Tuesday, 15 October 2019

TIPS TRAVEL KE OSAKA,JEPUN

Assalammualaikum

Hari Pertama

Penerbangan kami dari Malaysia dijadualkan pada 2pm(waktu malaysia) dan sampai di Kansai Airport sekitar pada 9.30pm(waktu Jepun).Memandangkan waktu kami sampai di sana dah malam,kami terus ke hotel sahaja.


Hari Kedua

Destinasi yang pertama adalah daerah Kyoto.Di sini kami dibawa melawat ke area Fushimi Inari Taisha iaitu sebuah temple yang paling famous di kawasan ini.Dekat sini,semua gate palang bewarna oren and memang cantik tempat ni.Kalau nak ikutkan memang kawasan ni tinggi dan besar,siapa larat bolehlah naik sampai ke atas tapi view sepanjang jalan sama je iaitu palang berwarna oren ni.So,sebab nak jalan jauh lagi,simpan sedikit kudrat yang ada,kami naik takat yang boleh saja.Di bawah pula bermacam-macam gerai jualan ada contoh seperti makanan mochi,takoyaki dan juga souvenir.



Seterusnya kami dibawa ke Arashiyama Bamboo Forest.Jarak dari Fushimi Inari ke Arashiyama agak jauh juga.Bertukar subway/train dan naik turun tangga.Kalau nak datang Jepun,make sure stamina tu ada dan kuat sebab memang banyak berjalan.Arashiyama ni memang cantik dan tenang sebab tengok bamboo kat situ cantik cantik je and memang sesuai untuk bergambar.


Dekat sini juga terdapatnya Togetsukyo Bridge di mana kalau kita tengok air sungainya memang jernih dan cantik.Berhadapan dengan bridge ni ada satu kedai halal kalau nak makan udon yang sedap iaitu di Yoshiya Restaurant.Menariknya,selepas makan boleh terus solat terus sebab memang disediakan ruangan solat di sini.Cumanya,telekung memng tidak disediakan,jadi siapkanlah telekung dalam bag sebelum memulakan perjalanan anda di Jepun.



Hari Ketiga

Hari ni kami dibawa ke area Osaka.Main attraction di sini ialah seperti Osaka Castle,Tempozan Ferris Wheel dan juga berpeluang menaiki Santa Maria Cruise.
Santa Maria Cruise
Next,kami dibawa ke area shinsaibashi dan dotonbori yang memang popular untuk shopping.Ok,kalau nak cari souvenir yang murah boleh pergi ke 300coins ataupun daiso.Sebab kat area Osaka yang lain ,even satu magnet pun boleh mencecah 165yen-198yen.Itu baru magnet tau belum lagi keychain ataupun tshirt lambang Jepun.Roughly,tshirt paling murah dekat sini yang pernah saya jumpa adalah di 300coins dijual pada harga 500yen.Di tempat lain sehelai tshirt dijual pada harga 1290yen-1990yen.So sebab tu kalau nak cari souvenir nak bagi pada kawan-kawan cari je kedai macam 100yen(daiso) sebab memang berbaloi.Selain itu,kalau nak beli kasut jenama Fila,Adidas,Nike,jam tangan,handbag kat sini memang best sebab murah dan di Malaysia pun tak akan dapat harga macam ni.
Shopping di daiso
Shopping di 300 coins



Glico

Dotonbori


Di negara Jepun,setiap pembelian barang dikenakan tax 10%.Katakanlah kalau kita beli barang tu 100yen+tax,jadi harga barang yang perlu kita bayar adalah sebanyak 110yen.Tapi,kalau anda membeli barang melebihi 5000yen,anda akan dapat free tax duty.Caranya,sewaktu pembayaran anda perlu menunjukkan passport.

Hari Keempat

Hari ni kami hanya berjalan-jalan di sekitar hotel sahaja.Di area hotel,ada satu store iaitu Maruhan.Di sini best kalau nak shopping makanan seperti nasi putih instant,air dan barang berjenama seperti baju,handbag,souvenir juga banyak dijual di sini.Macam Mydin versi Malaysia.Jalan 4 jam pun belum tentu puas pusing sebab banya sangat barang.







Dah puas shopping kat sini,kami pergi pula ke Tsutenkaku Tower.Jarak dari Maruhan ke tempat ni tak jauh,adalah dalam 500m sahaja.Tempat ni kalau datang malam memang cantik sebab light dia terang benderang.Kalau nak beli souvenir magnet murah di sini sebab 3 magnet boleh dapat dalam 385yen.Cari geral pertama laluan masuk ke Tower ni.




Hari Kelima

Di sebelah pagi,kami dibawa melawat ke Nara Park yang dipenuhi rusa-rusa yang jinak.Kalau nak bagi makan pun boleh tapi kena beli cookies dia hraga dalam 200yen.Kalau nak tangkap gambar dengan rusa ni better bagi dia makan,kalau tak dia buat tak tahu je even anda try hard untuk tangkap gambar dengan dia.Yang bestnya,rusa ni kalau kita tunduk dekat dia,dia akan tunduk balik kat kita dengan syarat anda kena bagi mereka makan.


Dah puas ronda,kat sini adalah station terakhir kalau nak shopping souvenir lagi sebab kat sini banyak jual keychain/barangan berunsurkan rusa.Yelah,dah tempat rusa kan semua design pun memang muka rusa nilah.Kalau nak makan mochi(150yen),dorayaki red bean(150yen)sandwich kebab)500yen) dan takoyaki(480 yen for 12 balls)memang  sedap dan berbaloi.

Gerai mochi,dorayaki,kebab,takoyaki

Destinasi terakhir sebelum pulang ke Malaysia adalah Rinku Premuim Outlet.Di sini,memng sesak dengan pelancong asing sebab banyak barang branded buat sales di sini.Adidas,Fila dan macam macam lagi ada di sini.Awas,duit anda akan terbang deras kalau iman tak kuat tengok barang di sini.

Setibanya di airport,kalau nak ke surau,anda boleh pergi ke tingkat 2F,surau di sini selesa dan besar malah telekung juga disediakan.Kala lapar,boleh pergi ke ruangan 1F,kedainya nama UDON sebab memang ada sijil halal di sini.Boleh cuba udon with beef(1000yen) memang sedap dan berbaloi.

Kesimpulannya,:

1.Trip ke Osaka ni memang best sebab boleh shopping dengan harga lagi murah dari Malaysia.Mostly untuk barang seperti baju,bag dan kasut.Tetapi,dari segi souvenir memang agak mahal 
2.Bawa bekalan yang cukup dari Malaysia.Terutama untuk sarapan,baiklah kalau makan berat seperti Nasi.Yang ringkas untuk dibawa adalah nasi instant Ibrahim/Sharifah/sardin/roti/kaya/maggi sebabnya kitchen disediakan di dalam bilik.Tetapi,depends pada jenis penginapan yang ada pilih.
3.Hanger,bawalah hanger sebab memnag tidak disediakan di sini.Nnati kalau tak bawa,nak gantung baju pun susah.Besides,kat sini ada mesin basuh juga senang nak basuh baju dan sidai di ampaian balkoni bilik.
4.Untuk trip bajet kalau bawa RM1000 pun dah cukup.Tapi,kalau kuat makan dan shopping bawalah around RM1500.
5.Fizikal dan mental kena kuat sebab kat sini,mostly akan guna public transport kalau yang jenis trip bajet.Turun naik tangga perkara biasa di sini.

Semoga bermanfaat kepada anda yang ingin dan baakl ke Osaka,Jepun.

Sayonara