Thursday, 29 October 2015

PERSOALAN-PERSOALAN MENGENAI IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI UiTM

by



Assalammualaikum and hello readers!

So,kali ni aku terpanggil untuk buat entri ni since banyak sangat yang tanya pasal this course.
Contohnya macam:

"Akak,sy baru habis diploma under fakulti Business Management. kalau degree sy lompat ke fakulti sains pentadbiran ni blh ke?"

"Akak,course ni susah tak"

"Akak, kalau yang dah ada diploma pentadbiran awam akan starting den sem 1 jugak ke?"

Dan,harap dengannya ada entri ni,boleh membantu sedikit sebanyak kepada sesiapa yang nak further study dalam course ni.

So,let's begin.

1.Boleh tak akak cerita sikit pasal Fakuti ni.

One of the famous question.Ok,akak nak cerita ni.Take note baik-baik ye.

Bawah fakulti ni ada dua course which are Bachelor of Administrative Science(Hons) and Bachelor of Corporate Admin.(Hons).Program ni memakan masa 3 tahun which is equivalent=6 sem.
Dulu,main fakulti terletak dekat shah alam.Tapi,sejak batch aku(2013),dah ditukarkan ke UiTM Seremban.Makanya,hanya postgraduate jelah yang ada dekat shah alam sekarang ni.

2.Then kak,apa differentnya course BAS & BCA ni.

Sebab dulu akak amik BAS,so,akak prefer citer pasal BAS lagilah.Kalau korang amik Admin.Science (BAS) korang more to membaca and menghafal which is kalo nak compare dengan Corporate Admin.(BCA) more to calculate semua.Besides,ramai yang cakap course BAS ni lebih senang berbanding BCA sebab BCA ni terutama part 5 and 6 jadual mereka ni sangatlah pack.Dan diorang tak ada final year project iaitu VIVA.Tapi,diorang ada subjek cosec 1 and 2 kalau aku tak silap,yang mana kalau diorang tak lulus waktu sem 5,waktu sem 6 diorang kena carry subjek cosec 2 lagi.So,berdouble-doublelah subjeknya.Bukan nak takutkan koranglah kan,sapa yang amik BCA ni,tapi,kawan aku yang amik BCA ni cakap yang rate of failures yang amik course ni tinggi and that's why ramai yang extend sampai part 7 or part 8.Tapi,yang ketara bila dah part 6 lah ,sebab aku tengok diorang stress memanjang yelah dengan cosecnya,taxnya and etc.

Berbanding subjek BAS,waktu dah sem 6,relax memanjang lah juga sebab kelas dah tak berapa nak ada,cuma sibuk dengan FYP(Viva).Oh ya,tapi kalau student BAS,waktu part 5 nilah hidup tak terurus sikit sebab ada subjek Project Management as well as Research and etc.Tapi,subjek sem 5 lah aku paling suka sebab dah start belajar finance,economics.So,both course ni ada pros and cons.Ok,contohlah macam,BCA waktu time study macam susahnya OMG!!tapi,peluang diorang after grad banyak sebab diorang boleh jadi Company Secretaries, Compliance Officers, Finance Officers.Sapa yang suka account tu bolehlah amik course BCA ni.Tapi,BAS pun ada amik account juga,tapi just nicelah tak delah pecah sangat otak sebab belajar time sem 1 and sem 3 je.

3.Akak, kalau yang dah ada diploma and then sambung degree dalam course ni starting dari sem 1 jugak ke?

Depends pada diploma apa yang korang amik.If korang amik Diploma Pentadbiran Awam,korang akan masuk terus sem 3.Tapi,katakanlah korang ni dari diploma selain daripada DPA,korang akan masuk starting sem 2.Dan,pengecualian subjek boleh buat tapi depends pada pihak pengurusan juga.Bab ni aku tak pro sangatlah ye.Cuma,korang tak payah join kokurikulum sebab waktu diploma korang dah join kan.

Entry Requirements for BAS


STPM with a minimum of 3 principals passes including in General Paper. Preference will be given to candidates who have attained the said requirement on one sitting AND credits in English and Mathematics or Economics or Principles of Accounting in SPM / SPMV.

OR

A Diploma from UiTM


OR

A Diploma from any local public university or from any accredited private colleges in Public Administration, Business Studies, Law, Accounting and Banking with CGPA  of 3.00 and above.

Entry Requirements for BCA
Diploma from UiTM in Public Administration, Business Studies, Accounting and Banking with a CGPA of at least 2.5 or equivalent (exemptions may be granted for the 1st year of the programme).

4.Akak,course ni susah tak.Saya tak berapa hebat english.
Jawapan:Dik,mana-mana course pun kalau tak belajar sungguh-sungguh,susah jadinya.English tak hebat tak apa,as long as kita berusaha nak belajar dan timba ilmu tu.Presentation+test+assignments semua in english.Time nilah nak asah skills bercakap kat depan semua tu.

5.Penginapan disediakan tak

Hanya untuk sem 1 je yng disediakan.Lepas tu,start sem ke 2 dan ke atas kena duduk luar kecualilah yang ada berjawatan.
6.Kalau nak buat master,boleh masuk bidang apa je.

Ikut minat adiklah.Master in Public Admin. boleh,MBA boleh.And tak semestinya minta dekat UiTM je.Universiti lain pun boleh.
Ok,that's all for today.Kalau berminat nak tahu pasal subjek and coretan subjek BAS ni,boleh pergi ke link d bawah ye:

No comments: