jumpa budak dua orang kat belakang tu.Even tak full strenght tapi takpela,dapat juga lepas rindu. Thank you sudi datang plus mak yul bawakkan puding yang sedap sangat t.Tak sampai setengah jam habis dah puding tu.


Budak dua orang ni,antara orang yang terawal datang.Last jumpa sebulan lalu.Hailah,cepatnya masa berlalu.Apapun,thanks sudi datang before aku fly hujung bulan ni,Hope to see you again.Gonna miss you all.

Thursday, 13 August 2015

OFFICIALLY GRADUATED

by



Alhamdulillah,setelah 3 tahun berkelana mencari ilmu,akhirnya setelah keluar result tadi,barulah boleh declare officially graduated.

Somehow,I still cannot believe that 3 tahun tu dah berlalu.Terlalu banyak kenangan dalam tempoh tu.

So,what's next.

Job hunting of course.

But before that,ada benda yang paling penting aku kena tunaikan dulu.

After that,barulah boleh fokus nak hala ke mana.

Till then,
xoxo.